Assalamualaikum pembaca… Aku kenalkan diri sebagai Mawar. Kerja kerajaan, dalam sektor kesihatan, antara ranking atasan yang manage department. Tapi aku bukan doktor.
Lately, ada few confession yang aku baca. Pasal housemen contract, geram dengan pelajar perubatan, ada juga confession berbalas pasal profesyen lain. Semua yang hebat2. Tapi yang aku nak cerita, pasal profesyen sebagai pesawah. Kentalnya pesawah.
Masa aku baca all the confessions, aku ada di kampung. Bercuti panjang. Dah stress kerja. Dengan isu staf tak cukup2, kpi tak achieve, expectations bos, pihak atasan, bla bla bla.
Anyway, siapa pesawah yang aku nak cerita ni? Bapak aku. Umur dah nak cecah 60 dah. Tapi masih membanting tulang. Aku nak cerita rutin dia. Yang buat aku terpikir balik. Pasal kerja aku, profesyen aku.
Bapak aku tak berubah dari dulu. Even pernah kena very bad back pain sampai tak boleh nak berjalan. Dia besarkan kami 7 beradik. Kerja utama dia cuma pesawah. Tapi ada jugak kerja sampingan lain. Macam mana nak tampung hidup dengan income tak tetap kan?
Sepanjang aku bercuti, bapak aku lepas sembahyang subuh, dia akan duduk depan tv, dengar ceramah agama. Sekarang musim menyerak padi. Or tanam semula lah senang cakap, so dia tengok tv sekejap saja.lepas tu hantar adik aku pegi sekolah, makan breakfast then terus pegi ke sawah.
Sedih aku tengok umur macam ni pun, dia masih tanggung tong racun, angkat benih padi, baja padi. Bukan ringan oiii. Tambah untuk orang yang ada sakit belakang ni. Baru ni ada seorang pesawah meninggal dalam bendang, tong racun masih di badan kan? Aku tengok gambar tu. Sungguh risaukan bapak aku.
Balik rumah dalam pukul 11 pagi, bapak aku makan sikit, alas perut dan rehat. Lepas ambik adik aku dari sekolah, bapak aku sembahyang zohor, lunch dan rehat sekejap. Lepas tu ke sawah balik.
Baru ni hujan lebat. Aku tengok bapak aku kelam kabut bawak motor pergi bendang. Balik rumah, basah lencun. Aku tanya, pergi mana? Dia bgtau, tutup relung (saluran air) sebab takut padi tenggelam. Malam, bapak aku ke surau. Balik surau, tengok tv.
Nampak macam tak ada apa kan? Ini rutin sekarang. Tapi dulu, masa kami adik beradik kecik2, bapak aku pagi2, sebelum subuh, akan bawak lori. Balik rumah dah petang, dia ke bendang. Malam pegi memukat ikan. Untuk jamu anak bini makan. Pernah bapak aku ambik upah mesin rumput kat tepi highway, kait buah kelapa sawit.
Ditakdirkan, aku ditawarkan ke sekolah asrama penuh di utara tanah air. Banyak kos kena tanggung. Bapak aku ni, pendidikan tak tinggi. Tak pandai membaca, menulis. Tapi orang kampung kata, ‘hantar anak hang pegi. Sekolah tu bagus’.
Bapak aku terus decided nak hantar aku pegi. Pinjam duit merata. Pinjam kereta orang. Untuk hantar aku belajar. Dalam masa yang sama, adik aku pun dapat asrama, kakak aku pulak dapat asasi. Kesian bapak aku. Bila aku cakap pasal kos, bapak aku kata, ‘cari duit tanggungjawab bapak, belajar tanggungjawab hang’.
Duduk asrama, mak aku tak bagi selalu balik. Sebab mak aku kata jauh, tak ada duit nak hantar balik asrama nanti. Sedih aku. Tapi aku faham. Habis sekolah menengah, result spm aku bagus, menangis mak aku. Then, aku ditawarkan ke matrik. Lepas habis matrik, aku dapat tawaran ke ipta.
Sekali lagi di uji, bapak aku tak ada duit untuk hantar aku. Dia harapkan kswp, tapi ada masalah. Katanya pay and claim kot. So memusing la kami ke pejabat zakat, ke sana ke mari mintak bantuan. Baju baru tak ada, mak aku jahit balik baju2 lama untuk aku pakai di u.
Rezeki bila dapat cek ptptn RM1500. Yang itu aku guna untuk bayar yuran. Bapak aku pinjam van pak cik aku untuk hantar aku ke u. Duit minyak dan tol, bapak aku jual sawit.
Oh ya. Dalam struggle cari duit nak daftar u, aku dapat call dari MARA. Panggil interview untuk jurusan medic di indon/india. Aku bagitau bapak aku. Tapi tau apa bapak aku jawab dengan sedihnya, ‘kita nak pergi kl pun tak ada duit, macam mana nak pergi luar negara. Tak pa lah. Belajar di malaysia pun bagus jugak’. Kecewa bapak aku. Sebab peluang tu terlepas macam tu je.
Alhamdulillah, aku yakin rezeki Allah bagi. Berkat rezeki halal yang mak bapak aku cari, kami 5 beradik dah tamat universiti, sorang di kolej lagi, sorang masih sekolah.
Apa yang aku nak sampaikan? Back to the story, hanya pesawah. Berbanding dengan aku, kerja gaji tetap, terjamin, berjawatan tetap. Tapi berkat tak rezeki aku? Aku rawat pesakit, as human, kadang ada rasa marah, rasa tak puas hati.
Ada masa aku tak gunakan waktu kerja aku sebaiknya, ada unsur melaqha. Banyak komplen. Itu ini. Staf tak cukup, gaji nak tambah, kerja penat. Tapi pesawah yang besarkan aku ni, sampai anak2 mampu bagi duit tiap bulan pun, masih nak kerja. Sakit pun tak di layan. Sebab nak cari duit sendiri.
Aku banding dengan staf tempat kerja aku. Komplen sebab kekangan staf tu memang selalu. Tapi kualiti kerja? Bila di tegur, memberontak pulak. Kat mana letak rasa syukur sebab ada kerja? Kat mana rasa tanggungjawab bila di bagi?
Kerja wajib buat ala kadar. Kerja sampingan buat jugak. Pada waktu bekerja. Hilangkan diri, kerap MC, emergency leave. Allah. Dah engkau complain staf tak cukup, beban kerja banyak, tapi bila engkau curi tulang, tak pulak engkau rasa kawan engkau terbeban?? Bila appraisal markah rendah, sakit hati. Marah sana sini.
Kurangnya staf, kurangnya peluang kerja. Isu tu betul. Fight la. Untuk profesyen engkau. Dalam masa yang sama, tingkatkan ilmu kau, skill kau. Multitasking if applicable. Sebab dunia sekarang ni banyak politik kotor. Kualitikan diri sendiri. Kau fight la untuk tambah staf, naikkan profesyen kau. Dalam masa yang sama. Bagi yang terbaik, semampu kau. Semua profesyen sama je.
Aku pernah kerja private. Pernah kerja kedai makan. Pernah di bayar gaji RM13/day. Cuci pinggan, mop lantai, buang sampah. Tolong bapak aku di bendang, tolong tanggung sawit, kerja kilang. Aku pernah ada di level paling bawah. Aku pernah rasa teraniaya. Pernah aku pitam sebab penat sangat.
Sampai satu masa, aku berdoa sungguh2, kalo memang aku teraniaya ya Allah. Kau keluarkan lah aku dari tempat ni. Kurniakan aku rezeki di tempat lain. Alhamdulillah, tak sampai setahun, aku dapat offer ke govt hospital. Jawatan yang bagus. Medical parents aku terjamin InsyaAllah.
Janji aku masa tu, aku nak gunakan skill aku untuk rawat pesakit aku. Main thing, bila parents aku sakit, biarlah diaorang di rawat sebaiknya. Macam mana aku layan pesakit aku, macam tu parents aku di layan nanti.
Ooh… Aku terlepas, aku ni student tajaan JPA. Tapi betahun baru di serap ke government. Syukur walaupun sakit masa kerja di private, tapi banyak yang aku belajar. Main things cara nak handle stress, cara nk communicate dgn orang yang fussy and multitasking.
Nasihat aku untuk adik2 yang mencari kerja, yang tunggu posting, yang nak naik pangkat, improve skills. Add on skills. Ilmu Allah luas. Ambil la pengalaman tu. Always keep yourself humble, hormat orang lain walaupun cleaner di tempat kerja.
Tak berjawatan tinggi tak apa dik. Ilmu tu yang nak pandu kita. Selalu pandang orang yang bawah. Merungut tak dia? Apa yang dia buat untuk sara hidup dia? Bersyukur tak kita?
Akhir kata, fight for your profesyen. Tak kisah apa pun. Dari doktor, nurse, cikgu, engineer, apa2 lah yang nak di list. Fight for them by improving yourself. Show them how important you are. Nak marah, sedih, silakan. Jangan halang emosi tu. Dan pandulah emosi tu ke arah positif. Jangan kerja suam2 kuku, tapi claim macam2.
You know yourself better. Read the short story parable of the pencil. Deep maksud dia. Anyway, Sorry kalau confession aku panjang. Harap dapat suntik semangat untuk sama2 cari rezeki berkat.
Assalamualaikum.
– Mawar, Insan kerdil (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit