Hanya Kami Berdua

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali aku nak ucap terima kasih pada admin kerana siarkan confession aku ni. Sebelum ni aku pernah confess di sini dan terima banyak nasihat dari para readers yang baik hati. Aku guna pakai segala nasihat yang di berikan.

Malas aku nak share confess apa sebelum ni cukup lah para reader tahu yang aku sedang berhadapan dengan masalah family in law yang sangat toksik dan aku menjadi sangat tak redha dengan segala apa yang aku pernah bagi/lakukan selama ni untuk mereka.

Aku sabar selama ni pun sebab sayang pada insan bernama suami.

Sepanjang PKP ni aku banyak muhasabah diri. Aku juga buat langkah2 jauhkan diri dari toksik in law aku. Antaranya aku unsave nombor telefon mereka, block dari socmed dan pilih untuk tidak berkomunikasi dengan mereka. Ni salah satu nasihat dari confession sebelum ini. Terima kasih banyak!

Baru-baru ni aku terbaca chat dari ibu mertua di phone suamiku. Banyak ayat2 ceramah seperti-syurga anak di bawah telapak kaki ibu, anak tidak boleh merajuk dengan ibu dan mesej2 berbentuk hukum hakam ibu dan anak. Again! Tidak pula menyentuh tentang hak isteri ?

Apa aku ini tidak penting atau Aku hanya batu kayu ke di sisi suami aku? Musykil. Saiko kuat ni..

Untuk pengetahuan, bukan pertama kali aku lihat keadaan sebegini. Pernah satu tika dulu saat aku masih lagi belum berkahwin dengan suami, ibunya sering post quotes ceramah di fb untuk memerli aku. Sama juga kerana tidak dapat apa yang di hajati-iaitu duit.

Tapi kali ini terus direct ke whatsapp suami. I’m so speechless. Suamiku taknak aku terus tertekan dengan family dia sebab tu dia tak pernah bagi tahu yang ibunya chat sebegitu.

Aku sedar ibu yang mengandungkan suamiku 9 bulan tapi selepas bercerai dia tidak pernah menjaga apatah lagi mengambil tahu keadaan anaknya pun sehingga besar.

Bila anak dah bekerja dia sekadar “menuai hasil”.. Jika tidak di beri jatuh hukum anak derhaka. Senang jadi ibu ye? Parent aku tak pernah ajar aku macam ni tau.

Menjadi lebih konflik apabila mengetahui anaknya sedang bercinta dengan aku ketika itu. Punya keluarga yang sempurna dan juga kerjaya yang bagus. Menjadikan segala yang di beri anaknya tidak mencukupi, aku yang sering jadi mangsa banker dia.

Sebulan dua aku tidak kisah tapi setiap bulan! Setiap kali payday aku mesti akan dapat call. Aku tidaklah bodoh, perkara ni jadi isu dari sebelum aku kahwin sehingga sekarang kerana aku dah nampak permainan ibunya.

Tapi suami tidak pernah nak amik serious tentang hal ini. Alasan dia ibunya baik, selalu nasihatkan dia benda baik2 walaupun tak pernah jaga dia dan keadaan ibu di kampung sangat susah.

Susah bukan daif. Susah bukan tiada kereta , motor, rumah, tanah beberapa ekar dan perniagaan sendiri. Sering aku nyatakan jika baik sekalipun, kenapa diceraikan dahulu? Fikir logik je. Takkan dia nak bagitahu ibu dulu sund4l nak… hmm. Contoh.. geram aku..

Mungkin dia merasa aku tidak terbeban kerana aku mampu ketika tu-hingga aku buat keputusan untuk berhenti kerja. Itu keputusan paling bodoh aku buat.

Mampu macam mana pun, jika untuk keperluan aku tidak lah kisah tapi ni menipu. Nak berjoli bukannya untuk benda penting pun. Aku tahu dia berjoli dengan anak tiri tu pun sebab adik dia terbocor rahsia. Tapi aku memang dah syak lama dah. Ibu dia kan baik. Huh!

Tempoh hari suamiku warded hampir sebulan. Telah membuka mata suami tentang apa yang aku cakap selama ni benar. Tidak ada seorang dari family dia yang datang menjenguk. Tiada bantuan sedikit pun untuk meringankan beban. Sehingga memaksa aku untuk mengadaikan barang kemas.

Yela aku ni suri rumah, simpanan juga ada sedikit sahaja kerana selama ni habis untuk penuhi permintaan ibunya. Situasi kewangan kami ibarat cukup untuk meneruskan kehidupan je jika aku bersyukur.

Jika kalian di tempat aku dan tidak bersyukur dengan apa yang ada maka tidak lah cukup. Haha. Paham tak?

Tapi jika di ikutkan, jenguk atau tidak sama juga. Selama ni pun tidak ada siapa yang kisah tentang suamiku. Dia pun hidup sebatang kara selepas SPM.

Masa aku jumpa dia pun masih belum ada pekerjaan tetap, belum ada apa2 aset, tidak kurang juga hanya menerima bantuan dan menumpang kasih sayang dari family ku.

Okay balik pada cerita di hospital tadi. Ketika ni, suami pula yang tertekan kerana sakit yang di alami rupanya adalah punca kami tidak mempunyai zuriat lagi. Penyakit 1 dalam 1000 lah dalam dunia ni. Kes yang jarang2 sekali berlaku pada lelaki. Aku? Hmm .. aku bukan tak terima kenyataan tapi aku rasa macam aku ni mangsa keadaan.

Yela. Dari awal perkenalan dah jadi banker. Lepastu di benci keluarga tiri belah abah mertua. Dapat ipar pula yang menyusahkan. Di hina caci maki tidak boleh beri zuriat oleh family in law dan orang sekeliling. Eh sekarang apa pula?

Jika di cari punca masalah ni, sama juga. Kerana kecuaian ibu bapa nya. Hendak ku maki tiada daya. Bertambah kebencian aku terhadap mereka. Lagi2, mereka tidak mengaku punca dari mereka dan tetap dengan pendirian bahawa penyakit ni sebenarnya genetik. Kepala hotak dia lah. Nak kata aku lah tu.

Puas aku explain tapi di tepis je. Di katanya doctor nak duit je tahu nak bedah orang je. Ni semua kerja kurafat ada yang menghantar. Amboi amboi. Aku kot yang ada 24/7 kat situ.

Nak harapkan anak dorang ni mana lah faham apa docter explain. Yang tengok ctscan pun aku jugak. Yang pergi consult untuk kimo pun aku jugak yang kena dengar. Tu lah lain kali dulu orang nak ada anak untuk jaga bukan nya sibuk bercerai sampai anak pun kurang perhatian.

Bukan aku tak cuba berubat kampung ya. Aku buat dua2, tapi tiada kejadian mistik berlaku dan aku nampak scan secara jelas. Jadi lebih percaya doctor apa peramal perubatan tradisional? Fikirkan.

Sebelum ni aku pernah minta cerai di sebabkan tidak tahan dengan toksik family suami. Kami tiada masalah, bahagia seadanya.

Suami aku baik, baik yang tidak terungkap dengan kata2. Tapi dia takut jadi anak derhaka seperti selalu di momokkan dari ibunya tu. Jadi dia sukar tetap dengan pendirian. Dia juga sayang aku kerana akulah yang ada ketika dia merempat dulu susah senang dia aku jela yang setia ada.

Tapi lepas dia warded tempoh hari, aku pula yang kesian dengan dia. Hari2 dia menangis mengenang nasib. Dia selalu tanya kenapa mak ayah dia tak kisah ? Kenapa itu kenapa ini.. aku cuma boleh jawab sebab ibu abah awak bodoh.

Ayat kejam, tapi itulah hakikat yang perlu kau telan.

Hari2 dia merayu jangan tinggalkan dia. Boleh ikhtihar cara lain. Korang ingat aku ni jahat ke?

Kalau aku jahat aku tak pergi fertility clinic, turun naik hospital uruskan semua pasal suami aku ni. Lagi bertambah kuatlah aku wei.. Walaupun selama ni yang makan segala hinaan yang tidak boleh beranak tu aku. Mana mungkin aku nak tinggalkan dia dalam keadaan macam ni..

Kejadian ni telah buka mata suami dan kami dah sepakat untuk jauhkan diri dari family nya instead of bercerai.

Aku juga dah cerita segalanya pada ayahku di atas nasihat kalian juga di confession pertama aku. Lega sangat! Kalau tahu lega macam ni takde aku pendam sorang2. Selama ni aku menjaga aib in law aku tapi aku yang tertekan emosi. Sekarang semua dah neutral balik.

Oh ya, aku juga telah dapat pekerjaan. Walaupun hanya kerani aku bersyukur jela siapa yang nak amik aku kerja lagi sebab pengalaman yang ada di sia2 kan macam tu je kan.

Itu lah baru ni yang aku terbaca chat ibu mertuaku tu sebab dia nak kan sikit duit BPN kami. Dia pun dapat, apa yang tidak cukup? Allahu. Aku rasa nak starlight je kepala dia. Haha.. Rupanya dari PM bagitahu dapat BPN lagi dia dah call suami aku. Tapi aku tak tahu sebab suami tak nak keruhkan lagi keadaan.

Betul lah cakap korang, kita ni tak boleh ubah manusia melainkan diri dia sendiri nak ubah. Macam aku dulu sabar lah kononnye, ingat boleh berubah tapi makin menjadi tuai hasil nya.

Bila dah jadi macam ni, memang aku nekad. Puas aku dipergunakan dulu, sekarang no more! Eh boleh pulak keras hati aku ni kan? Kenapa tak dari dulu je aku nekad macam ni..

Ibunya juga tak berani dah call aku minta2 macam selalu. Takde lagi perkataan ni aku dengar “hello, mak nak duit.”….. Mungkin perubahan aku ni ketara sangat kot. Ah lantak lah nak cakap aku ni menantu apa pun, aku tak kisah. Janji aku dapat hidup aku balik. Dapat merasa duit sendiri balik. Bertahun kot jadi useless.

Best jugak ye dapat beli apa yang aku nak sendiri macam dulu2. Aaaaahhhh terharu betul aku.. nangis jap wei.. Tapi tu lah ni baru kerani, suami aku dah goyang sikit. Haha.. dia tahu apa aku boleh buat sebab tu dia pun suka je aku jadi suri rumah.

Tapi korang, aku dah tak nak bodohkan diri sendiri demi orang lain. Kali ni aku bangkit, betul2 aku nak dapatkan balik yang sepatutnya aku ada dengan umur aku macam ni..

Aku selalu fikir macam ni, kenapa aku kahwin dulu dengan suami? Perlu ke aku bercerai dek kerana tekanan dari orang lain sedangkan suami aku tidak buat salah? Perlu ke aku keraskan hati untuk buat semua ni? Pasal anak aku tak kisah sangat. Mental aku masih kuat.

Akhirnya aku berjaya keluar dari toksik in law aku ni. Aku takde lah suruh anak dia benci mak bapak dia. Sebab tu mereka masih berhubung. Tapi aku tak nak tahu menahu langsung apa2 tentang mereka. Suami juga dah pandai menilai yang mana perlu dan tidak.

Loan2 atas nama suami pun dah tak boleh buat apa.. terpaksarela je bayor. Masa aku cakap kad pengenalan tak boleh suka hati bagi orang walaupun adik beradik sendiri, dia tak endah. Sekarang, bayar jela ye. Pengajaran untuk kami.

Semoga virus corona ni cepat terhapus dari muka bumi ni. Aku dah tak sabar nak sambung kerja balik. Aku nak beli rumah. Aku nak menabung buat ivf. Doakan kami ye..

Nasihat aku pada yang belum berkahwin, siasat latar belakang family pasangan dahulu baru teruskan next step. Jangan jadi macam aku dah terlajak semua tak boleh undur. Di pikir mampu untuk bertahan tapi kecundang jua. Haha..

Dapat suami baik pun, tapi family toksik payah jugak. Aku taktahu nak letak berapa juta kat muka dorang baru nak stop materialistik tu. Tunggu lah aku kaya balik, cop duit kat muka sorang2 baru ada akal. Aku paling benci lah bila dengar dia minta duit. Macam minta cikedis tau.. tahu2 dah transfer. Eh ni moment paling haram jadah.

Takde satu pun yang best moment. Dala moment aku kahwin dulu pun mak bapak dia bole blah macam tu je. Motif sangat kan. Kalau aku listkan bukan setakat isu duit tapi macam2 lagi! Tapi duit lah banyak terkesan dalam hidup aku sebab kewangan kami terjejas gara2 nak penuh hajat orang lain.

Sorry korang cerita macam ni tak nak letak kat page lain sebab page lain lagi hardcore comment dia, aku takut nak baca. Hahaha.. sorry jugak ye kalau ade terkasar bahasa ke dalam penulisan aku ni, ketahuilah aku ada kesal sikit time menaipnya. Tetiba membara hati aku mengenangkannya semula.

Thank you sebab sudi baca luahan hati aku. Doakan aku ya.

– Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *