Salam semua. aku Ly. baru je habis belajar ogos 2016. sampai sekarang aku tak dapat kerja lagi. belum rezeki. Masa aku taip ni, aku otw naik bas ke TBS. Sekarang dalam jam 11.40 malam.
Nak kata memilih kerja tu, takde la sangat. dalam jobstreet tu aku isi je semua sama ada yang berkaitan ataupun sipi2 berkait dengan kos aku. memang susah. chance untuk profail jbstreet di-review memang kurang, apatah lagi untuk dipanggil temuduga. setakat ni boleh dibilang dengan jari berapa bnyak iv yg aku dapat dari jobstreet. tapi belum rezki lagi.
aku ada sorang kawan. nama dia Tee (bkn nama sebenar). Tee dengan aku memang rapat, cuma dia habis awal 2 sem kemudian sambung master. Apa2 masalah selalu Tee bantu aku. Selalu jugak aku mintak bantuan dengan dia untuk hntarkan aku iv. minyak aku tong la semua. aku tak kisah sangat nak isi full sebab aku tau tu tanggungjawab aku. terima kasih Tee. Cuma baru2 ni, aku dapat iv di Klang. gigih juga kami survey kawasan sehari sebelum iv aku berlangsung. Jarak dari rumah sewa Tee ke tempat iv aku ada la dalam 40km+++. naik motor je beb. lalu highway.
********
Hari iv aku berlangsung, pagi tu hujan. kami terpaksa berteduh bawah jambatan highway. basah tak payah cerita lah. sampai ke klang utk iv pun lewat 15 minit. mujur interviewer tu tak marah dan faham keadaan aku.
Lepas sesi iv, maka tibalah bahagian expected salary. gaji yang ditawarkan tak setimpal langsung dengan degree yang aku ada. bila aku kira balik, gaji aku xdpt support untuk sebulan. even makan sekali sehari pun tak dapat buat simpanan. common sense. bukan nak memilih. tapi bayangkan dia kata aku fresh grad layak dapat gaji ni. take it or leave it. aku hampa. datang jauh2 cuma untuk benda ni je? last2 aku blah terus. kecewa.
aku cerita benda ni pada Tee. full dari A to Z. Aku tak tipu semua. Sebab aku ni jujur dan tak suka tipu, walau benda tu pahit sekalipun aku tetap takkan tipu. aku cakap kat Tee aku tolak offer tu. aku lihat riak mukanya berubah. aku faham perasaan Tee. ye lah, dah bawak jauh2 ke klang lepastu aku reject offer tu.
malam tu, aku tidur bilik Tee. cuma kami tak bercakap banyak pun. berkali kali aku mohon maaf tapi dia cuma mengiyakan je. tampak riak mukanya seperti kecewa. aku sedar sebab apa. aku balik ke kampung pun dia hantar ke tbs. cuma riak wajahnya macam tak seperti dulu.
after few days, aku dapat offer iv lagi. kali ni berdekatan dengan kawasan Tee. aku tebalkan muka minta tolong ihsan Tee untuk hntar aku ke iv. Aku cuma dapat balasan dingin je huhu. Cuma dia kata tak pasti sama ada hari isnin tu dia available atau tak. nanti dia wasap balik. 3 hari juga aku tunggu dia balas. namun tiada jawapan. Mungkin bizi dengan kerja master nya kot.
Pukul 1130pg nanti aku ada iv. ya aku tidur di TBS, solat di TBS, Mandi dan makan juga di TBS. terima kasih pokjib sebab sediakan kemudahan TBS ni. Dah macam orang gelandang, tapi aku terpaksa sebab aku malu nak minta tolong pada sesiapa. kepada Tee, maafkan aku sebab buatkan kau kecewa. Keadaan tak mengizinkan waktu tu. kalau aku terima pun offer tu, kemungkinan lepas 15 hari aku terpaksa makan pasir dengan salary yg tak berpatutan tu.
Kepada pembaca confession ni, hargailah kawan2 anda. huhu.
Doakan aku dan para fresh grad lain dapat kerja, guys! amin.
– Ly
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit