Assalamualaikum. Terima kasih admin.
Aku nana, aku bekerja di sebuah institusi kerajaan yang tak perlu disebut nama, bekerja dalam satu kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang. Kami tak ramai. Dan kerja kami agak penat jika terdapat sebarang majlis atau tugas rasmi yang melibatkan vip. Kadang sampai tak terkejar nak siapkan sesuatu kerja, disebabkan pasukan kami hanya beberapa orang. Tapi aku ok, sebab ak minat dan aku suka dengan kerja ni. Aku gembira dan rasa puas bila majlis tersebut selesai dengan jayanya.
Berbalik kepada tajuk, aku tujukan khas untuk bos aku aka bos yang paling pemalas. Ok, bos aku pegawai dan kami hanya kerani cabuk, tapi dari segi ilmu pengetahuan dan cara kerja, kami adalah bos yang berpangkat paling tinggi, kerja bos dari A hingga z semua team kami cover. Bos aku agak berusia dan hal ini sering dijadikan alasan. Kadang aku rasa agak terkilan bilamana, aku dan team berhempas pulas menyiapkan kerja, tapi yang dapat nama adalah bos aku, yang dipuji dan disanjung adalah bos aku. Yang dinaikkan pangkat adalah bos aku. Bos aku adalah manusia yang paling pandai bercakap dan paling hebat mengipas. Tak cukup kipas dia bagi aircond baik punya, so orang sekeliling akan dikaburi. Dan bos aku sentiasa selamat sebab dia terror kipas bos paling atas. Kami staff bawahan pendam marah dan dendam kesumat.
Tidak dinafikan terdapat segelintir penjawat awam yang berpangkat, tugas mereka hanya mengarahkan staff bawahan. Macam bos aku, masuk ofis hari-hari layan video. Buka lagu -lagu best, bergayut dengan entah siapa-siapa. Yang pulun buat kerja staff bawahan. Yang dapat nama Bos! Gaji bulan bulan dapat, bagi anak bini makan tapi secara sedar atau tidak, duit tu tak berkat. Sebab kau dapat gaji yang bukan hasil dari kau buat kerja, gaji beribu riban. Kerja langsung tak tau apa. Kerja paling mudah pun tak tau. Nak bukak email pun terkial-kial. Nak buat kerja yang susah apatah lagi. Hari -tugas kau kipas bos paling atas.
Pandangan saya, sudah sampai masanya pihak kerajaan membuat satu sistem yang menilai hasil kerja penjawat awam, contoh macam bos aku. Kalau dah tak boleh perform, just pencen awal. Umur pencen pun boleh dikurangkan lagi. Mungkin boleh diturunkan sampai 55 tahun, hal ini bersebab, bayangkan umur 58 tahun masih bekerja, nak menaip pun tak larat, (segelintir sahaja) , nak bagi pendapat atau idea yang baru pun dah tak boleh.
Situasi ni berlambak kat tempat aku kerja, pangkat pegawai. Masalah disiplin paling teruk, masuk kerja thumbprint je lepastu hilang, petang masuk balik. Ada pulak pangkat pegawai, tapi hari hari masuk office layan youtube. Yang menggila buat kerja cuma kerani macam aku. Kami sampai ada satu tahap terlepas untuk waktu makan sebab sibuk nak siapkan kerja. Tapi bos kami relax lepak mamak dan hisap rokok.
Semoga akan ada perubahan kepada mereka mereka ini. Dan please doakan bos aku pencen awal. Aku dah tahap serabut tengok muka dia hari hari.
Maaf disebalik kesibukan umat islam berpuasa dan nak sambut raya, aku pulak sibuk kutuk bos aku. Ampun dan maaf dipinta. Sekadar meluah rasa yang memang aku tak berani nak luah depan bos aku. Sini je satu satu tempat yang aku dapat luahkan yang terbuku dihati.
Terima kasih.
– Nana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit