Saat mak ayah kata “ayah dah bank in’’ ,’’Mak dah bank in’’, senyum tak sudah sebab mula lah terfikir,mula lah plan nak makan sedap,nak tgk wayang,nak karaoke,beli baju baru,bayar yuran,beli topup dan byk lagi. Tapi dalam senyum kita pernah tak sekali kita cuba tanya pada diri, cukup kah duit belanja mereka hingga hujung bulan,cukupkah keperluan makan mereka, cukupkah utk menanggung adik beradik yang lain,cukupkah untuk lunas kan bil-bil yang lain,cukup tak beli ubat2 mereka?? Mungkin mereka tidak pernah nyatakan semua itu kerana cukuplah anak mereka serba serbi cukup. Saat mereka berjalan ke bank untuk bagi anda duit poket,mereka dah fikir mcm mana nak tampung belanja minggu2 hadapan.
Sanggup mak ayah ikat perut sebab ingin melihat anak nya kenyang .Sanggup mak ayah memakai baju lusuh yang x pernah bertukar bertahun2 sebab ingin melihat anaknya cantik dan ikut trend.Sanggup mak ayah meminjam duit dekat kawan2 semata2 memenuhi kehendak kita.
Sanggup Mak Ayah makan nasi dengan telur sahaja supaya anaknya boleh makan sedap.Sampai lusuh Dompet Mak Ayah tak bertukar2 demi kita..Allahu!! Mak Ayah mana nak meluah segala derita yang mereka tempuh selama membesarkan kita.Mak Ayah mana nak biar anaknya yang menanggung beban mereka .Tak ada Mak Ayah yang sanggup melihat anaknya hidup susah. Cukuplah mereka tahu anak mereka bahagia atas titik peluh mereka sendiri.
Cuba sekali kita tanya kan pada mereka ‘’Mak , duit belanja mak ada tak bulan ni “ ‘’Ayah, Duit makan ,duit minyak cukup tak untuk bulan ni’’ ‘’Mak Ayah sihat tak?,ubatan cukup tak’’..cuba sekali sahaja. Ada mak ayah yang akan cakap tidak cukup tapi mereka tidak meminta pada anak2 nya,.ada yang berkata ‘’cukup nak’’ tapi berikat perut hingga hari gaji. SubhanAllah,besar sebenarnya pengorbanan mereka.
Mungkin bagi kita RM100/RM200 itu sikit nilainya ,tapi bagi Mak Ayah kita,mereka berfikir separuh mati mana nak cari duit lagi untuk di hari depan.
Mungkin sekarang kita tak faham pengorbanan mereka, Suatu hari nanti kita akan merasa kerana hidup itu seakan Roda yang berputar.Hargai mereka selagi mereka ada.Hargai tidak bermakna anda harus mengahadiahkan sebiji Banglo untuk mereka,tidak perlu kereta mewah,cukup ada bersama mereka selamanya.
– Ms Alam Maya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit