Hanya Kerana Huruf ‘R’

Hi and salam. Thanks admin kalau publish post ni.

Ok first of all, disebabkan kerja parents, saya dilahirkan dan grow up di luar negara and hanya balik sini masa awal form 3. Tapi nasib baik still boleh cakap melayu dengan agak fasih haha.

Sebenarnya biasa guna “i” untuk bahasakan diri tapi macam poyo pulak rasa kalau tulis macam tu dekat sini so saya akan guna “aku” lah ye biar macam sempoi2 sikit sebab “saya” macam skema pulak. Tapi kalau ayat tu macam tak sedap ke apa harap maafkan ye haha.

Ni cerita pasal zaman sekolah menengah dan sekarang. Reason nak confess sebab baru2 ni jumpa balik kawan lama so banyak memory yang teringat balik.

Yang paling aku ingat masa first day masuk sekolah dekat sini time tu kelas agama, ketua class tu bawak aku masuk and ustazah tengah mengajar dekat depan. Masuk2 je dia tengok aku atas bawah “ehhhh siapa ni!” Dia tanya dengan nada macam tak berapa best.

Maybe sebab aku tak pakai tudung kot, entah but kita kan boleh rasa kalau orang tu macam pandang slack and cara cakap dengan kita macam sinis camtu. So aku jawab lah “saya pelajar baru” dan yes aku mengaku, kalau ada huruf “R” cara aku cakap ni macam ada accent sikit. Dah terus ustazah tu tarik muka.

“Awak ni islam melayu ke apa? Cakap nak bunyi mat salleh pulak. ‘saya pelajar baru” dia ajuk balik cara aku cakap. Sumpah time tu macam nak nangis sangat. Dah lah baru first day and semua orang pandang aku. Aku jawab lah ye then ustazah tu boleh pulak dia macam sound aku suruh cakap betul2.

Lepas tu kawan2 yang duduk dekat dengan aku cakap ustazah ni memang jenis laser so jangan lah terasa sangat. Selingan, ustazah ni tak rupa macam ustazah typical, dia tak pakai tudung labuh, just tudung bawal biasa and jenis macam colourful, baju2 dia semua pun colourful and dia suka tukar2 handbag.

Pernah sekali dia masuk kelas muka masam pastu dia hempas bag dia atas meja. Pastu dia cakap “tahu tak cikgu siti cakap bag saya ni macam diaper bag! Eee geram nya! Dia apa tahu, fashion pun tak pandai, tengok cara dia dress up, tak bergaya langsung” or something like that and aku rasa dalam setengah jam juga lah dia bising pasal cikgu siti dan pasal dia selalu shopping and suka bag and dia tahu fashion bla bla. So korang fahamkan ustazah ni jenis macam mana.

Ok ada sorang ni dia pun baru masuk sekolah tu, kebetulan masa aku dekat overseas tu parents dia pun kerja sana so aku sempat satu sekolah dengan dia over there and dia masuk sekolah ni pun sebab aku ada dekat sana so macam ada kawan lah kononnya. Nama dia mia.

Mia ni sangat baik, sangat lembut and jenis hati tisu sikit compared dengan aku. So one day tu kelas agama kena baca dari buku teks gilir2, dan terkena lah turn dekat mia. Dia pun baca, and dia ni pun ada accent dekat huruf “R” macam aku.

Tiba2 ustazah tu jerit “mia! Awak jangan nak berlagak sangat eh! Cakap bahasa melayu tu elok2 sikit. Awak ingat awak ni mat salleh ke? Awak orang islam kan!” (Hello ustazah, ingat takde mat salleh islam ke?) Pastu tiba2 nama aku naik juga dia kata kitorang and ada some other girls ni gedik and sengaja je nak cakap dengan accent (dia cakap slang)

Pastu dia kata tunku abdul rahman sebut merdeka dengan clear nya huruf “R” tu takde nya ‘slang2 macam korang’. Mia tu nangis, dia siap mintak maaf cakap dia cuba cakap betul2. Pastu ustazah suruh dia baca ayat buku teks tu balik, aku rasa sampai 5 kali juga lah dia kena ulang. Sambil nangis sambil nak betulkan huruf “R” tu mia baca. Kesian sangat time tu.

Then tiba2 ustazah macam marah sebab bagi dia still ada accent lagi cara mia baca then start dia compare dengan this girl, nurul. Dia cakap nurul ni bagus, bahasa melayu clear, pakai tudung kemas bla bla. Nurul ni memang anak emas dia and jenis sinis2 juga dengan kitorang so lagi lah bangga minah ni ustazah puji dia. Dan to cut it short, macam ni lah selalu nya hidup kitorang sampai masa form 5 aku dapat ustazah tudung labuh yang sangat lah baik and takde pun kisah benda2 ni.

Then recently kan aku jumpa balik kawan lama, semua yang ustazah kata gedik tu (termasuk aku) dah bertudung, walaupun takde lah tudung labuh ke apa but kira at least dah start jaga aurat lah. Mia yang dia benci sangat tu, masuk uni je terus pakai tudung dah and dah lah uni overseas maksudnya dia memang ikhlas pakai bukan sebab peraturan ke apa.

Si nurul yang dia sayang sangat tu pun uni overseas, ada dengan kawan lain. Sampai sana je terus bukak tudung and now ni pun baju sleeveless, skirt pendek. Study dekat sana 3 tahun je tapi mak datok accent dia bila cakap melayu punya lah berhabuk. Aku yang 15 tahun duk overseas pun better, cuma “R” tu je lah haha.

So nak cakap dekat sini, especially to ustazah aku. Boleh tak jangan nak judge sangat orang. Lagi2 time tu still muda remaja. Dah lah judge masa cakap melayu. Kalau cara bacaan quran aku dibetulkan aku ok ni cara cakap bahasa melayu kot. Pastu sikit2 guna ayat “awak orang islam cakap betul2” tak faham langsung aku.

Orang islam bukan melayu je lah, orang china banyak islam and sah2 lah “R” diorang tu lagi pelat. Mungkin bagi dia kitorang gedik tapi tegur lah elok2, sampai kitorang macam tak suka langsung kelas agama (sampai lah form 5 ustazah lain take over)

And lagi satu, just because seseorang tu macam hampeh tak bermaksud orang tu tak boleh change. Serious aku macam rasa bittersweet sangat bila tengok kawan2 aku yang dulu tak pakai tudung semua dah bertudung now. Tak tahu lah nak gambarkan perasaan tu macam mana. Macam bangga pun ada. Rasa macam “we started from zero now we’re here” haha.

Dan orang yang baik pun boleh berubah ke arah tak berapa baik so tak payah lah nak rasa diri tu best gila or better than the rest. Peringatan kepada diri sendiri juga sebab aku ni pun still doa hari2 please lah tetapkan iman aku supaya tak tergoda nak bukak tudung ke apa.

Tu je lah confession nya. Bukan confession sangat lah kan sekadar kongsi memory aku je haha.

– Miss R

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit