Hanya Kerana Saya MC

Salam sejahtera kepada semua pembaca IIUM Confession. Pertama sekali, terima kasih jika confession ini disiarkan dan jika tidak terima kasih juga kerana membaca luahan hati yang tidak seberapa ini. Jika disiarkan tolong hide kan profil saya.

Saya tidak tahu macam mana mahu memulakan isu yang sedang dihadapi. Nama saya M dan cerita yang saya mahu kongsikan adalah tentang rakan sekerja yang saya namakan Sayur. . Maafkan saya jika gaya penulisan saya tidak lancar dan menarik kerana ini kali pertama saya mengarang dalam Bahasa Malaysia setelah 7 tahun tidak menulis dalam Bahasa.

Saya M,seorang perempuan berbangsa Cina yang berumur 25 tahun, berasal dari Malaysia dan telah bekerja di Singapura selama 2 tahun. Saya telah menamatkan pelajaran sebagai Ijazah Sarjana Muda. Demi meringankan beban keluarga,saya memgambil keputusan untuk merantau dan mencari rezeki di Singapura. Saya merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik . Setelah bekerja di sebuah restoran sebagai Guest Relations selama beberapa bulan, saya mempunyai satu rakan sekerja yang baru namanya Sayur. Sayur ini direkomenkan oleh Pengurus dari bahagian saya kiranya kawan baik kepada Pengurus saya.

Perwatakan Sayur ini kelihatan lemah-lembut dari luaran tetapi berat tulang dalam isu bab kerja. Setiap hari, ada sahaja alasan yang diberi untuk tidak membuat kerja. Contohnya, Sayur hungover pada malam sebelumnya dan akan memberitahu saya dia tidak mahu membuat apa-apa. Kadang-kadang dia akan mengadu dia tidak cukup tidur. Setiap hari ada sahaja alasan yang diberi dan disebabkan Jabatan saya hanya mempunyai 3 pekerja iaitu saya M, Sayur dan Jus. Saya terpaksa membuat kerja yang sepatutnya disiapkan bersama-sama. Ada banyak lagi yang boleh saya ceritakan di sini tetapi itu bukan tujuan saya untuk membuat pengakuan di sini .

Hari ini, Sabtu disebabkan saya tidak berapa sihat, saya pun mengambil MC.Maklumlah kebanyakan restoran akan buka pada Sabtu dan Ahad. Kebetulan rakan sekerja saya yang rapat dengan saya namanya Jus juga memgambil MC. Maksudnya Sayur yang kena solo hari ini. Terlupa saya beritahu Sayur ini tidak suka bekerja solo.

Tanpa disedari Sayur ini telah whatsapp kepada Pengurus saya tentang saya dan Jus mengambil MC. Dikatakannya saya berpakat dengan Jus untuk mengenakannya. Jauh dari sudut hati saya tidak berfikiran sedemikian. Tujuan utama saya merantau ke negara asing untuk bekerja untuk menyara keluarga dan memberi kehidupan yang lebih baik kepada mereka. Bukannya nak mengenakan orang. Alangkah terkejutnya apabila saya mengetahui perkara tersebut. Maklumlah mereka kawan rapat.

Pengurus Guest Relations saya atau dikenali sebagai Buah, telah whatsapp saya tentang kerja yang perlu saya buat keeseokan hari. Padahal Pengurus Buah hanya bekerja Isnin sampai Jumaat dan beliau tidak mencampuri urusan operation kiranya Buah saya ialah second reporting manager. First reporting Manager saya ialah S. S mengendalikan segala isu yang berkaitan dengan operasi restoran. Sayur lebih rapat dengan S kerana S pandai mengambil hati S.

Saya merasa amat buntu dan tidak mempunyai seseorang untuk mengadu kerana saya tinggal jauh dari keluarga untuk meringankan beban ibubapa dan adik adik saya yang masih bersekolah. Pengurus saya hanya percaya kata-kata Sayur kerana dia pandai memgambil hati manakala saya hanya diam dan bercakap bila perlu. Rakan sekerja yang lain pelayan tetamu atau lebih dikenali sebagai waiter/ waitress juga lebih rapat dengannya kerana Sayur selalu mengambil hati mereka dengan makanan, minuman atau barang-barang yang lain. Manakala saya kurang mahir dalam bab ini dan saya ingin berjimat dan menghantar wang kepada keluarga saya yang tinggal di Malaysia. Hubungan saya dengan rakan sekerja yang lain bagus juga tetapi saya tidak seperti Sayur rajin membelikan makanan dan minuman kepada mereka.

Persoalan saya, apakah yang harus saya buat supaya Sayur ini tidak kecil hati? Saya sememangnya tidak mahu MC jika mampu. Saya ingin bekerja dengan Sayur dengan gembira tanpa sebarang isu. Jika saya bersalah dalam isu ini, apakah yang perlu saya lakukan untuk memperbaiki hubungan saya dan Sayur? Saya tidak mahu mengalah dan meletak jawatan kerana saya tahu mencari pekerjaan bukanlah sesuatu yang mudah. Tiada orang akan mempercayai kata-kata saya.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kerana sanggup membaca confession saya yang tidak seberapa menarik dan diharapkan pembaca sekalian dapat memberi pandangan tentang apa yang perlu saya buat.

– Miss Buntu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit