Harga Diri Wanita

Assalamualaikum pembaca. Aku rasa terpanggil nak buat confession lepas baca ‘Orkid, Anda Tidak Keseorangan’ (https://iiumc.com/orkid-anda-tidak-keseorangan/).

Namaku Ain. Umur 23 tahun. Pengalaman lebih kurang dengan kawan confessor, D cuma mungkin aku lebih bertegas. Aku seorang pendiam, introvert dan jarang tegur lelaki. Lepas habis diploma, aku dapat kerja part time di sebuah restoran sushi. Di situlah mula staf2 jodoh2 kan aku dengan F.

Awalnya macam biasa aku sombong2 tapi kerana kesian dan fikir atas dasar kawan, aku beri juga nombor telefon setelah berhari dia minta. F mengaku suka kan aku. Dan mula perkenalan kami. Aku tak benarkan F call aku. Hanya whatsapp jadi medium kami. Di tempat kerja pun kami tak bercakap, sekadar tegur2 biasa.

Aku mula istikharah tentang hubungan kami. Pada awalnya ada petunjuk2 kecil tapi aku buat tak endah sebab fikir aku yang overthinking. F kata dia betul2 sayangkan aku dan ingin halalkan aku, cuma dia sendiri tak pasti. F mula mengajak aku keluar berdua tapi aku tolak sebab syarat aku perlu ada teman lain bersama.

Setelah beberapa kali diajak, aku jadi bersalah lalu aku terima. Keluar makan tengah hari di mall. Kami jalan berjarak, malah kebanyakan masa hanya diam, selepas makan kami terus balik ikut haluan masing2.

Hari seterusnya F ada mengajak lagi, malah pernah mengajak aku keluar malam, tapi aku tolak walaupun katanya nak keluar makan berdekatan dengan rumahku. Pantang aku untuk keluar malam, lagi2 dengan lelaki bukan mahram. Simpang malaikat 44.

Aku fikir kalau betul nak berkenalan sekalipun tak perlu nak berdua-duaan. Lelaki yang benar2 baik tahu hukum hakam keluar berduaan tanpa teman. Aku dah mula jauh hati. Setiap kali aku niat untuk beritahu F supaya putus, setiap kali itu ada halangan.

F seorang perokok. F pernah beritahu dia berjaya tahan diri dari merokok selama 3 minggu. Dia kata nak berubah lebih baik demi aku dan dia. Aku takut jika aku beritahu niatku akan buat dia patah semangat untuk jadi lebih baik. Lalu aku tangguhkan lagi dan lagi.

Hati aku makin keliru. Setiap hari tak jemu aku beristikharah kerana aku sudah mula memikirkan soal jodoh dunia akhirat. Semakin lama F semakin jarang whatsapp aku dulu. Dan aku tahu itulah petunjukNya. Untuk kepastian aku tanya F buat kali terakhir, dan F mengaku perasaan dia pada aku dah tak seperti dulu.

F kata aku dan dia tak sama seperti pasangan kekasih lain, yang selalu keluar bersama, F kata aku dan dia bagai kawan biasa. Entah kenapa aku lega. Rasa seolah terlepas dari suatu ketidakpastian. Hati aku mulai terasa kosong, dan aku tahu selama ini hati aku berharap pada insan yang tak pasti.

Aku gandakan solat sunat untuk mengisi lompong hati. Dan dalam doaku, aku mohon diberi petunjuk jodoh dunia akhirat. Tak lama pun, aku diperkenalkan kepada N. N kerja nun jauh. Kami berhubung melalui telefon sahaja. Sebulan lepas kenal, N mengajak aku berkahwin pada tahun itu. N kata dia dah lama kumpul duit untuk berkahwin cuma belum bertemu calon yang sesuai.

Kami jumpa bersama-sama keluarga kami sekali sahaja untuk merisik dan bertunang. Dan perjumpaan seterusnya pada hari pernikahan kami. Alhamdulillah sekarang sudah 10 bulan perkahwinan kami. Syukur aku sangat bahagia dengan kehidupanku sekarang.

Apa yang ingin aku kongsikan, berpeganglah pada prinsip diri. Jangan kerana sayang, tergadai maruah dan harga diri. Jangan pernah dekati jalan zina, kerana balasan zina bukan setakat di akhirat, malah di dunia lagi. Lagi2 wanita, kita ni akan lebih terkesan bila dah mula sayang. Jadi sebelum letakkan rasa sayang yang berlebihan, minta petunjuk daripadaNya yang menghadirkan perasaan itu.

Kalau si lelaki dah mula ajak2 kau keluar berduaan sekadar suka2, percayalah dia bukan lelaki yang baik kerana terang dan jelas dalam agama melarang untuk berduaan tanpa teman. Apatah lagi kalau lelaki dah mula minta untuk ringan2. Kuatkan iman, dan tanya diri sendiri, berbaloi ke nak sweet2 dapat dosa sedangkan kau belum pasti dia jodoh dunia akhirat kau.

Dan sebenarnya aku cukup terkesan dengan confession tajuk ‘Semuanya Salah aku’ dan ‘Lelaki Yang Baik Takkan Tanya Kisah Silam Perempuan’. Mereka muslimah dan jarang tegur lelaki seperti aku. Mungkin kerana iman mereka yang tak cukup kuat, dan ujian aku tak sehebat mereka.

Nasihatku untuk mereka yang diuji sebegitu, fokuslah untuk masa sekarang dan akan datang. Yang silam biarkan berlalu. Lazimkan taubat dan solat2 sunat lain, sentiasa baca Al-Quran, mohon agar Allah swt hilangkan segala pahit dan perit yang lalu.

Percayalah Allah swt lebih tahu apa yang terbaik. Tak perlu nak buktikan rasa sayang dengan jalan yang salah. Berdoalah selalu dan paling penting perlu yakin yang Allah swt akan makbulkan doa, kau cuma perlu bersabar dan terus bersabar.

Moga dengan asbab kita menjaga diri demi Allah swt, Allah swt berikan kebahagiaan beratus ganda lebih baik daripada apa yang kau impikan. Wassalam.

– Ain (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *