Assalammualaikum semua.
Terima kasih kalau luahan ni keluar di IIUM Confession, sebab saya dah tak boleh sabar dah. Maaf kalau bahasa agak kasar.
Aku penat kerja, cari rezeki, tapi? Aku tak minta lebih punlah!! Aku nak isteri saja! Isteri yang aku akad nikah sayang aku, jaga aku, salah ke?
Isteri kena tahu, hanya satu sahaja yang lelaki nak dan benda itu sahaja yg boleh melengkapkan semuanya.
Terseksa dan sabarnya aku cuba bertahan dan bertahan, hanya Allah SWT yang tahu tahap kesabaran aku.
Ye, isteri itu punca rezeki kena jaga perasaan isteri. Bagaimana pula dengan suami? Tak ada perasaan? Bukan manusia? Binatang?
Bagaimana pula dengan tugas isteri untuk melayan suami yang balik dari kerja?
Bukan suami balik kerja tapi muram isteri, tarik muka isteri, merajuk isteri yang suami nak hadap selepas melalui hari yang memenatkan.
Aku tahu dia buat kerja rumah basuh baju, basuh pinggan, bagi makan anak tapi aku awal-awal dah cakap, tak larat tak apa nanti aku buat.
Sudahnya, sama ja. Handphone?. Bangun pukul 11-12 tengahari? Aku dah cuba bantu apa yang boleh tapi.. tetap sama. Bukannya aku pemalas tak urus anak tak urus benda lain.
Tugas isteri kat rumah?
Aku tak minta dia buat kerja berat tapi dia sendiri nak buat dan aku cuba hargai dengan belanja makan, nak bawa keluar, beli baju baru, beli seluar baru tapi dia tak nak,
Aku pula berpegang pada isteri tu salah satu punca rezeki, jangan kedekut dengan isteri tapi yang ini lain jadinya.
Jadi? Aku salah ke? Aku suruh kerja balik, tak nak. Aku cakap its ok. So salah aku lagi?
Bertapa sunyi nya aku sebagai seorang suami. Bila aku tegur, bila aku ajak bincang, merajuk. Aku pujuk sehari dua belum tentu elok. Last-last aku sebagai suami, ketua keluarga?
Jadi hampas? Sampah? Aku curang? Hmm.. Tak apa lantak nak pikir apa. Aku memang nak anak, tapi sebab benda ni maaf aku fobia nak kawin lagi andai hubungan aku ni…
Tapi aku masih sabar. Entahlah, aku pula dah jadi biasa untuk tak bercakap apatah lagi isteri lebih selesa 8 jam dengan telefon bimbit (teknologi).
Sejujurnya, ego seorang suami aku buang jauh-jauh sehinggalah hari ni tiba-tiba aku meletup. Aku buang ego aku untuk isteri aku, isteri aku.
Tapi.. Allahuakbar. Dulu, aku selalu pujuk hati sabar nanti eloklah tu. Cuma kali ni hati aku langsung tak terdetik apa-apa. Apakah hilangnya rasa sayang aku pada isteri?
Sedarlah wanita oi. Jaga suami korang baik-baik. Tak jaga baik-baik kena sondol memekak, merayu, marketing bagai. Hargai betul-betul.
Kadang ada yang setia gila tapi sayang nya wanita pula buat hal. Kalau layan pun macam tak layan, komunikasi pun ada tak ada so untuk apa kawin? Untuk bebas dari kongkongan mak ayah?
Tak apalah. Biarlah jasad dalam rumah ada dua tapi bercakapnya seorang, lama-lama usaha untuk pulihkan keadaan dalam masa 4,5 tahun lamanya usia pernikahan ni, ada tak ada ja.
Hmm.. Tak apa. Sebab bagi aku, cukuplah Allah SWT sentiasa ada untuk aku sejak kami tak bercakap ni.
Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik untuk aku sekarang ni. Aku rasa lebih ok bila aku dekatkan diri pada Allah SWT. Dengan isteri?
Biarlah masa menentukan, semoga Allah sedarkan.. Duhai semua isteri, harap sempatlah minta maaf dengan suami sebelum terlambat.
Tamat..
– Tiada Nama (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit