Assalammualaikum semua. Harap pembaca semua dalam lindungan Allah selalu.
Aku selalunya silent reader sahaja dekat page ni. Kadang2 ada juga tinggalkan komen membina/mengecam mengikut keadaan tapi sebabkan harini Johor cuaca tengah hujan renyaic sesuai lah untuk aku luahkan sedikit apa yang aku pendam.
Bulan ni bulan konvo kan. Rata-rata aku tengok gambar konvo, berita konvo dan FYP semua kebanyakan tentang konvo. Alhamdulillah tahniah adik adik semua.
Oh lupa nak kenalkan samaran diri aku dalam ni. Aku Pudina, dan tahun depan menginjak 30an. Sudah berkahwin, ada anak satu.
Aku dari keluarga yang tidaklah miskin tidaklah sederhana dah jauh sekali kaya, haha. Ada waktu mungkin mengikat perut, mengira syiling, menunggu gaji. Ada hari aku beli mixue hari hari hehe.
Aku bekerja dalam sektor gov (bawahan) sama seperti suami aku. Itu pun baru tahun ni aku dapat rezeki selepas bertahun berhempas pulas kerja dalam sektor swasta (bawahan).
Aku pernah jadi cashier, cleaner, waiter, clinic assistant. Resume aku panjang dengan pengalaman tapi gaji aku takpernah panjang HAHAHA. Tapi tetap, alhamdulillah.
Ada sebab aku cerita tentang di atas tu. Aku, tak merasa konvo. Aku tak habis belajar di universiti.
Keputusan aku sangat baik (7A) dan dapat melanjutkan pelajaran ke uni awam namun aku tak dapat berjuang hingga akhir. Aku tercicir di hujung atas masalah kewangan dan masalah mental. Sayang bukan?
Hingga hari ini, bila orang post mereka tengah konvo ada rasa tergores, pedih dan luka sebab aku sedar yang aku boleh merasa tu semua jika aku usaha lebih.
Tapi sebab aku kalah dengan keadaan waktu itu, aku tak dapat genggam segulung skrol untuk aku hadiahkan pada ibu ayah aku.
Melihat kalian memakaikan jubah pada ibu ayah kalian, melihat mereka menangis kegembiraan, melihat kalian bergambar dengan segak dan cantik buatkan aku kecewa dengan diri sendiri. Aku pun nak juga buat ibu ayah aku bangga.
Kesian kan ibu ayah aku. Penat penat mereka hantar aku belajar sejak kecil hujung2 begini akhirnya. Aku tak dapat balas apa-apa.
Hingga kini, aku tak sama macam orang lain. Yang keluarganya rapat, yang mampu hadiahkan macam2 buat ibu ayah. Mungkin mereka kecewa ada anak yang gagal seperti aku. Yang boleh beri nafkah beribu2 pada mereka. Yang boleh bantu adik beradik.
Aku tak mampu. Aku sendiri perlu bekerja untuk tolong suami aku kerana aku tahu yang segalanya tak cukup kalau dia seorang sahaja yang bekerja. Aku tahu aku perlu kerja untuk sediakan yang terbaik untuk anak aku.
Sebab keadaan begini juga, aku malu dengan ibu ayah aku yang offer untuk jaga cucu mereka ketika aku kerja. Aku kalau boleh tak nak penatkan ibu ayah aku lagi.
Sudahlah aku gagal menjadi anak, gagal juga menjadi ibu. Tapi mereka tetap nak jaga cucu mereka. Mungkin mereka tahu yang kalau aku jaga, aku sendiri gagal menjaga.
Kalian,
Apa silap aku ya? Mana silapnya? Apa yang aku perlu ubah pada masa silam yang sebenarnya untuk aku dapatkan kehidupan yang lebih baik?
Tapi kalian,
Bila aku fikirkan balik. Aku pun tak nak ubah masa silam aku. Aku sebenarnya okay je macam ni. Bekerja biasa, sihat tubuh badan, anak satu yang baik, ibu ayah duduk dekat, mertua yang baik. Tak ada yang aku nak ubah sebenarnya.
Cuma jauh di sudut hati aku, aku rasa dengan konvo sahaja mampu balas apa ibu ayah aku korbankan untuk aku sebelum ni. Segulung ijazah pun aku tak mampu hadiahkan, apatah lagi lain kan? Itu yang buat aku terkilan.
Apa aku menyesal? Ya dan tidak.
Aku pun tak tahu hahaha.
Maaf ya kalian, aku cuma nak meluah sambil tunggu hujan reda. Kejap lagi, aku nak kena merempit ni ambil anak kat rumah ibu ayah aku. Dalam dompet ada rm3 maybe boleh belikan pisang goreng untuk mereka. Itu jela yang aku mampu. Huhu
Doakan ibu ayah aku ya.
Aku tak perlukan doa. Sebab aku taklayak rasanya untuk didoakan. Aku cuma nak mereka bahagia meskipun bahagia tu bukan dari aku sebagai anak sulung mereka.
Terima kasih sudi baca luahan aku, moga hari korang dipermudahkan Allah ya!
Sekali lagi, tahniah pada semua graduan lama mahupun baru. Tahniah kerana dalam hidup kalian mampu banggakan ibu ayah kalian!
— Pudina, yang sering gagal.
– Pudina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salam puan.
30 tahun muda lagi. Puan kumpul duit sikit-sikit. Dah cukup, boleh try mohon degree balik. Ambil course yang kena dengan apa yg puan kerja sekarang (gov). Pengurusan ke, hr ke. Memang susah nak sambung belajar bila dah kawin dan ada anak tapi xda yang mustahil. Ramai pakcik makcik, atuk nenek yang berjaya dapat degree/master/phd di usia emas. Bila dapat degree, update dekat hrmis. Keep optimistic untuk bahagiakan ibu bapa puan. Lagi satu, puan kena percaya bahawa semua orang layak didoakan.