Saya sudah berjumpa dengan seorang lelaki yang saya sukai dan saya rasa layak menjadi suami saya. Dia seorang yang bijak, pemikirannya tajam dan kritikal, sesuai dibawa berborak tentang isu-isu semasa,
Bab agamanya insyaAllah ada asasnya, bertanggungjawab menjaga ibu bapa nya yang tak berapa sihat untuk ke appointment hospital, dia pandai memasak, mengemas rumah, soft spoken.
Saya sudah mengenali dia melalui internet 7 tahun, dan dia dulu pernah suka saya cuma saya reject dia sebab saya memandang rupa. Tak matang kan saya dulu?
Beberapa bulan lepas, entah macam mana, kami berborak rancak semula di instagram dan saya perasan dia mula memberikan hint hint seperti dulu.
Dan entah kenapa, saya melayan sebab saya rasa agak senang dengan kewujudan dia kali ni, berbanding dulu saya cukup annoyed dengan sikap dia sampai saya block dia di whatsapp (tapi dia tak ambil hati dan kami masih berkawan internet seperti biasa di instagram).
Kami mula berjumpa sekali sekala. Berbual di telefon. Whatsapp hari hari dengan perasaan berbunga bunga.
Tapi kami tak mampu untuk berbual tentang masa depan hubungan kami. Walaupun dia jokingly pernah cakap “jom kawen” dekat saya beberapa kali, tapi setakat itu saja. Sebab…
Saya sudah berkahwin. Saya pernah buat confession di sini, https://iiumc.com/berkahwin-tapi-mandiri/
Pada awalnya dia ingat saya sudah berpisah, tapi saya memberitahu dia yang saya masih berkahwin. Beberapa kali sudah kami cuba untuk hentikan hubungan ini tapi susah. Chemistry yang dibina, sukar untuk dilupakan. Sampai saya istikharah berkali kali.
Dan akhirnya, jawapan Tuhan pada saya adalah apabila dia sendiri memutuskan hubungan kami ini.
Antara sebabnya adalah kerana saya sudah berkahwin dan dia tidak nampak jalan keluar hubungan ini. Sedangkan saya pula sedang dalam kemelut rumahtangga yang dahsyat, dan saya nampak jalan keluar itu, cuma saya tak pasti bila.
Selain daripada itu, dia berasa tidak layak utk bersama saya kerana dia pernah melakukan dosa besar yang melibatkan perzinaan.
Pada saya, asalkan dia sudah bertaubat, itu adalah urusan dosa pahala dia dengan tuhan. Tidak ada kena mengena dengan saya sepatutnya.
Saya sendiri sudah berkahwin dan sudah bersama dengan suami (walaupun bezanya saya secara halal, dan dia secara tidak halal) tapi saya tak kisah pun.
Tapi saya hormati keputusan dia untuk berpisah. Tapi hampir setiap hari, tak pernah saya berhenti terfikirkan dia.
Kadang saya terfikir, mungkin tuhan hadirkan dia sebagai ujian sahaja utk saya. Agar saya tahu lelaki macam mana yang saya layak bersama, dan lelaki seperti itu wujud di luar sana. Kontra sangat perwatakan dan sikap lelaki itu dengan suami saya.
Sudah lebih 3 orang menggalakkan saya untuk berpisah dengan suami. Kaunselor peribadi saya, kaunselor pejabat agama, sahabat baik saya, keluarga saya.
Semua yang mendengar cerita kami, galakkan kami untuk berpisah. Tapi entahlah, rupanya tak semudah yang disebutkan untuk bercerai ni kan?
Jadi sekarang saya dalam tempoh untuk menerima suami saya kembali selepas sesi kaunseling sambil cuba memadam api kerinduan dalam dada ini utk lelaki itu.
Saya istikharah lagi, dan berdoa lagi agar tuhan kembalikan rasa cinta untuk suami saya jika dia jodoh saya. Tapi kalau tidak, moga dijauhkan dan dipermudahkan urusan perpisahan kami.
Untuk lelaki itu, saya doakan awak bahagia menjalani hari-hari awak dan selfish kah saya kalau saya berharap awak menanti saya sampai saya keluar dari kemelut ini?
– Lili (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit