Aku lahir dari keluarga yang sederhana. Cukup makan, cukup pakai. Satu hari Ayah disahkan menghidap penyakit Kanser. Ayah sakit tak lama mana. Tak sampai setahun, Ayah pergi meninggalkan Mama dan kami adik beradik.
Alhamdulillah, proses pengkebumian Ayah berlangsung dengan tenang dan baik. Mama dan aku serta adik beradik yang lain redha dan terima pemergian Ayah sebab kami tak tahan melihat penderitaan Ayah.
Waktu hari pengkebumian Ayah, Mama didatangi oleh Paklong (abang sulung Ayah). Dia beri sedikit sumbangan berbentuk wang ringgit. Yang kami sekeluarga terasa dengan Paklong adalah dia panggil Mama di tengah khalayak ramai kemudian bagi sampul berisi duit. Yang lebih teruk lagi, Paklong siap mention berapa ringgit dalam tu. Korang boleh faham tak perasaan kami sekeluarga macam mana? Disaksikan oleh orang ramai yang bukan hanya sedara mara je tapi orang luar yang ziarah. Betapa terasanya Mama masa tu. Bukan nak cakap kami berlagak taknak terima bantuan. Ikutkan siapa je taknak duit yang dah terang terang depan mata?
Memang niat dia betul. Tapi takkan dia tak boleh nak fikir? Mungkin Paklong boleh panggil Mama ke dapur untuk bagi duit tu. Nak ada saksi, bawaklah pakcik pakcik aku yang lain ke? Paklong cakap duit tu adalah sebahagian dari hasil kebun arwah atok.
Cakap pasal harta. Arwah atok aku ni, dia ada kebun dan beberapa keping bendang. Memang banyak harta dia. Cukup kalau dibagi bagikan pada isteri dan anaknya 12 orang tu. Ikutkan, kalau anak meninggal sebelum si ayah meninggal automatik nama si anak tak ada dalam senarai pembahagian harta. Wallahualam. Itu apa yang aku tau lah. Kalau salah, mohon maaf dan kalau boleh comment lah dan tampilkan penjelasan korang. So, ikutkan Ayah layak dapat harta tu sedikit.
Tapi selepas Ayah meninggal takda sapa adik beradik Ayah datang melawat kami. Bertanya khabar apatah lagi. Ikutkan pakcik pakcik aku bertanggungjawab keatas aku dan adik beradik perempuan yang lain sebab mereka ni adalah wali kami selain abang aku. Beri duit hmm jauh sekali.
Segala harta semua dibolot oleh Paklong. Setiap tahun ada saja kereta yang dibeli. Siap boleh melancong sana sini. Bila makcik makcik (adik beradik Ayah) aku yang lain persoalkan tentang kekayaan Paklong, Maklong aku marah. Dia cakap tu semua pakai duit simpanan. Takda kaitan dengan hasil kebun atok.
Aku sedih dengan perangai Paklong dan isterinya. Suami isteri pangkat Haji dan Hajjah. Mana mana majlis, Paklong yang selalu mengetuai doa. Umrah jangan cakap lah, setahun sekali. Tapi tu semua hasil dari duit kebun arwah atok yang sepatutnya family aku berhak dapat sikit.
Bila aku dah besar, aku dah pandai fikir. Aku tau aku berhak untuk suarakan hak kami sekeluarga. Tapi kami takut. Ikutkan family belah Mama ada suruh Mama persoalkan hak kami sebab masa tu Mama ada anak kecik kecik lagi. Walaupun tak banyak mana tapi ianya tetap hak kami.
Adakah Paklong aku salah guna harta tu dan adakah harta yang sepatutnya jadi milik kami jadi haram pada Paklong sebab masatu kami berstatus anak yatim? Berhak ke aku suruh abang abang aku suarakan benda ni walaupun kami masing masing dah besar? Sebab kita pun tau, apa hukum makan harta anak yatim…
– King Coffee
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit