Aku dulu jenis yang yakin bulan puasa ni, hantu semua kena ikat. Dan rupanya tidak..
Okay ni cerita apa yang aku nampak waktu bulan puasa..
Ada satu malam itu, masa zaman study dulu. Waktu tu dah lewat malam, dalam pukul 12 / 1 macam tu. Aku tengah buat assignment, standardlah budak universiti.
Duduk kat meja, sambil minum air dalam botol yang memang tinggal suku je.
Masa nak letak balik botol, aku pandang… “Alamak, air dah nak habis. Nanti sahur nak minum apa. Nak taknak memang kena turun ambil air”
Dan lepas buat kira-kira, aku decide nak turun ambil air masa tu jugak, sebab kalau aku turun pukul 4 pagi time sahur, lagi sunyi time tu.
So aku buat keputusan berani, turunlah nak ambil air. Mesin air tu bukan jauh mana pun, dekat bawah tepi tangga je. Bilik aku kat aras satu.
Tapi masalah satu je, aku rabun jauh dan aku memang tak suka pakai spek sangat. So memang aku turun tak pakai spek lah kan.
So aku pun turun tangga perlahan-lahan.
Tengah-tengah turun tu, aku automatik berhenti. Sebab aku nampak ada kakak berdiri diam je betul-betul tengah hallway, antara dua tangga yang berdepan. Satu tangga yang aku tengah turun ini, dan satu lagi tangga hujung sana.
Dia pulak berdiri kat tengah-tengah laluan. Statik. Tak bergerak langsung. Pakai jubah putih. Rambut panjang lepas, sampai pinggang.
Aku tenung je. Bukan sebab berani, sebab aku rabun. Tak cam muka. So dalam kepala aku masa tu,
“Oh, mungkin kakak ni tengah tunggu kawan kot.”
Tapi pelik juga, sebab dia menghadap dinding. Berdiri diam. Tapi tak tahu lah dia menghadap dinding ke aku, sebab memang tak nampak muka sangat.
Tapi biasalah, aku jenis tak cepat syak wasangka. So aku teruskan misi ambik air. Jalan je lalu tangga, tak toleh belakang pun.
Sampai mesin, aku masih dok fikir kakak tu.
So sebelum aku isi air, aku pun toleh nak tengok balik, nak confirmkan dia masih ada ke tak. Sebab kedudukan aku masa ni dekat sikit lah dari aku duduk atas tangga tadi.
Tapi, masalahnya tempat tadi dah kosong. Tak ada siapa.
Masa tu, aku masih slow. Tak fikir apa-apa lagi. Teruskan isi air, dan lepas habis isi, jalan laju-laju naik tangga, baru kepala ni ligat berfikir:
“Eh jap… kalau tadi ada orang, takkan hilang tak smpai seminit macam tu je? Kalau dia naik pun, confirm aku akan terserempak. Tangga cuma dua je. Mana dia pergi?”
Baru lah rasa seram. Sejuk satu badan. Masuk bilik terus tutup lampu, selimut sampai kepala.
Dan aku rasa, hantu tu pun mesti give up nak seramkan aku. Mana taknya, dia dah berdiri kat situ lama dah, harap nak buat aku terjerit ke apa.
Aku pulak tenung dia macam patung muzium, maklumlah rabun. Tak pakai spek. Mana nak nampak dia. Hahahaha.
– S (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
kecewa member,ingat nak main chak chak dengan awak
Dah awk citer ‘hantu’ msa bulan posa, saya pon teringat satu kisah, tp hal ni terjadi waktu siang, di pejabat pulak tu, so macam xbrp logik, n xde lah ciri ‘seram’ tu sgt, cuma a bit ‘confused’.. citernya begini : hari tu first day puasa, so mmg suma pon ‘aware’ la, yg setan2 suma tu dah diikat kan.. nk dijadikan sebab, mse tu di lif opis.. aq nk naik dari tingkat 2 ke tingkat 4, dari pintu aku dah nmpak sorang lelaki ni nk masuk 1 lif tu, mse tu xde org lain d lobby lif tu.. aq pon kejar la, sbb lps lelaki tu masuk, pintu lif tu macam nk ttup, aku lari n sempat tekan butang lif nk ke atas tu, so pintu lif tu terbukak balik.., tp yg herannya, dlm lif tu xde sesiapa..! Aku jd ‘cuak’ jugak nk msuk lif tu, tp dah nk cepat, aq masuk jugak, sambil berfikir2 mne pergi mamat yg masuk td tu, sbb aku pasti dah org masuk n xde org kluar dari lif tu, nk kta lif tu naik, skejap sgt selang masa nya tu.. bla aq cerita dgn kwn2 opis diorang suma xcaya sbb mse tu bln posa, mne ada antu berkeliaran.., tp opis aku ni mmg bnyak berlaku yg pelik2.., nt lah klaw rajin aq antar sbg confessor plak.. ok, byei..