Tulisan ni sepenuhnya dari seorang lelaki kepada lelaki yang lain. Terima kasih admin kalau sudi siarkan.
Point yang saya nak sampaikan adalah tolong hargai wanita dalam hidup kita. Kerana jasa dan pengorbanan tu kita jarang nampak.
Sama macam aku la. Selama ni hidup semua benda tersiap sedia depan mata. Semua benda mak uruskan. Nak apa pun tau mintak ja. Tak pernah buat sendiri. Tak pernah tahu penat lelah seorang wanita uruskan rumah.
Bila datang satu keadaan semua tugas tu aku kena ambik alih. Ya Allah, penatnya tak terkata. Rasa macam baru sikit ja buat kerja rumah. Tapi letihnya..
Al kisahnya kat rumah aku tinggal dengan mak ja. Adik beradik lain dah kahwin duduk asing. Aku ni bangun pagi nak pergi kerja dekat 7.30. Mandi makan pi kerja. Balik pukul 6..
Then, lepak main game tengok tv. Mak buat air minum petang. Pastu nanti mak hidang makan malam. Lepas tu keluar pergi lepak dengan member2. Balik rumah dekat 11 atau 12 dah.. Lepas tu tidur. Tu la rutin aku.
Satu hari mak kena operation mata. So mak tak boleh buat kerja apa pun. Kena banyak rehat. Kakak ada la ajak mak duduk dengan dia tapi mak tak nak.
Sebab aku dengan belagaknya kata aku boleh uruskan rumah. Takat nak masak, basuh baju kemas rumah. Small matter la kununnya. Lagi pun untuk kami 2 orang ja. So aku rasa aku boleh ja jaga mak dan uruskan rumah.
Tapi tak semudah kata2 rupanya. 6 petang aku balik kerja. Mak suruh siram pokok bunga. Lepas tu kutip baju2 dalam ampaian. Kalau baju kotor banyak, balik petang tu masuk mesin. Esok pagi jemur. Tak pun esok pagi basuh, sidai baru pi kerja.
Lepas tu siapkan bahan2 untuk makan malam. Mak la ajar nak masak apa semua. Takat ni baru belajar masak simple2. Tu pun terkapai2 jugak. Kena marah dengan mak berbakul2 dah.
Habis siap masak.. Kerja paling leceh nak basuh segala periuk belanga tok nenek. Nak kena sental dengan dawai.
Lepas tu kena sapu dapur. Kena mop. Lap meja. Kemas segala benda.. Dapur gas tu lap bagi kilat. Cuci sikni.. Lepas tu duduk makan dah dekat pukul 9.
Setiap hari 9.30 atau 10 malam baru aku mandi. Lepas tu ingat lega dah. Dah settle kerja. Baru nak baring.
Tu, kain baju berlonggok atas kusyen.. Kena lipat semua. Mai malas tu memang lipat sikit2 saja la. Kena bising dengan mak tu biasa dah. Kalau nak settle hari tu jugak, dekat pukul 12 baru habis.
Esok pagi pukul 6 kena bangun dah. Masak nasi untuk mak nak makan tengahari.. Sebab alang2 masak aku bawak bekal terus.
Buat sarapan simple2 ja pun. Takat roti bakar macam tu la.. Tu pun terbakar tangan.. Kalau ada lebihan lauk semalam perhangat. Kalau takda lauk, malam semalam tu nak kena potong bawang apa semua siap2 dah.
Tengok la nak masak apa. Ikan ka ayam ka. Semua tu kena ready siap2 malam tu. Esok pagi tunggu masak ja.
Dah settle semua pi mandi.. Baru tengok, baju kerja tak iron.. Ya Allah stressnya iron baju ni ye. Selalu rasa nak iron siap2 untuk seminggu. Tapi mai malas tu. Tak boleh nak kata apa. Selama ni baju mak iron siap, kita tau pakai ja.
Dah siap iron baju, gerak pergi kerja. Sampai office tercungap2 dah. Kena buat kerja pejabat pulak. Kena maki kena sindir macam2 la masalah tempat kerja pulak nak hadap.
Balik pukul 6, kena singah supermarket atau pasar malam. Beli barang basah nak masak satgi. Ikan bawang, sayur. Balik rumah kena siang segala barang basah tu.
Lepas tu cuci bersih2 ikan ayam masuk dalam tupperware, letak dalam peti ais.. Lepas tu bermula la tugas sebagai chef. Ni dah 2 bulan dah aku buat semua kerja.
Masih terkapai2 jugak nak biasakan diri. Tu tak cerita bab cuci tandas.. Rumah hari2 kena mop sapu rumah. Buang sampah. Cakar halaman rumah. Tukar sarung kusyen, langsir.
Kutip sayur2 kat kebun mak. Dan macam2 lagi la. Tu belum cerita kalau tetamu mai. Nak kena bancuh teh seteko.
Tak dapat bayangkan selama ni mak yang buat semua tu sorang2. Orang perempuan memang hebat. Sebab tu Allah bagi orang perempuan ja beranak.
Tambah2 zaman mak aku, cuci baju guna tangan. Dengan anak ramai.. Mak pun dulu kerja. Masa mengandung pun mak kerja berat. Aku sejak ambil alih semua2 ni.. Nak tengok hp pun tak dak masa.
Sebab habis semua kerja hanya fikir baring nak relax, memang terus tertidur.. Terlalu letih. So terbayang jugak perempuan2 yang bekerja balik rumah nak kena buat rutin yang aku buat pasti sangat penat.
Tambah kalau ada anak. Nak tengok anak lagi. Tu belum lagi laki ajak main pulak. Aku sejak buat kerja2 rumah ni, memang terfikir kalau aku suami sekali pun, aku tak mood nak main dah. Sebab asal baring memang nak tido. Letih ooo. Aku rasa off tenaga untuk benda tu.
Kekuatan orang perempuan memang luar biasa kan. Selama ni asal mak masak tak berapa sedap tau nak complain ja.. Bila dah masak sendiri baru faham erti bersyukur ada makan pun lega dah.
Baru faham bila orang complain masakan kita tak sedap macam mana rasa. Baru faham semua kerja tu berat walaupun nampak ringan.
Mungkin ramai laki lain tak macam aku.. Mungkin masih ramai lelaki yang ambik part ringankan kerja orang perempuan dalam rumah. Tapi buat laki2 yang pernah hidup macam aku ni.
Kalau tak membantu pun tak pa, tapi jangan la kondem kerja depa atau masakan depa.. Kalau boleh cuba la bantu2 kerja rumah.
Kita tak rasa apa orang lain rasa selagi tak duduk di kasut orang. Apa yang berlaku ni buatkan aku lebih hargai perempuan. Aku lebih hargai apa pun kerja yang orang lain buat. Aku dah faham beratnya tugasan dalam rumah.
Oh ya, kesian orang perempuan walaupun period, sakit sengugut, tapi tetap kena jalankan tanggungjawab pada keluarga. Kurang2 aku laki tak rasa semua tu.
Aku terbayang zaman2 perempuan kahwin dapat mak mertua kejam. Mesti sengsara hidup dalam keletihan, kesakitan dan kesedihan itu.
Akhir kata, hats off dan tabik spring buat semua wanita yang berkerjaya atau bergelar surirumah atas tanggungjawab anda pada keluarga. Home is not home without women.
Patut la dalam dunia ada hari wanita, tapi tak dak hari lelaki. Semoga Allah berikan syurga yang tertinggi buat semua.
– Zam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
❤❤❤
En Zam, acik nasihatkan, bila dh kawen nnti, ringan2kan la diri utk tlg isteri ya. Apa2 je yg mampu awak tolong. Dan bila dh ada anak, ajar la kemahiran hidup kpd mereka, tak kira ank lelaki atau pompuan. Tak rugi org lelaki pandai uruskan rumah tangga ni…