Hanya Kerana Dia

Assalamualaikum..
Saya menulis dari pengalaman. Sekadar meluahkan atau mungkin boleh dijadikan pedoman.

Saya seorang isteri bekerjaya dengan 4 orang cahayamata. Berkenalan dengan suami semasa belajar di universiti dan berkahwin selepas 4 tahun berkawan. Suami hanya bekerja rencam hinggalah anak pertama saya berumur 3 tahun. Keadaan hidup kami agak sukar pada awal perkahwinan kami. Tapi kami bahagia je. Keluarga saya dan keluarga mertua pun baik2 saja.

Kami mula diuji bila suami dapat kerja tetap. Dia seorang yang ‘workaholic’ dan perfectionist dengan kerjanya. Dia jadi sangat sibuk dan tak punya masa untuk keluarga. Itu menyebabkan kami terabai. Segala urusan keluarga terletak di bahu saya. Perihal kewangan juga banyak saya yang tanggung sebab saya yang selalu ada di rumah menguruskan anak2 yang makin bertambah. Suami selalu out station.

Kalau ada pun, dia biasanya akan bawa beban kerjanya ke rumah. Kalau stress habis anak2 dijerkahnya. Sudahnya, anak2 jadi renggang dengannya. Takut, tidak selesa bila ayahnya ada bersama. Komunikasi antara kami menjadi semakin sedikit. Kalau bercakap pun, ada saja yang tak kena. Dia tak pernah ada masa untuk ambil tahu tentang kami, persekolahan anak2, sakit pening kami, keperluan kami dan apa juga aktiviti2 seharian kami. Masa bagi dia hanyalah untuk kerja, kerja dan kerja, itu je yang penting bagi dia. Masalah ini jadi berlarutan sehingga lebih 10 tahun.

Maka, kami anak beranak pun membina kebahagian kami sendiri. Kami buat aktiviti2 setiap hari, setiap hujung minggu, setiap kali cuti sekolah untuk hilangkan stress. Tentunya tanpa suami sebab dia sentiasa sibuk. Setiap kali diajak, ada saja meeting, forum dan seribu satu program yang tak boleh tidak dia kena hadir. Selalu saya rasa yang saya macam ibu tunggal yang membesarkan anak2 seorang diri. Penat. Sangat penat. Saya sering menangis bila semua anak2 sudah tidur di malam hari.

Pada suatu malam minggu, anak2 sudah tidur masa tu. Saya masih mengemas dapur. Suami panggil saya. Ada perkara yang nak dibincangkan katanya. Pelik. Sebab sudah terlalu lama kami tidak berbincang apa2. ‘Abang nak kawin lain, awak izinkan tak? Saya diam. Macam tak rasa apa2. Saya kata,’nanti2 lah saya beri jawapan sebab dapur tak habis kemas lagi’.

Dipendekkan cerita, selepas 2 minggu, saya minta suami berterus terang tentang hasratnya. Ye. Dia nak kahwin dengan bekas rakan sekelasnya yang dia jumpa masa reunion. Janda anak 3 yang ditolong untuk dapat kerja sebab diceraikan suami dengan sehelai sepinggang. Kesian katanya. Subhanallah. Baik juga suami saya ni. Menolong bekas isteri orang, kesian dengan perempuan lain tapi isteri sendiri diabaikannya.

Tanpa berfikir saya terus beri izin. Kahwinlah bang, saya ok je. Syaratnya tinggalkan saya betul2 secara sah supaya saya tak sakit hati. Tentang mak (emak mertua) biar saya yang settlekan. (Mak mertua sangat sayang saya macam anak dia sendiri). Anak2 juga biar saya yang jaga. Biasa dah kan. Suami terus jadi takut. Dia kata dia takkan kawin kalau saya tak izinkan, kalau emak dia tak setuju. Dan dia takkan lepaskan saya. Dia kata dia masih sangat sayangkan saya. Ye lah tu.

Sejak dari tu, dia tak pernah sebut pasal tu. Tapi hati saya dah hancur. Tambahan, saya terlihat mesej2 antara mereka berdua menunjukkan memang mereka dah sangat rapat. Ber’sayang2. Gambar2 pun macam orang2 muda berkasih. Berpegangan tangan, berpelukan. Pedih, sakit hati. Lama2 hati2 saya jadi kosong.

Untuk menghilangkan pedih, saya jumpa guru agama saya. Mengadu. Ustazah suruh saya dekat dengan Pencipta. Mengadu denganNya. Selepas itu saya mengaji dengan lebih kerap, Solat. Pergi kelas2 agama jika ada saja waktu terluang. Lama kelamaan, hati saya mula terisi semula. Dengan cinta Dia. Baru saya nampak bahawa cinta pada manusia memang sementara. Kerana kita ni pun sementara. Yang kekal hanya Dia. Saya jadi makin tenang.

Suami pula berkali2 minta maaf. Saya maafkan. Tapi tak mungkin melupakan. Perempuan tu pulak kerap menghantar mesej merayu saya membenarkan suami saya mengahwininya. Saya dah izinkan cuma suami saya yang dah tak mahu sebab tak sanggup meninggalkan kami. Saya ok je.

Di saat cerita ini dituliskan, kehidupan kami sekeluarga sudah bertambah baik. Anak2 sudah boleh bergurau dengan ayahnya meskipun pernah ‘kehilangan’ dia lebih 10 tahun. Kecaknaan suami pada keluarga juga semakin baik. Dia sudah memegang peranan sebagai ketua keluarga yang sebenarnya. Alhamdulillah. Ada hikmah atas segala kejadian. Hati saya? Hanya untuk Dia….

– Linda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *