Aku tiba-tiba rasa nak menulis kisah hidup aku lepas baca coretan NME pasal kisahnya tiada keluarga, (https://iiumc.com/tanpa-keluarga/). Aku rasa perjalanan hidup aku ada juga persamaan dengan dia serba sedikit.
Aku wanita berumur awal 30an dan merupakan seorang penjawat awam. Kini sedang menunggu tarikh perbicaraan untuk penceraian bersama suami. Aku ada seorang anak angkat yang aku jaga sejak kecil sebab aku tak pernah merasa nikmat mengandung.
Suami aku ada masalah kesihatan yang teruk dan dia tak nak dapatkan rawatan. Aku ajak dia buat rawatan kesuburan pun dia tak nak atas alasan sibuk.
Aku beruntung sebab aku punya keluarga yang sangat2 menyokong dan sentiasa ada bersama aku dalam susah senang. Disebabkan mereka, aku masih mampu tersenyum walaupun pelbagai ujian datang menimpa aku sejak kecik.
Mak ayah aku dah bercerai sebanyak 2 kali dan kali terakhir pada 2 tahun lepas. Aku ada 7 beradik. Kami adik beradik sangat2 rapat sebab kami selalu berkongsi rasa dan saling membantu sebab membesar dengan mak ayah yang sentiasa bergaduh.
Kami ni banyak usaha sendiri untuk hidup sampai nak belajar pun masing2 mencari duit poket dengan macam2 cara.
Kalau aku cerita lagi detail pasal macam mana susahnya kami 7 beradik cari duit untuk belajar dulu, confirm korang terkejut dan nangis jugak.. huhu.. tapi aku tak nak cerita sebab panjang berjela.
Walaupun mak ayah aku jenis yang bergaduh hari2 sejak mula kahwin sampai la bercerai sekarang, alhamdulillah kami adik beradik mampu bertahan walaupun dalam keadaan yang sangat tertekan.
Selalunya kami jadikan kesilapan mak ayah kami sebagai ikhtibar supaya kami tak lakukan kesalahan yang sama seperti mereka.
Sebab tu abang2 dan kakak2 aku berjaya menjaga keluarga mereka dengan baik dan menjadi isteri/suami yang sabar dalam perkahwinan.
Cuma aku sorang je yang bernasib agak malang sebab dapat suami yang ego melangit dan kami bercerai sebab dia abaikan aku serta anak lepas perniagaan dia maju dan berjaya.
Aku la orangnya yang membantu menaikkan perniagaan suami, bersusah payah hingga aku sendiri kadang2 tak cukup rehat, yang sentiasa menyokong bila dia ada masalah dalam perniagaan.
Aku ni terlalu naif sampai aku tetap terus bertahan di sisinya walaupun suami aku sendiri selalu abaikan aku, tak berikan nafkah zahir dan batin, aku berdikari buat hampir semua benda sendiri sebab dia selalu sibuk.
Malahan dia jugak selalu tak ambil tahu bila aku sakit atau perlukan dia. Disebabkan aku tak nak anak aku rasa tekanan yang aku rasa masa kecik2 dulu akibat sikap mak ayah, aku bertahan dan terus bersangka baik yang suami aku akan berubah.
Tapi rupanya selepas 10 tahun, bila perniagaan dia dah maju.. dia terus abaikan dan lupakan kami. Macam tu je. Sekelip mata.
Masa ni aku rasa cukup-cukup lah segala penat lelah aku sayangkan dia, berkorban segalanya untuk dia. Aku betul2 tawar hati dan rasa aku perlu move on untuk cari kebahagiaan aku sendiri.
Dulu masa kecik aku hidup dalam keadaan yang sangat daif. Mak dan ayah selalu bergaduh sebab tak cukup duit. Siapa sangka aku di tinggalkan suami selepas dia dah mula hidup senang dan berjaya kan.
Alhamdulillah di saat-saat getir ni, semua family aku sentiasa ada bersama aku. Termasuk mak dan ayah. Kebetulan bulan lepas mak kena stroke jadi aku stay dengan mak dan jaga dia. Nasib baik juga aku bercuti lama sejak pkp.
Mak sendiri berkali2 menangis bila tahu apa yang suami aku buat pada aku. Mak rasa bersalah sebab dulu masa kahwin, aku ikut pilihan mak ayah walaupun aku dah ada pilihan sendiri.
Masa tu aku memang tak suka pun dengan suami aku ni, tapi sebab kenangkan nak jaga air muka mak ayah.. aku setuju juga untuk kahwin.
Lagipun masa tu mak suami aku tiba2 datang merisik aku walaupun tak kenal sebab dia dengar2 orang kampung bagitau aku ni baik dan sesuai dibuat menantu. Sebab tu aku rasa suami aku layan aku acuh tak acuh je. Sebab dia pun tak sayangkan aku dan hanya ikut pilihan mak ayah dia je.
Yang lagi menguatkan andaian aku adalah ex gf dia dulu punya la lawa. Jauh beza dengan aku yang biasa2 ni. Memang silap aku jugak la kot sebab tak cermin diri dulu kan.. hehe.
So sekarang ni aku di fasa yang agak sukar. Sedang jaga mak yang tengah stroke, ayah yang dah agak uzur dan juga tengah mengawal emosi bila anak aku asyik sebut mana ayah dia.. walaupun hidup aku ni susah nak bahagia, tapi aku tak rasa nak mengeluh pun.
Sebab bagi aku, ujian-ujian ni yang buat aku jadi semakin kuat macam sekarang. Walaupun aku tak pasti bila sinar kebahagiaan tu akan datang, tapi aku sentiasa yakin dan bersangka baik Allah berikan semua ujian ini dengan hikmah.
Siapa kita untuk melawan ketentuan takdir. Tapi kita sebagai hambaNya mesti percaya bahawa semua yang berlaku dalam hidup ni bersebab. Mungkin apa yang kita mahu tu bukan apa yang terbaik untuk kita. Allah beri apa yang kita perlu bukan yang kita mahu.
Korang doakan aku dapat jumpa seseorang yang akan lebih menghargai aku lepas ni ya. Dan lagi penting sebenarnya aku teringin sangat2 nak rasa nikmat mengandung sementara masih boleh ni.
Aku sentiasa berdoa mudah2an Allah beri aku kesempatan untuk ada anak sendiri. Aku suka budak2 dan aku jugak kesian kan anak angkat aku tak berteman sampai sekarang. Semoga semua insan yang sedang diuji di luar sana diberikan kekuatan dan ketabahan. Jangan terus bersedih.
Mulai hari ni pandang segala nikmat lain yang Allah dah kurniakan pada kita dan dengan rasa syukur, kita akan sedar yang hidup kita jauh lebih baik dari sesetengah insan lain yang lebih jauh hebat diuji. Stay strong guys!
– NMS (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit