Bila pasangan yang mula nak bernikah akan minta nasihat, aku blur awalnya. Nasihat kahwin macam pilihlah yang beragama, kena sabar dalam melayari perkahwinan.. Ye betol. Tapi terlalu cliche, semua orang tahu.
Masa aku nak nikah awal2 dulu, mak sedara aku orang yang paling kuat menentang. Sebab aku masih belajar dan takde pendapatan sendiri.
Mak aku pujuk dia, kata bakal suami aku ni orang yang beragama. Dia kata suami dia anak imam, solat berjemaah 5 waktu tak pernah tinggal.. Tapi hidup dia sengsara.
Suaminya sangat kedekut, mak aku bagi semangkuk besar sup kambing.. Tapi suami dia makan sorang diri, tak bagi sesiapa sentuh dan akhirnya banyak yang tak habis dan basi begitu sahaja. Banyak lagi kisahnya. Itu salah satu. Ini kisah aku pula..
Aku ni nikah atas dasar suka sama suka. Tak selalu jumpa, tak selalu bergayut. Masa awal2 kahwin, sebulan dua pertama… aku banyak makan hati. Makan hati bab duit. Rupa-rupanya aku baru tahu suami aku ada sifat kedekut yang melampau.
Dan aku baru perasan, semua kawan2 suami aku tahu dan panggil suami aku ni kedekut.. Tapi dia boleh ketawa je macam satu kebanggaan pulak. Tapi ada satu lagi sifat dia, agak lembut hati.
Awal2 kahwin dulu, kami pjj. Aku student lagi. Dia dah kerja. Jadi biasanya dia la yang akan datang tempat aku. Contoh dia datang tempat aku dua malam, jadi sewa hotel dua malam.
Dia selalu push2 aku bayar hotel untuk satu malam, dia satu malam. Hotel beza2… untuk bahagian yang aku kena bayar dia akan pilih hotel yang mahal. Aku buat tak tahu je sampai last2 dia bayar kesemuanya. Weh aku student tau, mana ada duit.
Kalau dia paksa2 balik kampung, aku kena tambang tiket bas je dah beratus. Pulak tu aku silap cakap dekat dia sebelum kahwin yang nafkah bulanan aku 300 je. Jadi memang lepas kahwin dia bagi banyak tu. Terkejut mak aku bila aku cerita..
Mak aku cakap duit ma abah bagi dekat kakak lebih daripada tu tiap2 bulan. Aku tak pernah tahu, tak pernah ambil tahu makpak aku bagi berapa sebab setiap bulan cukup, aku makan tak kira masa.. Tak kira jenis, mahal murah semua aku bedal dan duit still mencukupi.
Lagi pulak masa tu aku takde online banking, lagi lah aku tak perasan duit masuk. Pergi atm tekan laju2 jumlah yang nak buat keluar sebab ramai student beratur panjang dekat belakang..Tak pernah check baki.
Lepas tu kami pergi shopping mall, dia belanja aku kasut. Kasut tu RM28. Dia kata abang bayar RM20, lagi RM8 awak tambah sendiri. Aku ok jela. Rupanya ada sebab dia belanja aku.
Dia kata takkan abang je kena belanja, kita saling berbagi hadiah la.. Baru tak bertepuk sebelah tangan. Tak best la kalau abang sorang je belanja awak.
Dia minta aku belanja dia seluar uniqlo yang harga ratus2 tu. Tergamam aku.. Tapi sebab dia push aku kuat gila, aku bayar jugak seluar dia… full. Termenung aku. Sedih. Tu duit makan aku.
Otw balik, tengah dia terloncat2 happy.. Aku tersentuh telefon yang dia pegang. Pangg, retak screen. Telepon ipong. Faham2 la harga nak tukar screen tu berapa. Dia nak tukar screen, ori. Dan dia suruh split dua bill sebab dia kata aku punca telefon dia jatuh. Aku nak nangis rasa.. Mana aku nak kaut duit?
Duit untuk aku makan dah bayar seluar dia, baki dalam akaun aku walaupun dah split dua tetap tak mencukupi.. Peruntukkan untuk makan memang takde dah. Jadi aku senyap, tak sabar nak balik hostel. Tu antara kejadian2 bulan pertama perkahwinan.
Balik hostel, aku fikir.. Tak boleh macam ni. Lepas lama fikir, aku terus terang dekat dia. Aku bentang perbelanjaan aku sampai dia faham. Aku bukan macam dia, sebelum kerja dia anak orang senang.. Simpanan memang puluhan ribu, tambah sekarang dia dah bekerja.
Macam aku kata awal2.. Dia kedekut tapi hati lembut, jadi mudah aku nak nasihat dia. Lepas tu, dia nampak dah tak paksa2 aku untuk belanja dia. Plus, orang tua2 kata kalau nak ‘bentuk’ suami, start dari awal kahwin. So aku nekad untuk ubah dia.
Step pertama, bila jumpa dia, aku ambil phone dia.. Aku bukak fb dia, like semua page2 pasal ilmu perkahwinan.
Alaa page2 yang bagi motivasi macam “semakin banyak suami sedekah dekat isteri, semakin murah rezeki suami” hehe. Pasal perlunya berbuat dekat isteri, isteri punca rezeki suami dan banyakkk lagi.
Setiap hari aku konsisten like page2 macam tu, like posting mereka sampai akhirnya penuh wall suami dengan motivasi macam tu. Physco secara halus.
Step kedua.. Apa aku buat lagi? Aku cerita kisah2 balasan suami yang sangat kedekut dengan isteri, betapa tak bahagianya mereka… kedekut dengan isteri tapi sampai ketua tak kaya pon, hidup serabut penuh dengan hutang.. Tak berkat.
Kadang2 aku bagi contoh kehidupan orang terdekat, kisah nyata yang dia dapat tengok sendiri. Aku jadikan kisah tu macam bedtime story.
Aku buat sebagai penceritaan santai, tak point pada dia. Macam mak2 bacakan kisah nabi dekat anak2 sebelum tidur. Tak push suruh dia berubah. Tak kaitkan dia dalam cerita. Well, memang dia berubah.
Step ketiga, ya dia berubah… tak kedekut macam dulu. Tapi sifat yang bertahun2 ada dalam diri tu tak akan hilang macam tu je kan? Pernah sekali sekali dia terkedekut dekat aku.. Kali ni aku guna cara agak keras. Dah tak bertapis, straight terus.
Btw sebelum tu, aku rasa suami aku ni jenis terima balasan cash terus dekat dunia. Sebab dia memang anak yang taat, lembut sangat tutur bicaranya dengan mak ayah dia..
Pulak tu dia ambil jurusan agama, hafiz walaupun tak full 30 juzuk. Jadi mungkin sebab tu allah bagi balasan cash dekat dunia, supaya selesai dekat akhirat. Wallhua’lam.
Sebab tu dekat atas phone dia berkecai, dia ambil hak isteri secara paksa. Ehh sedap pulak aku kira dosa pahala orang, haha.
Tapi tu la ayat yang selalu aku guna untuk dia. Kalau aku terasa hati sangat dengan sifat kedekut dia, memang akan ada balasan cash menyusul lepas tu.
Contohnya barang kesayangan dia akan hilang ke, excident kemek sikit kereta, duit hilang. Ya dan memang setiap kejadian ade kaitan dengan hati aku yang kecewe time tu.
Bila tengah marah, kecewa, sedih.. Mulut aku ni tak boleh kawal. Time tu jugak aku melazer dia, “haa tu la, kedekut sangat dengan bini”.
Tapi masa dia buat baik dengan aku, mewahkan aku.. Memang balasan pon cash jugak. Tiba2 masuk rezeki yang tak disangka2, tiba2 orang bayar hutang, projek masuk.
Aku pon akan kaitkan “murahkan rezeki abang, melimpah ruah bila buat baik dengan saya”. Memang jadi bini phsyco la jawabnya.
Hasilnya? Suami aku memang tak kedekut langsung dengan aku, tak berkira dan sangat takut bila aku gelar dia kedekut. Dia suruh aku cepat2 tarik balik perkataan tu.
Korang kalau berniat untuk nikah, mulakan hal2 positif dari awal perkahwinan. Bukan dalam bab duit je. Dalam tugasan2 rumahtangga… berbahagi la. Aku masak, dia clear sink. Aku sidai, dia lipat kain. Aku suap anak, dia mandikan anak.
Bukan semua kau sebagai isteri galas sorang diri, tiber time anak dah ramai…baru terasa lelahnya, masa tu nak minta dia berubah payah dah.
Contoh dalam bab nafkah, biarlah dia sebagai suami tanggung hal2 yang wajib. Itu kewajipan dia. Melainkan betol2 terdesak. Dah banyak kes aku jumpa, isteri sama2 tunaikan kewajipan suami. Suami pulak ada lebihan duit menyimpan untuk diri sendiri.
Rasa simpanan dah banyak, mula rasa mampu dan berniat pasang lain. Banyak sangat dah kes macam ni.
Mulakan dari awal perkahwinan, time tu dia masih sayang kita dan dia tak rasa pelik dengan perubahan mendadak. Lepas dah lama nikah, aku tak jamin boleh ubah lagi atau tak. Tu jela kot. Bye
– Laila majnun (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit