Untuk part I, (https://iiumc.com/hanya-tuhan-yang-tahu/).
Luahan kedua ini ditulis atas rasa peribadi nak berterima kasih. Tulis ni mengigil-gigil sebab tengah kunci pintu takut dimaki dan dibaling barang. Sadis hidup begini, tapi tak apa Allah tak pernah tidur kan?
Alhamdulillah. Ok, setakat luahan kedua ini ditulis, ada lebih kurang 400 komen acik ankel, abang2 dan kakak2 tulis untuk diri ini. Terima kasih wahai Tuhan yang menciptakan kami. Engkau menghimpunkan kasih sayang di sebalik sebuah confession.
Ada banyak komen yang bertanya itu ini, hihi. Tak apa aku sambung.
Sewaktu aku masih kecil, aku fikir yang tiada ibu bapa yang tak sayangkan anak. Walaupun aku selalu kena pukul tapi rahmat Tuhan menjadikan fikiran aku sentiasa tertanam “Sabar banyak-banyak”. Ada dalam komen yang cakap aku ni lurus dan polos. aku tak lurus.
Tuhan sahaja yang tahu bahawa rasa sedih yang mengcengkam. Setiap kali rasa nak marah, aku akan menangis. Tak pandai nak marah dan angkat tangan.
Tak pernah sesekali terfikir nak balas perbuatan mak dengan cara yang sama. Hanya doa sahaja yang diratib kepada Tuhan sebab Tuhan lebih adil kan? Tak apa, semoga kubur kita diluaskan atas sebab kita bersabar, aamiin.
Rasa macam tergantung pulak bab anak luar nikah. Lepas mak maki hamun “anak babi” “anak luar nikah” dan semua tu aku menangis.
Dalam empat jam macamtu. Mata bengkak, memang tak boleh sorok. Aku kuatkan semangat, aku whatsapp ibu kandung sekali lagi walaupun maybe dia akan ignore saja.
Dengan penuh kekuatan aku tulis “Ibu, betul ke kakak ni anak luar nikah?” Ibu reply cepat pulak time tu, dia cakap “Ya, kakak anak luar nikah”.
Saya terima. Terima kasih Allah yang menciptakan saya. Malu, macam mana nak kahwin dan sebagainya zapp datang dalam kepala. What i can do?
Whatsapp itu tergantung dan berkahir begitu sahaja, maka, aku perlu sediakan diri. Kalau nak berkahwin macam mana? Kalau mak mertua tak suka macam mana? Ha macam gitulah. Tapi aku fikir takpe. Ramai emak yang baik dalam dunia ni.
Setiap kali hari raya. Pagi raya, konfem kena maki. Kalau tak kena maki kena baling seterika ke? Ha macamtulah saban tahun.
Agaknya kalau aku ni budak, dah mati aku terjelepok atas lantai dibaling seterika. Tajam hujung seterika tu. Hari raya, aku pergi ke rumah tok sebelah mak.
Tok (emak kepada mak) sangat baik. Masa aku kecik, tok aku diam-diam akan tanya “Mak selalu pukul ke dekat rumah?” aku angguk perlahan-lahan. Bertakung air mata sebab rasa macam nak je cakap “Tok, kakak selalu kena pukul. Tengoklah peha dan belakang kakak tok. Sakit”
Sebenarnya aku tak sangka aku dah boleh berfikir dengan waras walaupun seawal umur lima tahun. Tok belah abah dan mak, tahu aku anak luar nikah tapi tak pernah bezakan aku dengan cucu yang lain.
Cuma sekarang, kedua-dua tok sakit, jadi, hanya kasih dan sayang yang ada dulu mampu aku kenangkan.
Bayangkan orang yang melindungi kita kini menunggu hari untuk pulang ke pelukan Tuhan. Tuhanku, kasihanilah mereka yang menyayangi aku dan ringankanlah azab mereka.
Sehingga aku meningkat dewasa, emak selalu menyumpah aku yang aku ni anak derhaka. Sehingga hari ini berumur 21 tahun, tidak sekalipun aku melawan. Hanya menangis.
Bahkan kalau kena pukul pun perkataan “sakit” tu tak terkeluar dari mulut aku. Diam. Sedih, kalau melawan, lagi dipukul. Lebih baik diam kan? Apa aku boleh buat?
Layanan emak antara aku dengan anak-anak dia sendiri sangat berbeza. Anak-anak dia disayang-sayangkan. Tapi dengan aku, Allahuakbar. I dont know ni mode coping ke, fight or flight ke apa.
Tapi aku cakap dekat diri aku, “tak apa, kalau aku dekat tempat mak pun maybe aku buat benda yang sama” Sampai tahap itu, punyalah aku paksa diri ni untuk bersangka baik.
Adakah ianya menyakitkan? yes. Seperti memaksa diri telan duri. Mungkin kalau orang lain, dah tak boleh telan. Terluak balik rasanya, huhu.
Dalam kesedihan yang tertanggung ni. I am still grateful. Ada pendidikan, duit boleh cari sendiri, rupa paras ada. Adakah aku sayang diri aku sendiri? yes i am.
Mencari suami yang baik itu bukan matlamat mutlak. Dan aku sedar itu. Terima kasih sebab doakan aku dapat jodoh yang baik. Aku nak kahwin supaya ada teman untuk berkongsi happy moments after a long hell period.
Aku tak berdendam, bahkan setiap hari bangun tidur aku fikir ya Allah what i can do? Ya Allah how about i move out? But what are my reasons?
Ya Allah, kalau aku keluar rumah siapa nak jaga tok ya? Pelajaran adik-adik macam mana? How can i be better? Is there anyone else going through the same thing like me? Bermonolog sampai menitik air mata.
Masa di MRSM, masyaAllah i have a lot of friends. Sayang sangat-sangat. Kawan-kawanlah keluarga. Selalu jadi tempat mendengar, keluar makan sama-sama. Rindunya zaman MRSM. Gembira yang membahagiakan.
Aku ingat lagi masa tingkatan dua, aku terpaksa pakai kasut PVC yang buruk sebab mak tak nak belikan kasut.
Aku minta RM20 dekat abah dan masuk ke econsave beli kasut getah. Lepastu jiran aku dapat tahu yang mak aku selalu marah aku, jadi jiran aku buatkan cheesecake dan ajar aku meniaga.
Bayangkan jiran yang tolong? Bukan emak? Huhu. Aku jual cheesecake. Jalan dari satu kelas ke kelas. Orang tengah prep, aku dah get ready sebab aku tahu semua masih lapar.
Habis juga cheesecakes dalam 50 bekas. Satu bekas untung aku 50 sen. Kumpul punya kumpul, dapatlah beli kasut baru jenama Larrie. Happy rasa macam orang kaya haha. Kasut dah tak rosak, dan cantik nak pergi kelas. Terima kasih jiran yang baik.
Orang ingat aku berniaga sebab nak tolong emak, and ramai ingat aku suka berbusiness. Padahal, kalaulah dorang tahu kenapa aku bersusah payah meniaga di maktab, mesti tak terjangkau dek akal kenapa aku buat begitu.
Ada benda yang disimpan di pekung dada. Orang lain tengah study, aku sorang-sorang angkat tong penuh kek dan ais untuk dijual.
Tapi Allah baik, macam mana pun aku, aku tetap skor. Habis sekolah aku dimaki sebabnya aku ni tak dianggap pandai. Hari graduasi aku, mak dan abah datang.
Oh ya sebelum kita pergi jauh, abah baik. Cuma dia dah tua dan macam lembu kena cucuk hidung sebab tak larat nak tegur mak yang suka maki dan ugut meminta cerai.
Mak datang, dan ditanya anak orang lain. Aku masa graduasi rasa macam takde sape datang tengok. Aku perhati rakan batch yang paling last menerima anugerah graduasi. Mak ayah dia datang, peluk, ucap tahniah, belikan bunga yang ada patung kecik tu. Sayu hati aku.
Walaupun di maktab dia dianggap tercorot tapi alhamdulillah sekarang he is doing really well. Cemburu, dengan kasih sayang mak ayah, pasti terselit doa yang jadikan kita berjaya.
Aku duduk tepi dewan. Tahan air mata kerana tak diraikan. Masuk kereta dimaki hamun sebab anak orang lain lagi berjaya. Sedihnya ya Allah tak tahu nak cakap macam mana.
Masa amik result spm pun sama. Aku jumpa cikgu-cikgu buat kali yang terakhir. Guru homeroom, guru jabatan sains. Menangis-nangis aku salam sebab aku sayang sangat dekat cikgu aku. Sambil dalam kepala aku fikir, ya Allah macam mana aku nak duduk di rumah?
Mak selalu cakap, bila aku besar aku akan melahirkan anak luar nikah. Dia kata, anak luar nikah ni pembawa sial. Sedih hati aku. Sehingga begitu sialkah aku? Entahlah. Takpelah, Allah sayang kot kan?
Lepas SPM, aku nak apply uitm. Tapi macam biasa dimaki, katanya menyusahkan, “bodo menyusahkan aku, aku takda duit nak bayar yuran tu, kalau hang nak hang cari duit sendiri”
Jadi, aku mohon kolej profesional mara. Duit aku dapat mana? Dari Zakat yang aku mohon. Duit raya yan aku kumpul dari kecil, semua mak ambil dan guna.
Mak juga amik barang kemas tok yang sekarang terlantar dan gadaikan untuk duit. Duit tu dia guna untuk layan lelaki lain selain abah. Jijik saya nak cerita tapi itulah.
Hanya yang serumah sahaja yang tahu. Dapat kolej profesional mara. Aku still cari duit sendiri. Aku cari supplier bomboloni dan aku jual bomboloni. Kerja di cafe waktu hujung minggu. Semua aku buat.
Seronok juga ada duit lebih. Tiap-tiap bulan dapat elaun. Alhamdulillah. Pilihan aku tak salah.
Diploma habis, grad first class whis is aku happy sangat. Aku tak bagitahu result aku sebab kalau aku bagitahu mak akan cakap “tetap bodo jugak, bodo sebab kurang ajaq. belajaq tinggi pun kurang ajaq” Huhu dari kecik sehingga besar dicop kurang ajar.
Maka, berfikirlah aku, aku kurang ajar dekat mana. Tapi takpelah, aku telan je. Aku syukur, lepas SPM, aku ada rapat dengan kawan lelaki yang aku pernah pinjam buku Ibnu Battuta.
Tak sangka dari pinjam buku jadi lah peneman setia sehingga hari ini. Dah empat tahun. Kami sama umur 21. Masih muda kan. Jadi kami dua kumpul duit.
Dia kerja cuci karpet, aku buat business online. Memandangkan dah empat tahun, aku selalu cakap dekat dia,
“Kalau kita ada jodoh kita kahwin, kalau tak ada saya ikhlas tengok awak bahagia. Awak selalu tolong saya. Saya bersyukur mengenali hati budi seorang lelaki yang terima status saya. Tak semua orang merasa pengalaman macam saya”
Dialah yang kadang-kadang bayarkan duit yuran. Kadang-kadang, bila teringin apa-apa, dia usaha belikan. Syukur.
Masa aidilfitri yang lepas, kan mak tak nak belikan baju raya. Aku tak kisah pasal tu pun, cuma aku luah dekat dia, aku sedih dimaki hamun pagi raya. Mak dia terus jahitkan aku baju raya dan pos ke alamat kolej.
Jamuan raya di kolej, aku pakai baju yang mak dia jahit. Aku cakap dekat dia, “Awak terus teranglah dengan mak awak pasal status saya. Rugi bercinta lama-lama kalau mak ayah awak tak restu, mana tahu awak dapat jodoh yang lagi baik dari saya”
Maknya terus telefon aku. “mak cik tak kisah status Han macam mana. Makcik ada sorang saja anak lelaki, harap Han dapat sayangkan anak makcik ya. Makcik mintak maaf kadang-kadang dia agak degil.
Han boleh belajar buat sup sayur sebab dia suka sup sayur” Tedengar gelak tawa mak dia dekat hujung telefon. Waktu diploma, mak dan ayah dia datang melawat bawak aku ke bazar ramadhan. Huhu rasa macam menantu di awang-awangan.
Mak dia selalu pesan, insyaaAllah kalau ada jodoh tak ke mana.
“Makcik tahu Han sedih, tapi makcik nak Han tahu, anak luar nikah ni salah itu tidak terletak pada han. tak apa mak ayah kandung han buat sikap. Han maafkan mereka ya?” Pasangan aku datang dari keluarga yang baik. Syukur. Doakan taw.
Adakah aku sedih? ya aku sedih. Adakah aku marah? ya aku marah. Siapa sahaja yang tahan. Mental aku bukan setakat koyak tapi macam dah hancur pun ada.
Tapi, itu bukan alasan aku untuk menjadi orang yang sama macam emak. Terima kasih ya Allah, kemampuan berfikir dengan baik ni kurniaan Tuhan.
Aku nak jadi baik. Tak nak ulang benda yang sama. Tak apalah walaupun ada dua emak, dua ayah namun terasa kosong dan seperti mahu lari. Berilah saya syurga ya Allah.
Terima kasih yang offer bunga, baju raya dan ajak datang raya sekali. MasyaAllah, semoga Aildilfitri kita sentiasa gembira. Terima kasih acik ankel semua. Han hanya baca, dan berdoa untuk acik ankel.
Dan untuk adik kakak yang bongsu, sekarang masih boleh dukung, dan peluk cium. Nanti adik besar kakak dah tak boleh nak buat macamtu.
Dalam rumah ni, adik jela yang kakak paling rapat. Dari tapak kaki sebesar dua jari kakak mandikan, kakak tidurkan. kakak sayang adik. Kalau nanti adik tahu yang kakak ni adalah sekadar insan yang menumpang.
Adik jangan buang kakak taw. Membesarlah adik. Kakak curahkan segala kasih dan sayang yang tak pernah kakak kecapi selama menjadi polos di waktu kecil. Balik sekolah kakak belikan aiskrim, buat kerja sekolah pun tak pernah diherdik.
Kakak ternampak diri kakak yang dulu polos macam adik. Tergamak mak pukul kakak sampai lembik. Kesian dekat adik sangat-sangat. Adik jadi baik taw. Nanti kakak belikan mainan baru.
Untuk abah, abah dah tua. Semoga abah bersabar walaupun mak ada lelaki lain. Umur abah hampir ke 70. Semoga umur abah panjang dan tengok kakak kahwin. Abah tak pernah marah, tapi kakak sangat hormat akan abah. Jangan tinggal kakak. Please be here untuk sedikit masa lagi.
Dan untuk mak, tiada apa yang mampu diungkapkan. Kepada Tuhan, kakak serahkan segala kesedihan.
Jangan nangis-nangis. I will always be here…
– Han (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit