Hanya Kerana Aku Perempuan

Baru semalam aku bergaduh dengan ayah aku. Sebab aku tanya tentang aku yang nak berhijrah ke Singapura untuk kerja kilang. Kawan aku ramai yang kerja di Singapura ada kelulusan ijazah. Tapi sebab kerja terlalu susah di Malaysia ramai yang berhijrah. Ayah aku tentang sebab katanya nanti aku tak tahan. Memang sekarang aku kerja. Gaji kerani RM890. Lepas tolak KWSP. Ramai orang cakap aku mata duitan.

Duit nak kumpul banyak2 untuk ape? Tengok balik aku kerja nak bayar PTPTN pun tak cukup. Pegi kerja bawa bekal catu makanan. Aku sangup berjimat. Baju pun aku ulang baju sama, tak ada nak habis untuk bergaya. Alhamdulillah aku boleh save RM500 dengan gaji RM890 tu.

Teringat pula masa belajar. Aku kerja part time gaji habis untuk beli buku. Macam tu je duit aku habis. Dah dapat ijazah tak dapat kerja gaji RM1000. Entah la aku ni tak bersyukur ke apa. Tapi rasa tak ada fungsi aku sambung belajar. Jangan sembang nak tuntut ilmu semua kalau untuk tuntut ilmu terpaksa pula tanggung hutang RM30k. Lepas tu gaji RM1000. At least kerajaan sekarang tak tekan pelajar untuk bayar ptptn. Alhamdulillah.

Aku tak tahu lagi hidup aku berakhir macam mana. Tapi aku kesian tengok ayah aku kerja semata mata nak cukupkan kami. Nak bayar kereta bulan2 RM500. Rumah RM900. Gaji ayah aku RM3000 tapi banyak dah kena potong dengan hutang.

Tangan ayah aku luka2, muka bengkak sebab buat kerja sawit. Pergi ke laut untuk cari ikan. Aku tak mintak banyak pun. Niat aku nak pergi kerja sebab nak kumpul duit. At least aku boleh bagi RM1000 kat ayah aku. Aku makan bercatu pun tak pe. Masa belajar dulu pun aku tak de nak mintak duit. Aku kerja 12 jam pun takpe.

Oleh sebab aku perempuan je aku rasa terbatas nak cari duit. Kerja luar dari rumah. Gaji bagus. Aku rasa jalan penyelesaian aku adalah kawin. Baru aku boleh keluar dari rumah ni. Untuk dapat kerja yang lagi baik. Kalau ada lelaki dari Johor yang sanggup peristerikan aku. Tolong pm. Aku tak mintak banyak pun. Hantaran pun tak kisah. Janji benarkan aku kerja untuk tolong ayah aku. Nafkah duit tak payah pun tak pe. Aku boleh cari sendiri. Cuma benarkan aku bekerja.

Kalau tak aku rasa lepas ni aku akan cuba jimat duit gaji aku. Nak belanja RM50 je sebulan. Aku nak kumpul at least RM800 sebulan.

– Perempuan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *