Assalamualaikum dan selamat pagi..
Terima kasih pada iium confession sekiranya tulisan ini di siarkan.
Nama samaran di beri Izz..
Ku tulis coretan ini saat hati ini tidak keruan. Pelbagai perasaan muncul di kala ini. Baru ku sudahi wajah ini dengan wudhuk memohon kekuatan dariNya agar di berikan kesabaran di dalam hari-hari yang mendatang.
Hari-hari yang berlalu begitu perit dan pedih.. Aku kehilangan mak ayah dengan begitu cepat saat diri ini masih menimba ilmu untuk di jadikan sebagai amalan hari mendatang..
Abah.. perginya kerana penyakit yang tiba-tiba datang menyerang.. Tidak sampai tempoh 2 bulan dia pergi meninggalkan kami selama-lamanya.. Kali terakhir aku sempat mencium pipinya yang terasa begitu lembut dan rasa itu masih ada saat ini walaupun setahun telah berlalu.. Dia sempat menghantar aku dengan ekoran matanya untuk aku berangkat ke universiti seminggu sebelun dia Pergi..
Alhamdulillah.. Allah memberikan aku kesempatan untuk menjaganya saat dia mula sakit ketika aku cuti semestar. Nikmat yang tak terhingga Allah berikan pada aku peluang untuk berbakti pada abah buat kali terakhirnya..
Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Percayalah dan yakinlah pada kuasa Allah yang menjadikan setiap sesuatu bersesuai dengan hambaNya.. Hal ini kerana sebelum abah mula sakit, aku di reject untuk menyertai PALAPES kerana ketinggianku tiada memenuhi kriteria yg di syaratkan.. Sungguh hati siapa tidak sedih, selepas menjalani beberapa latihan yg agak mencabar spt side roll, dsb last2 baru dapat tahu ketingian tidak cukup..
Sungguh saat dapat jaga abah ketika sakit, baru ku sedari betapa syukurnya aku tidak dpt join PALAPES.. kalau x, saat cuti semestar, mesti kena p kem..
Tapi ujian bukan hanya kat situ, saat ibuku di tarik kembali ke pangkuan penciptaNya.. Tidak sampai tempoh setahun, ibu ku pula tiada..
Kadang2 timbul persoalan, adakah Tuhan itu Adil? Mengujiku saat aku dalam kebuntuan..
Allahu.. Allah Maha Adil..
Menguji hambanya sesuai dengan kemampuannya..
Hati ini sedih perit.. menjalani hari2 yg berlalu tanpa mak ayah di sisi..
Seolah2 yg tinggal hanya jasad tanpa roh.. Tiada apa.. Tiada mereka tiada lah kita.. Hargailah dan berbaktilah pada ibu bapa yg masih ada..
Di saat mereka pergi, mereka tidak akan kembali.. Tiada apa yg mampu mengembalikan mereka..
Tiada lagi nasihat, teguran, bebelan..
Hormati dan sanjungilah mereka..
Jangan engkau menyesal di kemudian hari.. Kesakitan dan keperitan yg tidak dapat diungkap saat kau kehilangan mak ayah dan hanya engkau sensorang perlu survive dalam dunia ini..
Diri ini tiada apa2 tanpa mereka di sisi..
Sayangilah..peluk dan cium lah selagi mereka masih hidup..
Aku hanya menghitung hari saat aku juga akan kembali pada penciptaku..
Al fatihah buat arwah ma dan abah.
– Izz
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit