Kepada budak-budak yang baru nak kenal dunia… yang jenis baru nak mula main tahi, baru nak mula geli-geli atau main bohsia, main betina sebelum kahwin, ketahuilah nanti anda juga akan berumah tangga. Anda akan ada anak-anak.
Pasangan yang sebelum kahwin dah pernah berhubungan badan dengan lain-lain orang, sepanjang 9 tahun aku berkhidmat dalam bidang guaman, dan daripada cerita rakan aku yang bekerja di bahagian syariah, salah satu sebab-sebab penceraian adalah kerana pasangan pernah bertukar-tukar pasangan sebelum berkahwin.
Ya, betul memang mereka berbuat maksiat sebelum kahwin. Ada yang main perempuan, ada yang sebelum kahwin pernah terjebak dengan gay, dan lain-lain yang berkaitan maksiat.
Boleh dikatakan 80% rumah tangga si pelaku maksiat akan berakhir dengan penceraian. Lagi 30% rumah tangga si pelaku maksiat dapat diselamatkan, itu pun sebab si pelaku maksiat pernah berzina dengan pasangannya yang sekarang sahaja dan tak bertukar-tukar pasangan.
Daripada kebanyakan cerita, hampir semua rumah tangga mereka berasa panas, tidak aman, huru-hara.
Kalau baik pun sekejap-sekejap. Pergaduhan yang berlarutan, tiba-tiba pasangan hilang nafsu, tiba-tiba pasangan curang, anak kerap tak sihat, hati tak pernah tenang, diuji dengan pelbagai musibah, anak jadi derhaka dan lain-lain. Last sekali, berakhir dengan penceraian.
Ada yang 10 tahun berkahwin, ada yang 5 tahun berkahwin, ada yang tak sampai 2 tahun berkahwin dah bercerai.
Ada satu kes, bila bercerai, anak-anak akan tahu punca-punca kenapa ibu bapa mereka bercerai. Merengek-rengek si ayah menangis bercerita anak-anak membencinya. Sebab anaknya tahu yang si ayah pernah terlanjur dengan ibu kepada salah seorang rakan sekelas anaknya sewaktu ayahnya muda.
Saya cuba letakkan situasi si anak dan isteri, dan saya tak dapat bayangkan semua itu… betapa kecewanya anak isteri bila tahu ayahnya sudah biasa berzina dengan ramai perempuan sebelum kahwin.
Saya percaya kalau anak-anak diberi pilihan untuk memilih siapa ayah mereka, sudah pasti mereka tak akan memilih si penzina yang kaki bohsia dan kaki perempuan untuk dijadikan ayah mereka.
Begitu juga sebaliknya kepada perempuan-perempuan yang sering bertukar pasangan, malu dan kasihanilah kepada bakal anak-anak anda dan pasangan anda.
Di atas adalah kesan-kesan zina. Jika kau dapat pasangan yang tak menyenangkan hati kau, isteri yang keras kepala dan tak hormat kau, rumah tangga tak harmoni, cuba fikir-fikirkan dosa besar apa yang pernah kau buat dulu. Inilah yang harus kau telan. Kau akan hadapi liku-liku dalam rumah tangga.
Takkan setelah sekian lama kau berseronok dalam maksiat di depan Allah, kau nak harap hidup kau akan smooth je selepas itu? Memang tidaklah, kan?
Sebenarnya, Allah yang hadirkan situasi-situasi tersebut. Rumah tangga bergolak dan tak tenteram tu semuanya Allah yang hadirkan. Entah itu harga yang harus si pelaku maksiat bayar atau apa, tapi Allah dan janji bahawa para penzina akan mendapat balasan di dunia dan di akhirat.
Dosa zina sangat berat sebab melibatkan keturunan dan berangkai-rangkai. Kalau tak malu pada Allah, bayangkanlah wajah ibu ayah anda.
Sesungguhnya zina itu adalah hutang. Cepat atau lambat anda akan rasa kesannya. Sekian.
– Haifa zainal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit