Bismillahirahmanirrohim.. Saya ada cerita tentang perngorbanan seorang kakak sulung demi keluarganya tapi untuk diri dia tak pernah pun kakak sulung ni rasa difahami dan dihargai.
Tujuan saya menceritakan hanyalah sekadar meluah cerita yang terpendam mungkin tidak mampu mengubah apa – apa.
Saya seorang kakak sulung dalam 3 adik beradik. Mungkin bagi ibu bapa saya mereka sudah banyak berkorban membuang duit demi saya untuk membesarkan saya, kerana itu yang selalu mom saya katakan dan setiap kali itu saya hanya mampu terdiam akur dengan itu.
Padahal sebenarnya itu adalah tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa. Saya pernah diuji sakit kerana buatan orang selalu histeria itu ujian saya saya akur akan ketentuan tuhan saya redha atas segala kesakitan yang saya rasa dan alami.
Tapi yang saya terkilan pernah ibu bapa saya mengatakan saya ini menyusahkan mereka kerana banyak duit mereta telah keluarkan kerana saya
. Saya buntu ketika itu apa lah daya saya itu adalah kententuan takdir ujian buat saya dan juga keluarga sebenarnya
Tapi bagaimana seorang ibu dan bapa boleh mengeluarkan kata-kata seperti itu.
Apa lah daya saya untuk melawan takdir tuhan lalu apa juga daya saya untuk menyusahkan kedua ibu bapa saya sehingga pernah saya koma kerana terlalu down untuk meneruskan kehidupan
Saya merasakan seperti diri saya bermasalah dengan kehadiran saya membebankan keluarga. Saya selalu mencuba untuk menjadi kakak dan anak yang terbaik buat keluarga. Saya sentiasa cuba untuk menghargai keluarga saya
Di masa hari ulang tahun kelahiran adik-adik atau ibu bapa saya cuba memberi hadiah. Di masa hari ibu atau hari bapa saya akan memberi mereka penghargaan walaupun ketika saya berkerja jauh.
Saya tidak kesah jika saya tidak mendapatkan penghargaan sedemikian. Cuma saya terkilan adik-adik saya selalu minta duit mesti akan dapat walaupun mereka berleter tapi masih menjaga hati tanpa mengeluarkan kata merendahkan
Saya hairan kenapa ibu bapa selalu manjakan anak-anak lelaki berbanding kakak sulung saya dari kecil diajar dengan keras untuk sentiasa berdikari, terlihat sempurna dan memenuhi keperluan keluarga. Sedangkan adik-adik tiada satu pun yang saya nampak membantu
Dahulu ibu bapa selalu mengunakan ajaran seperti seorang kakak harus mengalah dengan adik-adik. Saya rasa ajaran itu tidaklah releven lagi kerana jika salah adik sendiri kakak juga dipersalahkan itu menjadikan perkara tidak adil terhadap kakak.
Sepatutnya jika salah adik adik yang harus dimarahi agar dia belajar bertanggungjawab terhadap kesalahan sendiri
Dengan cara itu saya dibesarkan dengan seorang yang damage saya tiada banyak kawan rapat apa berlaku saya selalu pendam dan hadap sendiri kerana terbiasa dengan itu. Saya pun tak tahu cerita ini tak akan ada kesudahan melainkan kesedaran ibu bapa saya sendiri.
Oleh itu saya mahu sesiapa yang membaca jika kamu adalah seorang ibu bapa atau bakal, penting untuk membesarkan anak dengan cara keadilan buang ego dan betulkan niat,
Sesungguhnya seorang anak itu adalah pemberian tuhan untuk kita hargai, bukan hanya tahu memberi makan minum tetapi kita sebagai ibu bapa harus menjaga adap juga pertuturan kita terhadap anak.
Hargailah anak sulung kerana bila ibu bapa itu berkahwin penantian yang mereka nantikan dulu adalah anak belajar menghargai moment ketika ingin mendapatkan si sulung.
Buat mereka yang belum berkawin jadikan rumahtangga untuk dibina itu paling utama adalah tanggungjawab dan persedian kita terhadap rumahtangga
Rumahtangga yang besedia adalah rumah yang teratur. Jangan biarkan segalanya terjadi salah kita sendiri kita jadikan itu adalah beban kepada anak.
Sekian saja luahan cerita saya mungkin ini tiada dapat mengubah apa-apa setidaknya mengubah mereka yang membaca tulisan saya ini. Semoga kalian hidup berumahtangga dengan adil, bijak dan sabar.
Akhir sekali belajarlah terima takdir anak-anak wahai ibu bapa tambahan lagi si sulung walaupun dia sulung dia tak perlu untuk menjadi sempurna sesuai keinginan ibu bapa itu.
Biarlah dia terbang bebas menjadi diri dia sendiri tugasmu ibu dan bapa hanya pantau dan membantu dengan ikhlas.
Sekian dari saya Moshi (ambilan nama kucing kesayangan) semoga yang sakit zahir atau batin akan segera sembuh. Takdir kau begitu mungkin untuk menjadikan kau kuat dan hebat kedepan nanti hebat disisi tuhan.
– Moshi (nama kucing saya) (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit