Hanya Allah Yang Tahu Apa Yang Terbaik Untukku

Saya seorang lepasan diploma dalam bidang pengurusan dan teknologi pejabat. Kalau nak diikutkan, memang ibu bapa saya suruh saya sambung degree, tapi saya tak nak.

Saya fikir lepas habis diploma saya mahu cari kerja sebab hanya ibu saya sahaja yang masih bekerja untuk menyara keluarga.

Jadi sebab itulah saya tak sanggup nak sambung belajar lagi. Saya mahu cari kerja, saya nak bantu ibu dan ayah saya. Saya tamat diploma pada bulan 3 and sampai sekarang masih lagi tiada pekerjaan.

Ada satu hari tu, saya terima panggilan dari sebuah farmasi yang saya mohon kerja sebagai Management trainee.

Dia whatsapp saya untuk call interview tapi saya terpaksa tolak sebab ibu saya pernah cakap yang “kalau boleh mama nak ada seorang anak yang jaga mama dengan abah dekat sini”.

Walaupun saya tahu bahawa itu adalah satu peluang yang berharga tapi apa gunanya saya kerja jauh tapi tiada keberkatan oleh seorang ibu.

Start dari situ, saya mula mohon kerja di sekitar kawasan sini. Tapi masih tiada panggilan dari mana2 syarikat.

Saya juga pernah mohon jadi guru kafa tetapi tidak berjaya kerana saya tiada Bahasa Arab waktu SPM. Buat masa sekarang ni, saya hanya dapat pendapatan sikit2 dengan upah membuat assignment.

Kadang2 ada seorang ustaz yang suruh saya ganti dia untuk mengajar kafa.

Alhamdulillah, walaupun tak seberapa tapi Allah masih lagi membantu hambaNya. Cukuplah sekadar untuk saya membiayai diri saya dan membelanjakan sedikit dari hasil itu untuk ibu bapa saya.

Saya tidak tahu samada keputusan yang saya buat ini betul atau tidak dalam mencari pekerjaan. Atau adakah rezeki ku lebih baik jika saya sambung belajar?.

Ibu bapa saya memang tak kisah jika saya berada di rumah, tapi saya yang rasa bersalah sebab umur dah nak 22 tahun tapi still tiada apa2 lagi kerja or pendapatan dan hanya berada di rumah.

Nak kata kecewa memang tersangat kecewa. Nak2 pulak ada mulut2 yang berkata macam2. Lebih lagi kalau yang berkata itu dari orang yang kita kenal.

“Takkan nak duduk rumah je kan”. “Alah tempat kerja tu tak kisah, yang penting duit.” Kalau nak diikutkan peluang pekerjaan memang lebih banyak di luar bandar dan kawasan bandar.

Boleh saja saya nak bekerja di KL, Selangor, Johor apa semua. Tapi macam yang saya kata tadi, kerja jauh tapi tiada keberkatan seorang ibu.

Ibu dan ayah saya pun tak berapa sihat.

Ayah saya pun dah tak berapa larat nak bawak kereta, hanya dekat2 sini saja. Kami tinggal di kawasan kampung. Peluang pekerjaan memang ada tapi di bandar.

Kami hanya ada sebuah kereta saja. Jadi agak terhad untuk saya berpeluang kerja di bandar. Kalau saya guna kereta tu, ayah dan ibu saya tiada pengangkutan lain. Ibu saya selalu kata, ada rezeki adik tu nanti, jangan risau.

Saya tahu rezeki saya ada, cuma tak tahu bilakah waktu yang tepat dia akan datang. Mungkin esok? Minggu depan? Tahun depan? 3 tahun lagi? Wallahu’alam.

Sampai sekarang pun, saya masih cuba mohon kerja2 yang saya nampak ada kekosongan di media sosial apa semua sebab tahun depan saya dah kena bayar ptptn.

Kalau boleh biarlah tempat kerja itu dekat dengan rumah ibu bapa saya kerana itulah niat saya untuk mencari kerja bagi membantu ibu bapa saya.

Tapi andai kata itu bukanlah yang terbaik untuk saya, takpe saya redha dengan ketentuan Allah.

Saya tidak salahkan takdir, mungkin ada dosa saya yang terdahulu yang buatkan saya menghadapi ujian seperti ini.

Saya selalu fikir yang “Ada sebab kenapa Allah tangguhkan doa aku, mungkin Allah nak bagi yang terbaik dari apa yang aku minta.”

Doakan saya supaya dipermudahkan urusan dalam mendapatkan kerja yang halal bagi membantu ibu bapa saya.

Terima kasih.

– Yun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *