Terima kasih admin andai luahan aku ni dipublish. Hati aku ni dah tak tau apa rasa yang ada. Kepada yang membaca, terima kasih juga. Kalau kena kecam, aku terima.
Aku dah kahwin 15 tahun dan dikurniakan 5 cahaya mata. Alhamdulillah, semua ni aku syukuri cuma untuk 15 tahun ini, aku menyimpan rasa terkilan yang paling dalam dengan mertua dan ipar2ku. Suamiku anak lelaki tunggal dan adik2 iparku, semua sudah berkahwin.
Saat usai menikah, aku redha tinggal bersama mertua dan ipar2ku (masa tu mereka semua anak dara lagi). Namun atas faktor tempat suami bertugas agak jauh dan menyukarkan perjalanan ulang alik, kami menyewa tidak jauh dari pejabat suami dan rumah mertua ( kira tengah2 la rumah sewa kami ). Tu pun, setiap minggu mesti balik rumah mertua. Tiada hujung minggu aktiviti sendiri untuk kami suami isteri.
Nak balik rumah keluarga aku? Kalau mertua tak izinkan, memang kami tak balik. Pernah suami kesian tengok aku nangis rindukan keluarga, kami balik kampung dulu baru maklum ke mertua yang minggu tu kami tak balik, dan kami dapat “yelah. Esok kalau mak dah mati pun, sorang2 jugak kat kubur tu”. Penyudahnya, lepas dia cakap camtu, aku terus ajak laki aku balik.
Raya, sepanjang 15 tahun kahwin, hanya sekali aku merasa raya pertama kat rumah parent aku, tu pun sebab mak sedara aku meninggal. Selebihnya mesti kat sini. Lupa nak beritahu, lepas 3 tahun, kitorang pindah balik kampung suami tapi bukan serumah. Adik2 suami dah kahwin semua duduk rumah sendiri keliling rumah mertua.
Walaupun duduk berdekatan, tu pun dah besar rahmat dah. Cuma bila family aku datang ziarah ke rumah aku atau kami hendak pulang ke kampung aku, mulalah muncung sedepa. Yang ipar2 pun, menyalahkan aku kerana kampung aku jauh, susahkan abang mereka. Dah jodoh kami, salah ke?
Sampai aku merungut sendiri, aku yang menantu perempuan ni, bila nikah dah terputus terus ke ikatan dengan mak abah kandung aku, adik2 aku? Kenapa adik2 ipar aku tak buat macam aku jugak? Kampung suami diorang lagi dekat, senegeri tapi jengah mertua setahun sekali je. Tu pun semalam je tidur rumah mertua. Balik sana dah nak maghrib baru gerak, esok pagi2 lepas subuh dah ada kat rumah (jangan lupa, kami berkongsi halaman rumah).
Masa abah aku terlantar kat hospital 4 bulan, aku cuma dapat jenguk dia 2 kali je. Tu pun, bila balik rumah, adik2 ipar aku masing2 bising takde orang nak jenguk mak mertua aku yang tengah sakit2 badan. Padahal, sepanjang 3 hari 2 malam kitorang kat kampung aku, masing2 dok updates status kat FB gi buat movie marathon la, jalan2 cari makan la.
Aku diamkan je selama ni. Paling2 suami aku pujuk dan sediakan line wifi paling laju supaya aku boleh video call mak abah aku kat kampung (bukan hari2 pun). Janganlah buat macam ni. Macam mana aku anggap mertua dan ipar duai tu sebagai keluarga, anggaplah aku begitu juga. Hanya kerana aku menantu perempuan, janganlah dicarik2 ikatan darah daging aku dengan mak abah.
Suami aku ni, menantu kesayangan mak abah aku, adik2 aku walau jarang bersua. Mak abah aku tak berkira bila suami aku jarang2 boleh bawa aku dan anak2 balik kampung jumpa mereka. Aku bukan nak balik kampung sampai tak balik rumah sendiri. Cuma tiap kali balik tu, janganlah buat muka buat perangai macam anak menantu ni dah derhaka.
– Phea
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit