Assalamualaikum. Papehal thanks untuk admin kalau pos ni dipublish. Kalau tak korg jela yg baca ye.
Ok straight to the point. Aku nak cerita serba sedikit pasal diri aku. Betapa aku struggle nak jadi baik. Intro. Aku berumur lewat 20an. Aku anak yatim. Arwah mak aku meninggal masa umur aku 9 tahun. Aku dibesarkan sepenuhnya oleh ayah aku. Disebabkan ayah aku selalu sibuk kerja nak besarkan kami adik beradik, aku jadi agak liar sebab rasa diri terbiar dan kurang kasih sayang. Adik2 aku yang lain ok je, cuma aku seorang yang jadi agak nakal dan terbabas jauh sikit dari landasan agama yang benar ni. Nasib baik otak aku boleh pakai, kalau tak memang aku tak taula apa nak jadi dengan aku sekarang.
Ok cerita ni bermula masa aku umur 16 tahun(form 4). Aku ditangkap polis atas sebab2 tertentu. Masa ni 1st time aku tengok ayah aku menangis. Sedih sangat muka dia masa jamin aku dari lokap. Semenjak dari kes ni aku nekad nak berubah. Aku nak jadi baik. Btw aku sekolah asrama, jadi memang most of the time aku kat sekolah. 1st step aku mula nak jadi baik adalah dengan rapat dengan budak2 surau. Yelah aku ada dengar nak jadi baik kena carik dan berkawan dengam orang baik2 je kan. So aku dengan tebal muka mula nak berbaik dengan diorang yang selama ni aku anggap musuh(sebab takde class berkawan ngan dorang ni). So sebabkan masing2 berpewatakan baik, berkopiah sana sini, solat 5 waktu kat surau aku expect peribadi diorang mulia la. Maybe diorang boleh bimbing aku, bawak aku usrah ke ape ke kan. Tapi sangkaan aku meleset. Aku macam alien diorang buat. Lepas solat asar selalunya diorang buat halaqah, baca hadis sama2. Aku pon join la diorang. Tapi semua reject aku. Rasa diri macam tal diterima. Aku kecewa gila masa ni. Aku nak cari Allah, aku nak kenal Allah. Tapi cara diorang tu macam aku ni kotor sangat. Hina sangat kat mata diorang. Mentang2 aku budak nakal. Diorang reject aku bulat2. Last2 aku pegi kat ustaz sekolah aku terus. Dia jela bimbing aku, support aku masa dua2 pihak pulaukan aku. Yes budak2 nakal pulau aku sebab kata aku acah2 nak jadi baik. Budak2 surau ni pulak memang terus reject aku. Kecewanya Allah je yang tahu.
Lepas sekolah aku masuk matrik. Kat sini aku plan aku nak jadi seorang yang baru. Aku taknak kisah silam aku menghantui diri aku balik. Aku nekad. Aku kena jadi baik! So aku tekad aku nak solat 5 waktu kat surau. Aku nak belajar mengaji. Belajar kitab. Belajar jadi hamba Allah yang baik. Tapi guess what. Ada seorang hamba Allah ni. Budak satu sekolah dengan aku a.k.a geng surau sekolah dapat 1 matrik dengan aku. Mula2 yang lain terima je aku. Lepas sebulan aku dapat rasa yang diorang ni mula menjauhkan diri dari aku. Takde dah nak halaqah ajak aku. No more usrah. Aktiviti2 surau semua aku tak tau. Sebab takde sape2 bagitau aku. Aku dibuang sekali lagi. Masa ni aku kecewa sangat2. Memang aku down gila sebab aku tak tau macam mana nak masuk dengan geng2 ni. Aku dah usaha habis baik. Kalau dulu carutan memang tak boleh pisah dengan mulut aku. Tapi aku ubah. Aku ganti dengan istighfar, subhanallah. Ingat senang ke bila mencarut tu dah jadi makanan kau hari2 lepastu tiba2 nak ubah? Aku cuba. Tapi bila dilayan macam ni buat aku jadi benci dengan golongan ni. Akhirnya aku tewas. Aku kembali ke asal. Aku mula liar balik. Sampailah aku masuk university.
Untuk makluman, masa aku apply university, aku dapat tawaran dari UIA ni. Tapi aku reject sebab aku trauma dengan orang ‘baik2’ ni. Aku buat keputusan aku sambung kat IPTS je. Kat mata aku sini aku bebas. Dengan harapan aku takkan jumpa lagi dah golongan camni. Tapi aku silap. 1st day aku mendaftar aku dapat roomate geng ketayap ni. Dalam hati aku menyumpah. Takde orang lain ke nak bagi aku. Kenapa jenis2 ni jugak yang aku dapat. Roomate aku ni nama zam. Selama 1 semester aku duduk dengan si zam ni, aku nampak dia sangat2 berbeza dengan jenis2 manusia yang aku jumpa dulu. Kalau dulu aku yang approach diorang mntak tunjuk ajar, tapi sekarang zam ni yang tak jemu2 datang kat aku. Ajak aku solat kat surau. Ajak aku mengaji. Kejut aku subuh. Bercerita kat aku keindahan islam yang sebenar. Cite kisah2 nabi. Aku jadi kaget. Sejujurnya mula2 memang aku pandang serong kat si zam ni. Yelah aku serik dengan manusia2 camni. Time dia solat aku bantai hisap rokok, dia nak study aku bukak lagu2 metal aku kuat2. Macam2 lagi la aku buat supaya dia annoyed dengan aku and mintak tukar bilik. Tapi dia senyum je. Takde penah sekali pon dia marah aku. Cara teguran dia pon lembut je.
Masa ni aku mula cair. Hati aku memberontak. Aku nak jadi baik. Dalam masa yang sama aku trauma. Aku benci rejection. Aku takut aku akan dilayan macam sampah, macam pengemis macam dulu. Finally hidayah Allah sampai kat aku. Terdetik aku nak ikot dia pergi surau. Ada ceramah agama. Aku ingat sangat2 malam tu. Tajuk dia pasal khalifah dalam islam. Bila sampai part saydina umar punya cerita, aku kaget. Aku rasa nak menangis. Dia 100 kali lagi jahat dari aku, tapi bila dapat hidayah semua boleh berubah. Aku betul2 berpikir mcm2 malam tu. Zam datang tegur. Macam biasa aku halau dia. Maki2 dia. Tapi dia datang jugak. Duduk sebelah aku. Dia peluk bahu aku tanya kenapa aku nampak lain. Masa ni aku kalah. Aku menangis macam budak2 depan dia. Aku cerita semua benda, semua pengalaman aku baik buruk aku cerita. Aku pandang je muka dia. Dalam hati aku kata dia mesti akan judge aku. Mesti lepas ni kau jijik nak berkawan dengan aku. Yelah korang semua sama. Tapi zam senyum je. Dia cakap “takpe rip,takde manusia yang sempurna dalam dunia ni. Aku pon jahat jugak. Ntah2 aku lagi banyak dosa dari kau..” Aku bertambah sedih dengar. Serius aku tak sangka. Lepas macam2 aku buat kat kau, kau masih sudi terima aku and bimbing aku.
Mulai saat tu aku cuba untuk berubah balik. Aku tinggalkan semua yang aku rasa tak bagi apa2 manfaat kat aku. Kawan2, cd2 lagu metal aku, semua la yang mengingatkan aku zaman gelap aku. Aku ikut zam mana dia pergi. Usrah, ceramah, kelas mengaji, kelas fardhu ain, sampai tahap kelas mandi mayat pon aku ikot dia. Nak belajar punya pasal. Dan yang paling aku tak sangka, benda yang selama ni aku rasa macam berat, macam beban, buang masa, aku mula enjoy. Aku enjoy join usrah. Aku enjoy dengar ceramah(jujur mula2 aku asik tido je) , aku enjoy pergi masjid, aku siap enjoy tolong diorang buat aktiviti masjid. Basuh periuk pinggan mangkuk semua kalau ada kenduri masjid. Aku bersyukur sangat2. Nikmat sangat rasa dia bila aku diterima dalam komuniti ni. Terima kasih Allah sebab datangkan sahabat macam Zam untuk aku. Sesungguhnya hidayah Allah tu boleh datang dengan macam2 cara.
Lastly, tujuan utama aku tulis confession ni adalah untuk peringatan kepada golongan2 baik2 ni. Bagi aku ini adalah platform terbaik sebab yelah, korang budak UIA kan. Dah tentu2 ramai ustaz2 ustazah2 dalam ni. Aku just nak bagitau pengalaman aku. Peringatan pada diri aku dan korang. Janganla korang biasakan pandang jelek pada orang2 macam aku ni. Kami sebenarnya lost. Hilang arah. Semua manusia ada perasaan nak jadi baik walaupon sedikit. Bantulah kami. Cubalah approach dengan cara yang betul. Dan kalau kami cuba datang kepada korang, janganlah hina kami. Janganlah pandang kami macam kami ni jijik sangat. Ye aku biasa dipandang camni. Baik lelaki atau perempuan. Pandang aku macam aku ni sampah. Ingatlah, korang bawak imej islam. Perwatakan korang melambangkan korang tu kuat agama. Jadi bila kami datang cubalah layan sebaik dan selembut mungkin. Ye memang akan sangat mencabar. Tapi cubalah. Kami pon nak masuk syurga jugak. Maaflah kalau bahasa aku kasar, tapi ni la luahan hati aku, dan aku harap sangatlah kita sama2 boleh ubah persepsi ni. Ye tak semua macam ni. Ramai yang elok. Tapi sebabkan segelintir tu yang membuatkan korang dibenci oleh kami. Ni jela aku nak luahkan. Thanks sebab sudi baca.
Assalamualaikum.
– Arip
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit