Harga Sebuah Kemaafan

Terima Kasih admin diatas kesudian menyiarkan perkongsian ini. Tamat sudahlah sebuah kisah yang selama ini saya pendam tanpa berkongsi dengan sesiapa, banyak hati yang perlu dijaga.

Disember tahun lalu genap setahun aku mendirikan rumahtangga bersama jodoh terbaik yang aku pilih, dan mungkin juga takdir baik yang Allah telah kurniakan.

Alhamdulillah. Sebaik sahaja lafaz nikah kedengaran “sah”, lega dihati hanya Allah sahaja yang tahu.

Beberapa minggu sebelum pernikahan, muncul sebuah konflik yang aku kira datang dari kisah yang lepas.

Mariam, kawan ketika sekolah menengah dahulu memuat naik kad undangan perkahwinanku yang lengkap dengan nama dan no telefon kaum keluargaku.

Huraian keatas gambar yang beliau upload secara sinis menyindir bahawa aku masih lagi berharap kasih dan sayang daripada suaminya walaupun tarikh pernikahanku semakin hampir.

Ruangan komen penuh dengan kecaman para-para isteri yang menyokong penuh tindakan beliau, menyelar tindakan aku yang mengundang suaminya, juga rakan persekolahan datang ke majlisku nanti.

Satu persatu komen aku baca, orang lain tidak perlu berteka teki kerana jelas pada kad tersebut tertera namaku serta ahli keluargaku.

Oleh kerana banyak perkara yang perlu diuruskan jadi aku mengambil tindakan berdiam diri, biarlah Mariam merasa kemenangan berpihak kepadanya walaupun mencalarkan maruahku.

Flashback 15 tahun yang lepas, ketika berada diawal semester 1 diploma, aku didatangi mesej dari Ammar menghulurkan salam perkenalan.

Ammar, rakan sekolahku yang aku tidak pernah bertegur sapa sepanjang persekolahan. Salam ku sambut dengan hati terbuka.

Perkenalan ini membawa banyak perkongsian hati ke hati. Saban hari kerap bertukar-tukar lagu dan band sesama sendiri.

Ketika itu Hujan masih lagi band underground namun lagunya kerap kali Ammar kongsikan kepadaku.

Perhubungan aku dengan Ammar tidak menampakkan kami akan keperingkat berpasangan kekasih kerana waktu itu aku terlalu seronok menikmati zaman habis spm dan college life bersama rakan taulan.

Aku juga berterus terang dengan Ammar bahawa aku tidak boleh commit dgn hubungan yang serius ketika itu.

Ketika berada di final year diploma, tiba-tiba Ammar menghilangkan diri tanpa dikesan. Tiada lagi sms/ call yang aku terima.

Hari berganti hari dan bulan berganti bulan sehingga aku memasuki kursus degree di Puncak Alam.

Ketika sedang ralit mengemas cafe yang aku kerja setiap petang, muncul Ammar secara tiba-tiba dihadapanku, membawa pelbagai buah tangan dari Bali.

Hilangnya penuh persoalan namun tidak pula ringan mulutku bertanya.

Sedang dalam pertengahan semester, aku berterus terang dengan Ammar bahawa aku telah pun mempunyai kekasih hati.

Aku sedar perkhabaran ini meruntun hati Ammar dan mengundang amarah kerana selama kami bertemu semula, Ammar seakan semakin serius merancang masa depan bersamaku.

Seperti biasa, perkara yang aku jangka berulang kembali.

Ammar hilang dan sepi tanpa sebarang berita sehingga aku tamat pengajian ijazah, hubunganku bersama kekasih hati juga terlerai diakhir pengajian.

Usai konvo aku terus mendapat tawaran kerja dan ia juga menjadi titik tolak untuk aku melupakan kesedihan putus cinta.

Ada kata-kata menyebut sebelum kita nak beria sayang orang, kena sayang diri sendiri dulu.

So aku start dengan join ahli masjid setiap hari lepas balik kerja mesti usahakan berjemaah dekat masjid, rasa welcoming sangat bila datang tu.

Kemudian aku join marathon, sorang-sorang pun takde hal sebab dekat situ boleh buat kawan baru, sebut je marathon mana dekat KL semua aku pernah join dan last part aku buat braces and aesthetic treatment.

Time ni aku rasa puas hati sangat dengan hidup aku, takde benda lain dah aku mintak.

Tapi tu la time aku dah bertenang dengan hidup suddenly Ammar muncul dan ajak jumpa. Pertemuan berlangsung di sebuah kopitiam, tiada perkara serius pun dibincangkan, hal hati ke hati pun sekadar usik mengusik.

Diakhir pertemuan, Ammar memberitahu 2 hari lagi dia bakal meminang seseorang, iaitu Mariam, rakan sekolahku juga.

Rupanya dalam pada Ammar hilang dan muncul mencariku selama ini, dia telah pun menjalin hubungan dengan Mariam.

Namun motif dia kembali kepadaku pada certain waktu juga tidak dapat aku kenalpasti. Adakah Ammar cuba mencintai 2 perempuan? Entahlah.

Aku berlapang dada menerima perkhabaran tersebut malah turut bergembira untuk mereka.

Saat mereka mendirikan rumahtangga aku masih single, pretty dan tiada boyfriend namun terdengar juga desas desus mengatakan aku masih lagi gigih berusaha merebut Ammar.

Ingin saja aku jerit sekuatnya bertanya kepada Mariam adakah beliau yakin cinta Ammar hanya kepadanya seorang?

Tapi sebagai perempuan yang waras, bertoleransi dan bijaksana aku biarkan pertanyaan itu berlalu.

Jadi teruntuk Mariam, hiduplah dengan keamanan tanpa insecure berpanjangan. Bukankah jika mencintai dengan ikhlas, tidak wujud rasa insecure itu?

Kemaafan dari aku tetap ada, tetapi menunggu hari luka yang bercalar ini pulih kembali.

– Aisyah Hanni (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *