Hari Bahagia Aku Nanti

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku seorang laki-laki yang bekerja di Kuala Lumpur dan berumur 26 tahun. Alhamdulillah, aku dikurniakan keluarga yang sangat supportive dan bahagia. Mak ayah yang sangat memahami dan penyayang.

Aku nak bercerita sikit pasal persepsi aku terhadap perkahwinan. Memang orang akan cakap kalau kahwin awal ni gelojoh dan tak payah nak tergopoh gapah sangat, sebab kehidupan ni bukan pasal kahwin je. Ye aku faham, kat sini aku nak ceritakan kenapa aku nak kahwin awal. Mungkin diakhir penceritaan aku, akan aku terima kritikkan negatif. Aku faham jodoh dan ajal semua terletak di tangan tuhan, kita cuma merancang dan tuhan juga menentukan segalanya. Kalau dah sampai ajal, orang pakai helmet naik kereta kebal sekali pun boleh meninggal, kan?

Aku cuma berharap pada hari bahagia aku nanti, semua orang yang aku sayang ada pada hari tersebut. Aku nak atuk aku ada masa hari perkahwinan aku, atuk aku yang masa aku kecik-kecik dulu selalu bawak aku pergi ladang tengok lembu. Aku nak semua mak cik, pak cik aku ada masa hari perkahwinan aku. Aku tak bersedia nak kehilangan orang yang aku sayang dan orang yang aku sayang tak ada masa hari perkahwinan aku nanti.

Baru baru ni, mak cik aku ada tanya aku ” A, bila nak kahwin? jangan lambat lambat sangat, takut mak cik tak sempat nak tengok kau bersanding, mak cik tak lama je lagi dah tutup mata.”Wallahu, sebak weh aku masa tu. Kalau boleh memang aku nak semua orang ada time aku kahwin, aku tak kisah lah bila, asalkan masa aku kat atas pelamin, aku boleh senyum dan aku boleh tegur sorang sorang, tok wan, pak long, mak long, pak ngah, mak ngah, cik ya, hahahahaha. Jenuh nak tulis semua kan, nanti korang cakap memang nak mention semua orang pun. Memang kalau boleh aku nak semua orang sempat tengok aku bersanding.

Sampai hari ini, dah beberapa orang yang aku sayang pergi mengadap Maha Pencipta, aku redha. Doakan arwah tenang di sana, Al-Fatihah. Kalau boleh memang aku nak sangat arwah ada masa hari persandingan aku nanti, kalau teringat memang aku rindu dan kadang kadang tak sedar mengalir je air mata aku.

Arwah “Mak Cik”, yang sepanjang aku kenal dia, dia tak pernah marah dan tak pernah complain, senyum je manjang, mana nak cari orang macam arwah, memang one in a million lah. Arwah juga lah orang yang ajar aku naik motor yang sampai sekarang aku pandai bawak,haha. Arwah “Mak Cik” ni cancer fighter for a quite long time dan aku sangat bangga dengan arwah. Aku ingat lagi aku melawat arwah hari Khamis, arwah senyum dan bersembang dengan aku macam tak ada apa, walhal aku tahu arwah tengah tahan sakit.

Keesokan harinya, masa aku tengah kelas, aku dapat call daripada mak aku, yang arwah tenat, aku minta excuse dan terus ke HKL. Sampai je di HKL, aku dengar di masjid HKL betul betul dah habis khutbah dan bersiap sedia untuk solat Jumaat, aku solat dulu. Dah selesai solat, aku terus lari ke wad arwah, mak cik aku cakap arwah beberapa minit lepas baru pergi mengadap Maha Pencipta, air mata aku masa tu tak payah cakap lah, memang macam air pili bomba.

Yang kedua, arwah “Chik” yang tiap kali aku balik Kelantan, dia akan pastikan Milo dekat rumah dia ada stock dan tak expired. Walaupun, dia bukan minum pun Milo, nampak tak dia punya mengalu alukan kedatangan aku dan keluarga aku setiap kali balik Kelantan, rindunya. Mungkin niat aku nak kahwin awal ni salah, dan mungkin sebab itu sampai sekarang aku tak kahwin kahwin, Wallahualam.

Akhir sekali, aku harap korang doakan aku yang baik baik. Dan persepsi terhadap kahwin awal setiap orang memang berlainan, maaf kalau karangan ini tunggang terbalik atau ada mengguris hati siapa, tujuan aku hanya berkongsi persepsi aku. Terima kasih.

– A

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *