Harapan Palsu

Assalamualaikum. Aku pernah hantar confession ni, tapi tak tertayang di iium confession online. Mungkin terlepas pandang. Jadi, aku cuba hantar lagi dengan ubah tajuk. Aku gelarkan diri aku Muna (bukan nama sebenar).

Ada beberapa confession aku telah disiar. Sekadar meluah dan aku suka orang tegur aku melalui penulisan dekat komen-komen. Pada aku, ni platform terbaik untuk aku luah. Ye lah, tak semua benda kita boleh cerita dekat orang yang kita kenal. Terima kasih admin.

Kalini aku nak share berkenaan satu topik yang sangatlah cliche dalam kalangan anak muda. Harapan Palsu. Ya, perkataan yang sesuai untuk kisah aku. Aku orangnya biasa, tinggi, berisi sikit, baik tu ada juga *kawan-kawan yang bagitahu ya. Taknak cakap lebih nanti orang kata angkat bakul sendiri pulak. Ramai tak suka kisah begini, tapi suka hati aku lah. Kalau tak nak baca, jangan baca.

Ceritanya bermula, bila aku berkenalan dengan seorang ni. Aku gelarkan dia Amar (bukan nama sebenar). Kenal melalui fb. Tapi sebenarnya kami satu tempat belajar satu ketika dahulu. Dia mula add aku. Mula-mula aku tak layan, tapi lepas tengok kesungguhan dia nak berkawan, lama-lama kami jadi kawan. Dari facebook ke whatsapp, dari whatsapp ke insta.

Awal perkenalan tengah bulan Januari 2019, hubungan kami baik. Aku dapat rasakan dia seorang yang jujur dalam hubungan kami. Sebab dia pernah bagitahu aku, dia tak suka penipu dan menipu. Memang kami tak declare apa-apa. Tapi banyak dia bagi harapan pada aku. Aku pun jadi bodoh terima dan beri peluang untuk dia dekat dengan aku.

Selama 2 bulan kami berkawan melalui telefon, banyak hal kami kongsikan bersama. Hampir setiap malam kami akan otp sehingga 2,3 jam. Aku mula kenalkan Amar pada ibu aku juga melalui telefon. Itupun sebab dia yang beria nak bercakap dengan ibu aku. Ibu aku pula jenis selagi berkawan tak melampaui batas, ibu bagi. So, kami terus berkawan.

Amar orang Perak tapi bekerja di Utara tanah air. Manakala aku masih belajar di sebuah ipta di selatan. Kira macam LDR la ni. Selama aku kenal dengan Amar, aku jadi bahagia. Setiap hari bangun pagi aku akan senyum bila ada orang ucap selamat pagi, sebelum tidur ada orang cakap selamat malam. Ada pesanan jaga makan, jaga kesihatan semua.

Hubungan kami umpama orang bercinta yang lain *aku je perasan lebih mungkin, haha. Korang jangan kecam pulak, kata. Allah bagi solat subuh tu tanda cinta. Yang itu aku faham la.

Sampai satu tahap, aku tak tahu apa salah aku, dia senyapkan diri dia. Hampir sebulan aku beri masa pada dia. Aku tanya apa masalah dia. Dia janji dengan aku, suatu hari dia akan cerita. Aku pegang janji dia. Aku ada trip pergi Vietnam dengan classmate uni aku. Aku belikan hadiah untuk dia. Guna duit belanja yang aku simpan. Bukan sikit, aku bagi.

Aku minta alamat tempat kerja dia, dia bagi untuk aku pos barang tu. Padahal waktu tu dia dah tau dia nak tinggalkan aku. Awal perkenalan dulu, dia pernah share dekat aku yang dulu dia ni pernah sedih tahap gila, sebab tunang dia meninggal. Cerita tu dah lama. So, dia harap seseorang yang hadir lepasni dapat kembalikan hati dia dah pecah berderai macam tu *acah. Aku yang lurus ni pun percaya.

Dia ada kisah silam yang dia tak cerita dekat aku. Aku tahu pun melalui google. Taip full name dia, Ada beberapa blog dan keratan akhbar lama pasal dia beserta gambar. Yang tu aku takBnak ulas. Dari situ aku tahu dia ni kuat hadap benda tu.

Banyak kali juga aku tanya dia. Takda orang lain ke, kenapa nak aku. Tapi dia cakap takda. Dia kata dah sayang aku. Dan dia selalu cakap dekat aku yang one fine day kitorang akan bersama, percaya cakap dia. Hampeh betul.

Selepas hampir sebulan setengah aku bagi dia masa, aku tak nak jadi gantung tak bertali *lagi acah. Lepastu aku call dia. Aku slow talk dengan dia. Kenapa dia buat aku macam ni, tak call, tak text lama. Lepastu di kata dia akan ws aku, ada problem. Aku minta dia bagitahu apa tapi dia kata lain kali. Aku dah syak. Ada sesuatu tak kena ni. So, aku off call. Aku tunggu dia ws aku sampai nak tertidur.

Tiba-tiba bunyi kecheng *bunyi ws masuk. Dia taip, dia kata dia dah tertidur dengan sepupu dia. Dan sepupu dia tu perempuan dan sebaya umur dengan dia. Dia pernah share pasal sepupu dia tu dekat aku dulu. Tapi aku tak sangka dia dan sepupu dia rapat kemain. Entah betul entah tidak tu sepupu dia.

Aku pun cuba untuk positif, tidur je tu, takda apa-apa jadi lah. Tapi, kenapa perlu dia cerita dekat aku. Kenapa dah sebulan setengah baru nak bagitahu. Kalau betul dia buat perkara tak elok, kenapa nak bagitahu aku aib dia? Kalau dia saja create cerita supaya aku akan tinggalkan dia, kenapa kena sampai burukkan diri sendiri. Kenapa?

Banyak sangat persoalan yang tak dijawab. Kalau dia nak reject aku, cakap la depan-depan. Jangan la buat aku macam patung cendana. Tunggu kau bagai nak rak *rak patah. Tahu tak selepas dia bagitau perkara tu aku jadi lost. dan ws terakhir dia, dia cakap, “but kita still boleh lagi jadi kawan”. Hangguk kau. Aku time tu dah la nak final exam, assignment menimbun. Meroyan aku, sebab kena tinggal dengan orang yang aku percaya pada awalnya.

Selama ni kita baik ja. Takda benda pun yang salah. Semua jadi cepat sangat. Dalam aku patah hati tu, aku try untuk study, tapi tak masuk. Banyak yang aku fikir, itu ini. Maklumla, orang tak pernah bercinta. Jadi bila kena macam ni. Lain weyh sakit dia. Aku salahkan diri aku, sebab cepat sangat percaya dekat orang.

Akhirnya keputusan peperiksaan aku merudum. Lagi aku stress. Aku takkan lupa apa yang amar buat dekat aku. Kau main-mainkan perasaan aku sebagai seorang perempuan eh. Lagi satu, ni agak sedikit bodoh la apa yang aku buat. Aku minta tolong dia simpankan duit aku, sebulan RM50 macam tu. Aku cakap, bagi aku duit ni balik once aku dah habis belajar. Dia pun okay je. Dan dia siap cakap akan jaga elok-elok.

Nasib baik RM50 baru aku bank in ke akaun dia, tapi pada aku yang student ni, jumlah tu boleh pakai seminggu. Sampai sekarang dia tak pulangkan lagi. Dua kali dah aku minta lepas kitaorang tak contact *aku dm dan messanger. Bila aku minta dia tak reply. Apa perlu aku buat? Takkan nak tunggu aku habis belajar baru dapat balik duit tu.

Kenal dia tak sampai tiga bulan tapi nak lupakan dia dah masuk bulan keempat dan aku masih struggle. Pernah aku stalk dia dan perempuan yang acah sepupu dia tu *sekarang aku dah block sebab dalam usaha nak lupakan dia. Nampak bahagia, keluar sana sini.

Gelakkan aku para pembaca sekalian, sebab aku ni rupanya tempat Amar isi waktu lapang dia ja sepanjang perempuan tu takda. Dia dah kenal perempuan tu almost 5 years. Dan rupanya dia bukan sepupu Amar pun. Aku stalk twitter perempuan tu, dorang akan nikah tahun hadapan. Bahagia la korang ya.

Aku ni satu hal. Bila nak move on tah. Tengah perbaiki diri, tapi kadang tak sedar diri. Doakan aku guyss. Pssst, janganlah gelakkan aku betul-betul. I need some words yang boleh motivate diri aku ni. Thanks pembaca.

– Muna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *