Assalamualaikum, haiii semua… Sebelum ku menulis dengan lebih lanjut, Nama aku Dea (bukan nama sebenar).
Aku anak sulong dari 7 orang adik beradik, ibu dan ayah kandung ku telah bercerai semenjak aku dilahirkan pada 1992, se usai habis berpantang, ibu ku menikah lagi dengan ayah tiri ku yang berasal dari seberang.
Pernikahan mereka dikurniakan 6 orang anak, ibu ku berkerja sebagai buruh ladang, ayah tiriku pula berkerja sebagai mandor ladang.
Kami hidup dalam serba kekurangan, aku dan adik adik hanya hidup dengan seadanya, tidak seperti anak orang lain yang selalu dapat kemewahan dn sebagainya,
Tapi kami tidak merungut kerana kami tahu akan ketidak mampuan ibu bapa kami disaat itu! Dari kecil sungguh indah perjalanan hidup aku..
Tiada tekanan ku hadapi, sehinggalah titik hitam itu bermula dalam hidupku, peristiwa yang membuatku mental, peristiwa yang membuatkan aku hidup dalam tekanan, malu dan ianya tak mampu ku luah kan dengan kata-kata, hanya yang mengalaminya akan memahami…
Malam itu, ibu ku tiada di rumah kerana terpaksa mengikut maknya untuk pulang kampung selama 3-4 hari, maka tinggal lah aku, adik adikku dan ayah tiri ku.. Dan malam itu lah menjadi titik hitam dalam hidupku apabila aku dir*gol.. Iya, aku dir*gol oleh ayah tiriku….
Aku menangis, menolak, merayu namun.. kudrat kanak-kanak ku ketika itu tidak mampu melawannya..
Sejak itu ayah tiriku semakin berani melakukan hal itu, dan aku semakin hari, semakin tertekan, aku malu berdepan dengan orang ramai, tiada lagi telatah periangku, tiada lagi gelak tawaku, yang ada hanya lah seorang gadis malang yang hidup dalam kemurungan, kesedihan..
Hari-hariku lalui sangat membosankan! Aku merasa hidup ku tiada erti lagi… disaat teman sebayaku melalui indahnya zaman kanak-kanak mereka, tapi aku tidak! Diusia terlalu muda aku sebelas tahun aku telah menjadi mangsa kerakusan seorang lelaki yang bergelar ayah tiri..
Hari-hari ku lalui dengan airmata, sehingga aku kerap kali berusaha untuk membun*h diri, sunggah.. Aku tidak mampu lagi untuk menanggung keperitan ini…
Tahun demi tahun berlalu, aku semakin menginjak usia remaja, dimana waktu itu sangat ramai lelaki yang menginginkan aku sebagai isterinya, kerana aku terlihat persis wanita yang baik,
Masa ku habiskan di rumah dengan mengemas rumah, memasak dan menjaga adik adikku, tanpa mereka tahu yang sebenarnya aku telah dirosakkan di dalam rumahku sendiri… Semakin hari, aku tidak berminat lagi dengan persekolahanku..
Sehinggalah aku dipanggil ke bilik kaunseling untuk guru kaunseling bertanya kan tentang masalah yang ku hadapi kerana pembelajaran ku semakin hari semakin merosot, dengan menarik nafas panjang aku bercerita tentang keperitan hidupku kepada guru kaunseling tersebut,
Setiap cerita ku di dengar dengan penuh tekun sehinggalah guru kaunseling tersebut menitiskan airmata, simpati dengan apa yang ku alami, guru ku bercadang ingin melaporkan perbuatan ayah tiriku pada pihak polis.
Namun, aku menangis, berlutut dan merayu supaya tidak berbuat demikian, kerana aku masih punya adik adik yang masih kecil, dan memerlukan kasih sayang seorang ayah, cukuplah hanya aku yang merasai keperitan hidup tanpa seorang ayah!
Aku melalui hidup dalam penuh penderitaan dan airmata, sehinggalah usiaku menginjak 17 tahun dan aku tidak mampu lagi menahan peritnya hidup dan aku mengambil keputusan untuk melarikan diri ke kuantan, disana ku mendapat kerja sebagai seorang pelayan restoran..
Aku belajar hidup berdikari tanpa seorang ibu, tanpa keluarga, gaji pertama ku dapat sebanyak RM500, aku hanya mengambil RM50 untuk ku belanja sisa semuanya aku berikan pada ibu ku untuk keperluan ibu dan adik adik ku…..
Aku meneruskan hidup seperti biasa dan berusaha memadam peristiwa hitam tersebut, namun ku tak mampu.. Aku ingin hidup seperti gadis lain, tapi, aku tak mampu..
Aku terus menerus hidup dalam airmata, sehinggalah aku berjumpa dengan seorang lelaki, ku kenalkan namanya Hairul..
Hari demi hari aku semakin rapat dengan Hairul, sehinggalah suatu masa aku terlanjur dengannya, tapi, Hairul bukanlah lelaki yang baik, dia adalah kaki m4buk, kaki jud1 kaki pukul yang aku berfikir tidak sesuai dijadikan suami..
Seminggu selepas aku terlanjur dengan Hairul aku dapat merasakan perubahan diriku apabila sering muntah tiada selera makan dan selalu keletihan, aku ke farmasi untuk membeli alat test kehamilan dan keputusannya aku positif hamil..
Aku melarikan diri dan kembali ke pangkuan keluarga walau aku dicaci teruk kerana kehamilanku ini, aku dipaksa menggugurkan kandungan ku tapi aku tetap berkeras untuk tidak berbuat demikian.
Hari demi hari, perut ku semakin membesar dan aku berdoa pada Allah yang Esa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik untukku.
Tertekan dengan hidup aku tiada pilihan lain selain dari meminta bantuan dari jkm, aku menonton tv dan melihat iklan bantuan Talian Nur,
Aku terus menghubungi talian nur dan menceritakan semua masalah aku, dan aku bernasib baik apabila kakitangan jkm memberitahu akan mengambilku tidak lama lagi..
Namun, Allah jua berkehendak lain apabila menemukan aku dengan jodohku yang sesungguhnya.. Aku mengenali Amir bukan nama sebenar melalui chatting di media sosial dan aku tersalah menghantar sms kepadanya padahal sms tersebut sepatutnya ku hantar kepada rakanku..
Jadi dari situ lah Amir mengetahui tentang keperitan hidupku dan ingin menjadi suami serta menjagaku sepanjang hayatku..
Amir diwaktu itu adalah penuntut politeknik di kuantan, dia sanggup berhenti belajar hanya untuk menikahi ku.. Kami dinikahkan secara rahsia tanpa pengetahuan arwah ibunya dan adik beradiknya,
Setelah kami bernikah dan aku selamat melahirkan cahaya mata pertama, berbulan kami menikah Amir berterus terang dengan keluarganya mengenai pernikahan kami bagaikan satu tamparan hebat mereka menerima khabar itu..
Selang setahun kemudian diwaktu aku mengandungkan anak kedua, baru lah suamiku diberikan kekuatan untuk berjumpa keluarganya, awal pertemuan aku disambut dengan baik,
Sehinggalah seminggu kemudian, tiada lagi layan baik daripada keluarga suamiku, yang ada hanya lah cacian, makian dan hinaan, aku dilayan tidak lebih seperti pembantu rumah.
Namun, aku sedar itu lah bayaran ku dapat untuk masuk ke keluarganya, apalagi aku hanya wanita yang tiada apanya berbanding dengan biras-birasku yang semuanya berkejaya, ada yang cikgu, lecturer dan ahli perniagaan,
Sedangkan aku hanyalah wanita yang buruk rupa, yang tiada pelajaran, tiada istimewanya, namun aku hanya ada kelebihan memasak, aku gunakan kelebihan ku untuk memikat hati ibu mertua ku, setiap hari aku berusaha memasak apa sahaja untuk nya..
Walau aku dilayan sangat buruk sekali, dan aku difitnah membomohkan suamiku, dengan nama Allah aku tidak pernah melakukan itu hampir setiap hari aku menangis..
Aku berfikir apabila menikah aku terlepas dengan penderitaan, namun.. Derita yang ku alami lagi perit, aku memendam semuanya sehinggalah aku menjadi meroyan…
Ketika aku mengandungkan anak ketiga, ibu mertuaku dengan penyakit strok, insan pertama yang dicarinya adalah aku…
Dia menangis meminta maaf daripada ku namun aku mengatakan yang dia tiada dosa denganku, sedangkan akulah yang berdosa kerana menerima lamaran anaknya, mulai detik itu aku dan ibu mertuaku berbaik…
Namun, ianya tidak merubah kebencian ipar ku terhadapku, aku ditugaskan untuk menjaga ibu mereka yang sakit, memasak, membasuh dan sebagainya walau aku sarat mengandung, aku tetap berbuat baik terhadap ibu mertua ku dan iparku…
Aku tetap sabar walau batinku menangis.. Iyaa aku menangis setiap hari dan bermohon supaya Allah memberikan aku kekuatan…
Tahun demi tahun berlalu dan adik iparku selamat bernikah ketika aku berpantang anak kelima, ketika adik iparku sarat mengandung itu lah ada suatu ketika dia mempermalukan aku dihadapan keluarganya..
Dan aku sungguh tidak berupaya menahan segala perbuatannya dan aku mengangkat tangan dan berdoa..
”Ya Allah, sesungguhnya aku adalah insan yang dianiya olehnya, aku sudah tidak mampu bersabar lagi Ya Allah, maka engkau tunjukkan lah kepadanya, sungguh aku tidak mampu lagi menjadi orang bodoh”… Aku berdoa dengan deraian airmata….
Tibalah masa untuk adik iparku melahirkn anaknya, dia mengalami kesulitan untuk melahirkan apabila tiada bukaan rahim walau sudah 3 hari dihospital, dan tiada cara lain selain melakukan pembedahan, dan selepas habis berpantang,
Adik iparku menghantar whatsapp meminta maaf dan ampun segala khilaf yang dilakukan dulu padaku..
Dan aku? Aku hanyalah manusia biasa yang hanya mampu memaafkan..
Dan sekarang kehidupanku diserikan lagi dengan kehamilan zuriatku yang ke enam.. Doakan semoga aku dipermudahkan urusan bersalin nanti ya…
Ohh ya, sewaktu aku menulis ini ibu mertuaku sudah hampir 2 tahun meninggal dunia.. Dan walau aku diuji dengan teruknya dalam hidup ini namun aku bersyukur dikurniakan rezeki suami yang baik dan penyayang dan anak-anak comel dan cerdik..
Penulisan aku ini telah banyak aku edit kalau diikutkan lagi panjang cerita ni tapi itu hanya serba sedikit sebagai permulaan aku join confess ni… Maafkan jika ayatku berterabur ya.. Kerana ini kali pertama aku menulis artikel..
– Dea (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit