Hanya Kerana Parti Hari Jadi

Assalamualaikum semua, aku ni 2 beradik je dengan kakak aku.

Long short story anak-anak aku semua lelaki, manakala kakak aku sorang je anak dia, lama pulak dia tunggu 15 tahun.

Raya Haji lepas aku dengan kakak aku baru lepas berselisih faham dek benda benda remeh. 

Pertamanya bab anak lah, anak aku tak nak main sama sama dengan anak dia. Mana maunya anak perempuan, di ajaknya main Barbie.

Anak kakak aku sebaya dengan anak aku no 2 (5 tahun), ajak yang no 2 main Barbie memang tak jadilah, untung tak jadi bola dengan senapang je Barbie tu. 

Bila anak aku cakap dia tak suka main Barbie tu tak ada yang nak cuba faham, ada ke patut di suruhnya cuba dulu semata nak puaskan hati anak kakak aku kalau tak merengek lah sepanjang hari minta perhatian. 

Keduanya, kakak aku ni dengan ipar duai sebelah sana memang tak baik. Jarang jarang dia berjumpa, kalau jumpa masa kenduri tu pun kebetulan. 

Seminggu lepas raya Haji dia nak sambut hari anak dia, secara besar besaran. Masa tu aku diam je, tak aku cadangkan apa apa pun. Sebab aku tau benda ni leceh. 

Bila aku diam tak cakap apa, mak dengan kakak aku terus jump into conclusion kata aku tak support kakak aku. Mula lah mak aku buat ayat sedih. 

“Support lak sikit kakak, dia ada kau sorang je dik. Anak dia tak ada mak sedara lain”

Bila aku cadangkan buat kecil kecil je mak aku cakap,

“Itu jelah cucu perempuan mak sorang, nak raikan dia tak nak rasa dia tak ada sedara” bukan pertama kali, tahun ke lima tuan puan. 

Concern aku yang pertama abang ipar aku tak bekerja sebab masalah kesihatan, dia ada psoriasis. 

Concern aku yang kedua bab nak mengemas rumah lepas parti tu bukan sehari dua tuan puan. 

Hujung hujung mak aku yang berkemas sorang bila semuanya kembali bekerja

Bila aku confess dengan kakak aku, cuba bawa anak dia staycation ke tidur hotel, create moment bertiga ke, buat la lain dari kebiasaan dorang tu.

Bini aku awal awal dah cakap dia tak kuasa nak tiup belon, nak kecah kecah rumah, terkejar sana sini tolong pick up kuih lah, dessert lah.

Bukan kami berkira dengan anak anak, benda boleh buat secara sederhana kami lebih memilih untuk bersederhana dengan cara kami. 

Apa yang aku selalu buat untuk hari jadi anak aku paling tak pergi restaurant makanan kegemaran dia, nak beli jiwa sikit lagi beli 1 Hotwheels, slice of cake, ada rezeki lebih sikit tidur 1 malam dekat hotel yang ada laut ke. Benda mudah jangan dirumitkan.

Bini pun tak penat nak hembus belon, nak fikir tetamu, nak fikir makanan cukup ke tidak, nak berkemas rumah. 

Kadang dengan cara ini pun boleh jadi isu, bila aku tak ajak family aku, dorang cakap aku buat sorok sorok, tak nak ajak kakak aku anak beranak, tak kongsi rezeki, tak nak buat benda seronok sama sama.

Kalau aku cerita nak berjalan pulak, sekampung nak ikut. Dorang yang nak aturkan semuanya, nak keluar pukul berapa, nak makan mana. 

Aku slowtalk dengan mak aku, yang mak aku takutkan kalau kalau kakak ipar aku merajuk tak nak balik kampung dah, takut kakak aku terasa hati, sebabnya kakak aku ni kan tak kena peduli dengan adik beradik suami dia.

Apa yang aku cakap dengan mak aku, kakak aku tu dah 40 tahun suami dia 45 tahun, dah cukup matang untuk buat keputusan yang bijak dan relevan. 

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *