Hanya Nak Bertanya Khabar

Hai Assalamualaikum, ini bukan luahan sangat. Tapi saya sangat curious apa yang terjadi pada confessor Kak Lyn, (https://iiumc.com/melukut-di-tepi-gantang/).

Bukan nak buka luka lama. Tapi tiba2 lalu kat wall FB saya dari page lain diambil dari page ini tentang confession Kak Lyn.

Saya berharap sangat Kak Lyn bahagia di samping keluarga hingga ke akhirat.

Cuma bila saya baca balik confession tersebut, saya nak simpulkan sikit (hati saya sedih dan sakit dan keluar air mata)

1. Jika lelaki itu benar2 baik, dia juga kena faham agama. Awal2 lagi dia dah tak jaga ikhtilat dengan perempuan lain.

2. Jika kita kerja satu tempat kerja dengan suami, rehat waktu yang sama, sebolehnya rehatlah sama2. Jika tahu si suami keluar lunch dengan mahram jangan dibiarkan. Salah tetap salah.

3. Buat lelaki juga wanita, sebolehnya janganlah kita menikahi orang lain semata mata untuk move one sehinggakan setiap hari teringat dengan cinta lama kita.

Apa perasaan kita jika waktu tidur, makan, dating dengan pasangan rupa-rupanya dia bayangkan kita orang lain? Apatah lagi semasa bersama? Naudzubillah..

4. Manusia tak kisah tahap pelajaran pun, please ada common sense dan empathy. Cuba letakkan diri kita di tempat orang yang kita lukai especially orang itu betul2 sayang dan banyak berkorban pada kita.

Ingat, Allah itu takkan lupa, bila2 sahaja Dia akan timpakan kita dengan balasan yang malah lebih teruk, walaupun orang yang kita sakitkan hati tu maafkan.

Untuk Kak Lyn, bukanlah akak tidak layak untuk si Dani, tapi si Dani yang tidak layak untuk akak.

Orang yang menzalimi kita takkan terlepas dari balasan, kalau bukan di dunia di akhirat sana.. percayalah.

Sekali lagi, saya minta maaf sangat2 jika luahan saya ni buka semula kisah lama. Jika akak terbaca luahan saya, saya harap akak baik2 saja dan saya curious akak macam mana sekarang.

Dan point2 saya di atas, saya harap orang lain dapat hadamkan.. Jangan buka ruang langsung untuk kita dan pasangan kita curang.

– Si Kuntum (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Salam confessor .. Apa yang Kuntum pointkan tu , bg sy tepat dan padat .. Kerana sy jugak seperti itu .. Berpasangan dgn pasangan yang pernah tunang dan putus .. Tp yg berbeza nya , kami masih tak berkahwin (dah kenal dlm 3 tahun) , dia tak pernah tunjuk sekali pun sy dekat mak ayh dia .. Bila mak/ayh dia ade vidcall ,, dia akan suruh sy duduk jauh2 / senyap ..
    Dan taktahu kenapa , hati sy masih rasa dia masih cintakan ex dia .. padahal diorg berdua dh byk kali putus sambung putus sambung (ikut cerita nya , ex dia yg curang tp dia masih boleh menerima) .. Nk cerita pnjg jadi nya nnti .. hahah tp sy rasa sy boleh faham perasaan Lyn tu mcm mana ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *