Harta Anak Yatim

Assalamualaikum dah hai para pembaca. Nama aku Jojo. Anak sulung dan aku kehilangan ayah pada tahun 2017 (tahun akhir pengajian).

Di pendekkan cerita ayah aku sakit (thyroid) dari tahun 2015. Pada tahun 2016 kesihatan ayah aku semakin merosot. Dari seorang yang sangat suka bekerja menjadi diri yang lain. Ayah aku diagnose menghadapi depression.

Akibat tidak patuh kepada pengambilan ubat, ayah aku hilang upaya untuk menguruskan diri. Sepanjang tempoh itu ibu aku menguruskan ayah aku bersama adik adik aku di rumah. Keluarga ayah aku jarang bertanya khabar ibu dan adik adik aku.

Ayah aku bijak menabung. Membeli aset seperti rumah dan tanah untuk anak-anak. Ayah aku merupakan anak sulung dari 3 beradik.

Ayah aku selalu berpesan, rumah- rumah ni untuk anak-anak abah. Nanti bila abah dah tidak ada, anak-anak abah dah ada rumah masing-masing. Abah tidak pernah mengharapkan harta tok dan tok wan untuk anak-anaknya.

Tapi sayang, Allah lebih sayangkan abah aku. Tapi yang paling aku salute adalah ibu aku. Menjaga ayah aku selama 1 bulan di hospital sendirian.

Itu pon masih difitnah oleh keluarga abah aku kerana ibu aku pulang ke rumah untuk mengambil pakaian di rumah dan sewaktu lawatan keluarga sebelah abah aku di hospital, ibu aku tiada di sisi abah.

Keluarga abah aku bukanlah susah. Tok dan tok wan aku banyak harta. Tapi harta mereka untuk anak-anak yang lain. Bukanlah untuk abah aku dan kami anak-anaknya.

Setelah abah aku meninggal pada tahun 2017, bermulalah penderitaan ibu aku. Mereka marah kerana ibu aku mendapat pampasan insurance 100k sedangkan mereka hanya mendapat 14k.

Tetapi mereka tidak pernah tanya makan minum kami setelah abah tiada. Pelajaran kami, bil-bil dan hutang-hutang abah.

Ibu aku menggunakan khidmat lawyer untuk menguruskan harta sepencarian dan faraid kerana sudah nampak tanda-tanda susah untuk berbincang.

Mereka fitnah ibu aku mengatakan ibu aku saman mereka kerana notis panggilan untuk ke mahkamah syariah adalah saman ke mahkamah.

Kami dipulaukan oleh keluarga. Mereka fitnah ibu aku kepada kaum kerabat mereka. Mereka susahkan tuntutan ibu aku.

Abah aku banyak hutang kerana semua aset di beli dengan pinjaman bank. Tapi soal hutang tiada seorang pun yang bertanya. Ibu aku terpaksa membayar beberapa hutang ayah aku sendirian kerana bunga semakin bertambah mengikut tahun.

Perjanjian demi perjanjian di buat. Akhirnya ibu aku berjaya dengan tuntutan harta sepencarian dengan syarat, mereka (keluarga abah) mendapat sebuah rumah dan mereka menolak semua tuntutan kereta (3 biji) kepada ibu aku.

Berbaki 3 buah rumah untuk di faraid, mereka masih menyulitkan urusan ibu aku. Sewaktu itu adik bongsu aku berumur 10 tahun dan adik aku yang kedua berumur 17 tahun.

Hari demi hari dan bertukar tahun, sepanjang proses itu tok, tok wan, dan mak cik aku telah meninggal dunia.

Di saat aku melihat di mana keadilan buat kami sebagai anak yatim. Maha suci Allah, setiap dari mereka tidak sempat merasa walau 1 sen pon dari harta anak yatim yang di rebutkan.

Sekarang di peringkat akhir untuk faraid abah aku, pak ngah aku pula yang menyulitkan. Dia adalah baki terakhir dari keluarga ayah aku. Telah di persetujui bahawa ibu aku akan membayar duit untuk nilai bahagian faraid yang pak ngah aku akan dapat.

Di saat akhir, pak ngah aku cakap dia tidak bersetuju kerana nanti semua harta ayah aku akan dapat kepada ibu aku dan dia tidak akan mendapat bahagian.

Selama 8 tahun ayah aku meninggal dunia, tidak pernah dia bertanya khabar kami. Makan minum kami.

Pak ngah aku bukan sebarangan orang. Kaki masjid, geng tabligh, solat sampai hitam dahi. Tapi tidak pernah pikul tanggungjawab. Masih serakah seperti tok dan tok wan aku merebut bahagian harta anak yatim.

Sekarang aku juga sudah masuk 30an. Tetapi masih belum berkahwin kerana bagi aku tiada guna berkahwin sekiranya mempunyai keluarga mertua seperti neraka.

Tidak mati seorang perempuan itu kerana tidak berkahwinkan. Aku susah tidak percaya kepada perkahwinan. Aku cuma berharap dapat bahagiakan ibu kerana terlalu banyak yang ibu aku tanggung sendirian.

Kepada semua pembaca doakan perjuangan ibu aku. Janganlah kita merebut harta anak yatim. Hidup perlu ada tanggungjawab. Tidak guna kita solat hingga hitam dahi tapi hati kita masih hitam.

Sekian.. Terima kasih kerana sudi membaca coretan ini.

– Jojo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. macam mana pak ngah kamu boleh dapat harta pusaka bapa kamu, sedang arwah bapa kamu ada anak-anak?

    • Kalau si mati bapa tiada anak lelaki, adik beradik sebelah bapa akan dapat faraid

      Kalau si mati bapa tiada anak lelaki, adik beradik sebelah bapa akan dapat faraid

      Semoga semua urusan ibu jojo dan keluarga dipermudahkan Allah. Aamiin

    • Saya ada adik bongsu lelaki. Tetapi sewaktu ayah meninggal baru 10 tahun. Sewaktu ayah meninggal, ibu, bapa, adik lelaki dan adik perempuan beliau masih hidup. Jadi mengikut hukum islam, masih ada bahagian ibu dan bapanya walaupon tanggungjawab terhadap anak-anak arwah diabaikan. Sekarang ibu, adik perempuan dan bapa arwah telah meninggal, jadi proses faraid akan menjadi berlapis dan pak ngah akan mendapat bahagian (bahagian pusaka atok dan nenek), walaupon hutang dan tanggungjawab terhadap anak-anak yatim diabaikan. Hukum islam tidak kejam sekiranya umat Islam beramal dengan ajaran yang betul tuan. Namun, dari sisi seorang anak, saya hanya melihat ketidakadilan dan tanggungjawab keluarga arwah bapa saya. Bukan rezeki keluarga saya apabila bapa meninggal dalam usia muda dan agak mengejut. Jadi hanya sebahagian harta yang sempat dihibah.

  2. Apa2 kena tegakkan hukun allah.bapa kamu meninggal dunia Dan semasa matinya Masih ada ibubapa yang Masih hidup. Di sini jelas menunjukkan mereka berhak dapat harta pusaka. Jadi kamu tidak boleh nafikan hak tu.itu ketetapan Allah. Cuma ibu kamu kena failkan permohonan kat mahksmah sebelum pengagihan harta pusaka, bahagian harta sepencarian Dan hutang2. Isu timbul sebab kamu @ ibu kamu jahil hukum faraid menyebabkan wujud tidak puashati Dan buruk sangka

    • Ibu saya tidak jahil tuan. Tapi mungkin ilmu kami tidak tinggi seperti ilmu agama tuan. Untuk pengetahuan tuan, hari ke 2 setelah kematian ayah saya, saya dan ibu telah menapak ke segenap bank untuk menyelesaikan sesegera mungkin urusan hutang dan faraid. Tapi yang menjadi persoalan sekarang adalah, mengapa mereka menyulitkan urusan ibu saya dalam mempercepatkan urusan tuntutan harta sepencarian sekali gus melewatkan urusan faraid. Mereka menyatakan urusan hutang mereka tidak mahu tahu sebab itu bukan hutang mereka. Walhal hutang juga perlu diselesaikan dahulu (faraid) sebelum waris layak mendapat hak masing-masing. Adakah maksud tuan, hutang si mati adalah urusan anak-anak dan isteri??… Kami tidak menidakkan hak mereka.. Adakah setelah meninggalnya seorang lelaki itu, anak-anak kandungnya bukan lagi keluarga atau tanggungjawab keluarganya??? Setelah kematian suami anak-anak adalah tanggungjawab si balu sahaja dan bukan tanggungjawab keluarga bapa mereka??? Tanggungjawab keluarga bapa adalah menunggu bahagian faraid sahaja ya tuan??

      Untuk pengetahuan tuan tidak semua yang saya coretkan. Coretan saya hanyalah ringkasan bukan keseluruhan. Tuntuan harta sepencarian di bantah kerana mereka menyatakan ibu saya tidak layak dan harta itu di cari oleh anak mereka bukan usaha ibu saya. Jadi di sini tuan boleh terangkan siapa yang lebih jahil agama.

  3. Bila tengok banyak harta melayu jatuh ke tgn non bumi, punca so called islam lapar harta org. Nk bahagi semua nak dpt byk kena jual, nk jual kat adik beradik nk suruh jual murah2, last jual kat non bumi. Semua pakat2 senyum dpt “habuan” tanah tergadai takpe. Duit dah habis laung pendatang amik tanah kita. Salahkan org lain selain diri sdn begitulah berulang2 sampai habis semuanya sambil laung hidup melayu, melayu terancam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *