Situasi ni aku hadap lebih kurang 5 tahun yang lalu. Tapi sampai sekarang aku masih tak boleh terima kenyataan dan aku masih benci sikap ibu aku.
Kami selalu gaduh. Aku menangis tiap hari. Aku tak ada tempat nak bercerita. Sampailah aku masuk U. Itu sahaja ketenangan yang aku dapat.
Aku dulu seorang yang sangat periang. Adik beradik ku juga begitu. Tapi satu hari, ibu dan ayah bawa kawan lelaki ayah untuk jaga kami di rumah.
Kami okay je sampai lah keadaan bertukar menjadi teruk bila aku mula syak sesuatu yang tak elok pada diri lelaki ni. Aku anggap sahaja lelaki ni nama dia Haris.
Selepas beberapa tahun juga dia keluar masuk rumah sebab dia bekerja, aku makin pelik sebab dia suka tidak berpakaian dan kadang hanya bertuala.
Aku masih kecil lagi jadi aku cuma fikir mungkin lelaki macam ni. Tapi sumpah ayah aku tak pernah tak pakai baju depan aku. Kecuali, kalau dia dalam bilik. Aku dan adik beradik aku jadi tak selesa.
Pernah beberapa kali kami minta ayah untuk minta Haris tu pergi dari rumah sebab anak-anak ayah sudah besar. Tapi ayah kata, tak apa. Dah besar pun kena ada yang jaga. Takut nanti ada orang kacau ke curi ke.
Cerita bermula bila aku dan adik beradik aku main di rumah kawan kami. Bila aku balik, aku nak rehat, ibu aku suruh aku beli garam. Aku nampak Haris tu tengah colour rambut dia warna hitam. Umur dalam 35+ mesti dah beruban kan? So bila ibu aku suruh, aku pun pergilah.
Aku balik, aku nampak Haris tak berbaju dan hanya pakai kain sahaja. Aku tengok ibu kat dapur. Bila aku nak pergi kat ibu, Haris tu kata, oh tadi ibu tolong pakcik warnakan rambut. Tapi aku syak sesuatu yang lain.
Aku tak berani lagi cerita pada sesiapa sebab aku takut, aku salah. Satu hari, Haris ni juga datang mendekati aku dan raba aku. Bukan aku je. Tapi semua adik beradik aku.
Sejak tu kami semua benci dia. Kami minta ayah halau dia tapi ayah tak nak. Kami minta ibu halau dia, ibu marahkan kami balik. Aku jadi tak keruan. Aku cuba cari cara halau Haris. Tapi semua tak berjaya. Hujung-hujung, aku juga dimarah ibu.
Aku pun dulu ada bibik. Baik orangnya. Dari indonesia. Tapi tiba-tiba dia menangis minta berhenti kerja. Ayah aku puas pujuk tapi dia tak nak juga.
Dia siap pesan dekat aku jaga diri dan kalau rindu dia, datang je kampung dia. Bila aku cuba korek rahasia dari dia, rupanya dia pernah hampir dirogol Haris setiap malam.
Sebelum tu, masa bulan datang, ibu aku selalu masak sendiri waktu subuh. Yelah kami masih kecil. Nak tolong nanti penyibuk. Tapi si Haris ni selalu pura-pura baik.
Kadang dia bangun tolong ibu aku. Kadang aku jerit suruh bangun pun tak bangun. Bila ibu aku kejutkan baru dia bangun. Aku ingat lagi annoyingnya aku tengok muka dia. Benci. Sebab ibu ayah aku masih backup dia. Aku jadi pelik
Satu hari, ayah aku ajak aku dan adik aku pergi pasar. Aku ingat lagi waktu tu aku dalam troli. Depan kedai daging. Aku cakap dekat ayah aku,
“Ayah, haritu ibu suruh anis (bukan nama sebenar) beli garam. Tapi bila balik, Haris tu tak pakai baju. Ibu dengan Haris je berdua kat rumah”
“Kenapa suruh beli garam? Bukan garam ada ke”
“Tak tahu. Ibu suruh. Anis beli je la”
Tiba-tiba adik aku pun mengadu,
“Haris tu asyik pegang badan Lia (bukan nama sebenar) je. Lia tak selesa la. Dia pun pernah panggil ibu “sayang” “ibu” pastu dia pernah call ibu panggil sayang.”
Masa ni lah bermulanya kehancuran hidup aku. Ayah aku cuba buktikan apa yang anak-anak dia mengadu. Ibu aku yang dapat tahu terus marah kami. Dia pernah kata dekat aku,
“Mulut jangan macam longkang boleh tak?”
Ini kali pertama aku kena marah sebegitu sekali. Sampai sekarang, aku dapat rasa hancurnya aku bila ibu aku kantoi curang.
Ayah bangun malam-malam sebab haus. Bila tengok dah jam 3 tapi ibu aku tak ada dalam bilik. Dia turun dan dia nampak dengan mata kepala dia sendiri apa ibu dan Haris tu buat.
Aku masih ingat betapa bencinya ayah aku, marahnya ayah aku, sedihnya ayah aku. Tapi dia tetap simpan. Dia tipu anak-anak dia. Dia kata Haris tu balik kampung padahal dia dihalau. Apa yang kami rasa? Gembira. Tapi keluarga kami hancur.
Lepas setahun berlalu baru lah aku tahu semua yang terjadi. Walaupun ayah aku tetap menangkan ibu. Kata ibu tak salah. Ibu hanya tergoda. Aku tetap bencikan ibu. Sampai sekarang, aku masih tak boleh maafkan kesalahan besar dia. Aku trauma.
Bila aku dengar orang bergaduh, automatik aku akan rasa berdebar, gelisah, takut, menggigil dan sampai tak boleh tidur. Aku takut. 5 tahun aku hadap kenyataan yang perit. Exam kemana. Tapi aku masih direzekikan masuk U.
Tapi bukan kerana harapan ibu. Tapi aku bawa harapan ayah bersama. Aku mahu ayah bahagia ayah gembira. Bukan aku benci hingga pinggirkan ibu. Tapi aku belum ada kekuatan nak terima ibu seperti sebelumnya. Ayah juga pesan kepada kami,
“Sebesar-besar masalah yang akan dihadapi, jangan beri peluang kepada orang lain walaupun hanya teman bercerita. Anak-anak ayah semua perempuan. Kalau ada masalah, jangan dicerita dengan orang luar terutama lelaki.
Perempuan mudah tergoda. Lelaki puji hari-hari, dia terus akan buta. Dia hanya nampak cinta dari lelaki luar lebih perfect dari yang dia terima.”
– Anonymos (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit