Assalamualaikum para pembaca IIUM Confession sekalian. Harini saya nak cerita serba sedikit mengenai seorang kawan saya yang bernama Ain.
Dia seorang yang sangat baik hati dan dia juga telah mengajar saya apa itu erti kebahagiaan dan kehidupan yang sebenar.
Ain lebih muda setahun daripada saya. Umur saya 18 dan umur dia 17.
Sebenarnya kami mula berkenalan dari awal tahun 2022 melalui satu aplikasi. Alhamdulillah dengan izin Allah, kami masih berkawan sehingga hari ini.
Kami takdelah berhubung setiap hari. Tapi yang pastinya, setiap minggu kami akan berhubung melalui aplikasi WhatsApp dan kadang-kadang juga melalui aplikasi TikTok.
Saya terus terang yang Ain memang seorang yang hebat, pandai, cantik, comel, bertanggungjawab dan rajin dalam melakukan sesuatu perkara. Senang boleh dikatakan dia seorang yang sempurna di mata saya.
Pernah juga kami meluangkan masa bersama dengan melayan movie yang menarik melalui aplikasi Google Meet.
Ain juga pernah menemani dan mengajar saya untuk study subjek yang saya lemah.
Bukan itu sahaja, dia banyak bagi kata-kata semangat dan juga nasihat kepada saya. Disebabkan dia lah saya dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
Saya sangat suka dengan cara dia melayan saya. Walaupun kadang-kadang dia busy, dia tetap ada masa untuk melayan saya. Saya rasa bersyukur sangat-sangat sebab dapat berkawan dengan dia.
Jika Ain membaca luahan saya ni, saya nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab sudi berkawan dengan saya walaupun secara online.
Saya juga mendoakan agar dia berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang akan tiba tidak lama lagi.
Sebagai penutup, saya nak beri sedikit nasihat kepada para pembaca IIUM Confession sekalian. Allah hadirkan seseorang dalam hidup kita ni mesti bersebab. Tak kiralah dengan cara apa pun. Pasti bersebab.
Jika kita dah jumpa seseorang yang dapat memahami kita, hargailah dia selagi dia masih ada bersama kita. Jangan sia-siakan segala usaha dia.
Kalau boleh kita kena balas jasa baik dia sebab buat baik dibalas baik. Buat jahat jangan sesekali ye!
Setakat ni je lah cerita yang saya nak sampaikan.
Kepada sesiapa yang membaca kisah hidup saya ni, saya doakan agar dipermudahkan segala urusan dan diberkati oleh Allah SWT. InshaAllah, aamiin ya rabbal alamin.
Terima kasih semua :)
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit