Assalamualaikum untuk semua pembaca dan salam pembuka bicara ;)
Okaylah kita balik semula pada story asal ya, kita iklan jap tadi hehehe.
Nak saya memperkenalkan diri saya cukuplah sebagai Farah sebab nama penuh saya panjang tak cukup baris nanti hahaha… ( joke saja ).
Saya selalu membaca luahan yang ada sini sudah lama ini menulis namun belum ada kekuatan yang untuk menulis sebab saya bimbang akan tulisan saya ini akan menimbulkan salah faham atau kata senang FITNOH.. haha.
Namun entah macam mana kekuatan itu timbul setelah saya perlu lakukan sesuatu supaya tak ada lagi insan senasib dengan saya.
Saya di lahirkan anak kedua dalam 4 orang adik beradik, ya saya tidak pandai. UPSR paras kaki, PMR paras hidung dan faham-fahamlah bila SPM dah lemas terus dah. Nasib baik tak call bomba untuk cari lemas ni.. HAHAHA.#takkuasabombatunakcarikau
Dan faham -faham sajalah bila kita tak pandai dan tidak mempunyai rupa paras yang cantik sudah pastinya kita akan di hina dan dipandang hina.
Saya meniti dengan satu dunia yang sungguh ‘penuh dengan imaginasi’. Namun dunia realiti saya tak indah langsung. Saya menjadi mangsa’pembulian’ saudara-mara saya sendiri. Macam -macam hina mereka lemparkan pada saya.
Antara kata-kata hinaan yang selalu saya dapat. “Makan saja tahu, belajar malas”.
Ialah saya mempunyai sepupu yang sangat pandai dan saya menjadi mangsa perli nya dirinya selalu di agungkan termasuk membandingkan dirinya dengan saya. Tak cukup dengan saya juga menjadi mangsa hinaan mak saudara dan juga bapak saudara.
Bayangkan umur saya 10 tahun saya balik raya di rumah opah ketika saya baru hendak menambah nasi ke dalam pinggang lantas dengan laju mak saudara berkata macam ni kepada sepupu saya ketika itu macam ini.
“Kakak masak nasi lagi nanti su nak balik nak makan.”
Sekarang saya nak tanya apa perasaaan kalian semua jika begitu? Saya hanya memendam rasa saja kerana jika saya meluahkan rasa ketika itu, mereka anggap itu adalah satu gurau ini kerana sepupu saya ketika bagaikan ‘permaisuri’ ketika ini.
Saya bagaikan terasing ketika itu ditolak ke kanan di buang ke kiri. Hanya melihat ketawa tersenyum, pernah satu ketika saya datang ke meja untuk makan bersama-sama namun mereka bangun dan terus mengemas meja.
Mungkin waktu pertama kali tak apalah, namun jika sudah banyak kali apa perasaan kalian?
Tak kurang dengan itu mereka pernah menghina baju raya yang saya pakai, punya seronok kumpul duit belanja sekolah untuk beli tudung untuk di pakai pada waktu raya. Namun mereka tanpa ada secebis perasaan mereka menyembur saya dengan perkataan
“Kalau muka dah buruk belajar tak pandai, buatlah apa sekali tak akan pernah cantik.” Tak cukup dengan itu sampaikan solat saya di pertikaian kata. ” Ingat allah tu nak makbulkan doa orang buruk dan tak pandai macam ke.”
Yes! Saya sedih sangat -sangat sehingga waktu itu saya hilang ‘sujud’ sebab merasakan waktu itu allah dengar doa buruk dan bodoh macam saya ini. Tak cukup dengan itu bukan saja menjadi mangsa dikalangan saudara mara.
Di sekolah saya juga menjadi mangsa ejek kan budak -budak perempuan dan juga lelaki ejek kan itu tidak berhenti daripada tingkatan 1 sehinggalah tingkatan 5 bermacam -macam ejek kan saya telan sini saya listkan satu persatu ejek kan nya yang saya ingat sehingga kini.
Tak cukup dengan itu seorang budak lelaki itu pernah menjerit dengan memanggil saya macam ini,
“HOI! SPANAR MUNCUNG TIRUS KAU SEMAKLAH PERGI MAMPUSLAH.” Dalam sebuah bas melalui tingkat bas dia menjerit. Dan di antara ejek kan nak saya senaraikan,
1. Spanar muncung tirus.
2. Hidung mcm babi.
3. Pendek macam tapir.
4. Muka jerawat macam kawah.
Tak kurang juga bukan saja bukan menjadi mangsa ejek kan di kalangan pelajar saja, bah kan cikgu juga saya turun menjadi mangsa. Umur saya 11 tahun cikgu pendidikan jasmani menyuruh saya kedepan dan meminta muka saya untuk di sepak sebab muka saya macam bola.
Pernah 1 hari saya terbaca akan satu pertandingan ‘menulis hasil puisi’ saya cuba untuk masuk. Menulis puisi dan juga makeup adalah benda yang paling saya minat sekali. Lalu setiap puisi itu saya tulis pakai tangan.
Bila sudah siap saya hantar kepada cikgu yang menguruskan pertandingan tersebut. Namun tanpa melihatnya langsung hasil usaha saya, cikgu tersebut terus membuangnya kedalam tong sampah.
Saya dengar alasan dia macam ini kepada seorang guru lain. “Student kalau dah kelas bawah tak payah tengok”. Kenapa hina ke kelas bawah, kelas yang atas ni perlu di layan macam KAYANGAN ke? Manakala yang kelas bawah ni perlu di layan macam NERAKA ke?
Saya telan satu persatu persatu ejek kan itu ingatkan ejek kan itu tamat apabila tamat sekolah namun tak henti di situ.
Berlaku pulak body shamming di tempat kerja, bayangkan saya masuk shift malam kali pertama sudah kena dengan seorang supervisor ni.
Saya tekan bell untuk minta, supaya buka pintu depan banyak tekan dia tak buka, sehinggalah ayah saya turun dan meminta tolong supaya pintu masuk utama. Dan bila saya berjalan masuk saya dengar dia mengamuk.
“Semak ada staft macam muka KATAK PURU ni.”
Allah saja yang tahu akan perasaan saya waktu itu, tak cukup dengan boss staft- staft dekat situ macam-macam ejek kan yang mereka beri. Pendek, gemuk tu dah biasa.
Saya hilang kenyakinan saya selama -lamanya, pernah nak bunuh diri habiskan hidup saya senang. Telan 3 biji ubat postan 3 biji panadol tapi kesannya TIDUR je lah mana ada kesan apa-apa pun HAHAHA sampai masa bangun hahahaha.
Saya meniti hidup saya macam itulah, kecintaan saya pada makeup dan menulis sampai sekarang masih tebal.
Saya mula terfikir kenapa saya down dengan mulut -mulut lahar manusia ni. Sebab saya tak minta di lahirkan macam ini, bah kan saya pernah terfikir saya hendak menulis surat pada allah kenapa saya dilahirkan macam ini tak macam orang lain.
Untuk pengetahuan semua saya benci sangat-sangat dengan neelofa sebabnya saya pernah melihat gambarnya memakai baju berwarna oren dalam satu anugerah, lalu saya berkata sendiri, ‘EH! cantiknya.’
Entah macam mana ada seseorang mendengar nya lantas berkata kepada saya macam ini,
“neelofa pakai memang cantik, cuba kalau kau pakai macam jin je aku tengok. Kulit dah lah hitam ada hati nak pakai baju macam neelofa.”
Tapi saya fikir balik buat apalah saya benci dengan si neelofa tu hahah. Bukan ada kena mengena pun lantaklah situ.
Tahun berganti tahun penah penyimpan perasaan pada seseorang namun saya tak berani nak luahkan sebab setiap kali ingin meluahkan pasati akan terbayang -bayang kata jelik dan hina itu, apa kan daya saya pendamkan.
Keyakinan diri saya hilang, saya bagaikan dunia terasing. Jika ada insan -insan yang cuba bercakap dengan saya, akan bersembunyi menghilangkan diri.
Sampailah 1 hari saya terfikir kenapa saya tak kejar semula impian saya, makeup pernah menjadi kegilaan saya pada satu ketika, namun disebabkan satu peristiwa saya padamkan hasrat itu. Saya kembali untuk mengejar cita -cita saya namun bukan senang untuk melangkah.
“Body shamming in media sosial” again fizikal saya di hina. Kali ini bentuk bibir saya disamakan macam babi oleh ***** ( biarlah aibnya saya jaga). Sekali lagi airmata saya tumpah bagaikan hujan lebat yang mengalir.
Sampailah 1 day saya terbaca satu artikel yang di tulis oleh seorang kauselor yang mana di berkata dalam tulisannya. ‘PLEASE LOVE YOUR SELF DONT BE HURT YOUR SELF’.
Semenjak daripada itu saya bangun semula, belajar sampai saya dapat. Saya padam semua memori pahit, saya ubah DENDAM ITU DARIPADA BURUK KEPADA DENDAM YANG BAIK. Saya block semua manusia lahar, saya pekak kan telingat saya buat je apa yang saya nak buat.
Saya join pertandingan sana sini solekan sana sini, who care? Saya join bukan untuk menang tapi untuk puaskan hati saya saja.
Menang kalah saya dah cuba, kalau kita tak cuba sampai bila -bila tak tahu kan? Menang anugerah, kalah JOIN AND JOIN LAGI. Kalau ikutkan manusia kita buat ke, kita tak buat ke akan tetap mengata juga?
Untuk pengetahuan semua kan saya teringin sangat kerja dekat sephora sebab saya nak belajar, dan nak bantu mereka yang kurang kenyakinan supaya mereka bangkit jangan jadi macam saya.
Ini pesan saya untuk anda di luar sana. Pedulikan kata -kata manusia lahar kalau rasa selesa nak pakai turban pakai. Selesa nak pakai selipar pakai, selesai nak pakai kasut tinggi pakai.
Jangan sesekali ikut orang ikut diri kita. Nak makan apa -apa makan jangan ikut mulut orang, mulut dia boleh je suap apa saja.
Tapi mulut kita dia kawal hello!!! BUKAN DUIT KAU PUN AKU MINTA KALAU AKU NAK MAKAN PUN!!! Sayang diri kamu sendiri sebelum kamu nak minta orang lain sayang kamu sebab kalau kita tak sayang diri kita siapa lagi nak sayang?.
Tak payahlah nak cedera kan diri, bunuh diri bagaikan. Tak ada guna pun kan!! So ikut rule kita jangan ikut rule orang. Jangan sesekali ikut orang, ikut diri kita sendiri.
Kalau kita tak pandai tak semestinya kita tak dapat balas jasa parents kita, banyak benda yang kita boleh balas jaga parents kita.
Okay itu sajalah saya nak menulis maaflah kalau tulisan melalut sikit haha…
TO ALL HUMAN IN THE WOLD NO METTER WHO ARE YOU… YOU ARE SPECIAL AND BEAUTY :)
Assalamualaikum LOVE AND BEAUTY
– Amelia Farah87 (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit