Harta Dan Faraidh

Assalamualaikum semua pembaca setia IIUM confession. Baca tajuk je dah boleh agak kan content confession aku? Aku terpanggil untuk menulis disini hari ini disebabkan Issue yang tengah hangat sekarang ni. Issue harta dan faraidh.

Ada beberapa perkara yang aku nak share pada pembaca sedikit sebanyak pasal issue ini. Memandangkan aku pernah melalui proses ini lebih kurang 10 tahun yang lalu.

Aku wanita bekerjaya berumur 35 tahun, ada 2 orang anak perempuan cantik yang secantik mamanya. Haahaha. Kakak umur 14 tahun, Adik 12 tahun. Aku bukan janda, mahupun balu. Dalam erti kata lain, aku belum berkahwin. Dan anak2 ini adalah anak buah aku. anak2 arwah abang aku.

Ok tak perlu lebih details pasal aku. aku nak fokus pada tajuk yang ingin aku sampaikan. Aku nak share mengenai pengalaman aku melalui proses hibah, yang mungkin salah seorang dari korang juga berada dalam situasi ini.

Hibah ini terbahagi kepada 2 jenis. Hibah biasa/mutlak dan hibah bersayarat. Hibah ni yang kita tahu, adalah hadiah dari pemberi kepada penerima.

Hibah biasa/mutlak ni adalah, pemberi menghadiahkan hartanya pada penerima secara mutlak. Hibah ni, bila di gunapakai, penerima akan terus dapat harta yang dihibahkan serta merta. Walaupun pemberi belum meninggal dunia, harta akan bertukar hak milik serta merta.

Hibah bersyarat pulak, Harta yang di hibahkan dengan syarat. Maksudnya, penerima akan dapat harta tu selepas pemberi meninggal dunia. Tapi, kalau penerima meninggal dulu, harta tu akan kembali pada si pemberi.

Beza tau kat sini. Sebab, kalau konsep hibah mutlak, harta tu jd hak milik penerima serta merta. So, secara automatik menjadi harta penerima. Jadi, kalau penerima meninggal dunia dulu dari pemberi, harta tersebut perlu difaraidh kan mengikut pecahan waris si penerima.

Aku melalui proses hibah bersyarat tersebut. Dipendekkan kisah, abang dan kakak ipar aku meninggal dunia dalam kemalangan lebih kurang 10 tahun lepas. Aku 2 beradik je dengan arwah abang. Lepas arwah kahwin, arwah memang duduk skali serumah dengan aku dan mak ayah.

Lepas 2 tahun kahwin baru pindah rumah. Tapi masih satu kawasan perumahan dengan aku. Lain taman je. Aku dengan arwah kakak ipar sangat2 rapat. Anak2 pun memang dibawah jagaan mak and ayah aku bila dorang keluar bekerja.

Sebelum arwah abang kahwin, arwah memang dah ada sebuah rumah, iaitu rumah yang arwah anak beranak duduk tu. Tapi sempat duduk lebih kurang 2 tahun je sebelum meninggal dunia.

Kerja arwah abang memang byk kena outstation. So anak2 and arwah kakak ipar memang lebih banyak dduk skali dengan kami. Sebab tu 2-3 tahun pertama arwah kahwin, memang duduk rumah mak ayah walaupun arwah dah ada rumah sendiri.

So masa aku melalui proses hibah, harta nyata yang arwah abang ada ialah 1 rumah dan 2 kereta. 1 kereta arwah, 1 kereta yang arwah kakak ipar guna. tapi 2 kereta ini memang atas nama arwah abang. harta nyata ni memang dah di hibahkan atas nama ayah aku. Kalau arwah meninggal, harta itu semua akan berpindah pada ayah, jika sebaliknya, harta kembali kepada arwah abang.

Setahu aku, kereta ni ada 1 insurance dimana, kalau pemilik meninggal dunia, insurance akan cover balance hutang secara automatic. Dan walaupun masih dibawah hutang, ia boleh di hibahkan. Sila kaji perkara ini. Sebab memang ada.

Arwah abang memang dah melantik peguam merangkap kawan baik arwah untuk susun dan uruskan hibah atas nama ayah macam yang aku dah explain kat atas. Memang takdir Allah, abang aku pergi dulu sebelum ayah. Dan memang takdir Allah mempermudahkan urusan kami masa tu.

Kalau lah harta itu atas nama arwah kakak ipar, benda itu akan lebih panjang sebab harta nyata itu memang akan menjadi harta yang perlu di faraidh kan. Kerana pemberi dan penerima meninggal dunia serentak.

Tapi, bila arwah menghibahkan atas nama ayah, bila arwah meninggal, harta itu berpindah milik serta merta. Tak perlu di faraidhkan lagi. Ok, Selesai urusan harta nyata.

Sekarang pasal KWSP, Aku tak tahu sama ada kwsp boleh dihibahkan ataupun tidak sekarang. Sebab masa arwah abang dan kak ipar meninggal, arwah memang meletakkan nama ayah 100% sebagai penama dan begitu juga KWSP arwah kakak ipar.

Arwah kakak ipar aku memang dah tak ada ayah. Ada ibu je yang masih hidup. Tapi kak ipar tak meletakkan nama ibunya pun sebagai penama. Pelik kan kenapa? Kalau aku nak explain kenapa lebih panjang pula ceritanya. Hahah.

TAPI, walaupun ayah 100% penama ke atas kwsp arwah berdua. Ayah sebenarnya cuma pentadbir keatas duit kwsp tersebut. Duit kwsp arwah abang dan kak ipar perlu di bahagi mengikut waris faraidh. Memang ketetapannya begitu.

Mak, ayah dan aku memang akur dengan setiap pembahagian faraidh yang ditetapkan. Memang fully kwsp arwah kakak ipar dibahagikan mengikut faraidh. Ada bahagian arwah kakak ipar atas kwsp arwah abang pun di faraidhkan sekali. Tak ada 1 sen pun yang kami pertikai untuk itu. Memang betul2 mengikut pecahan antara keluarganya dan anak2 arwah lah.

Aku lupa detail pecahannya macam mana. Tapi memang kwsp arwah kakak ipar, tak ada pecahan untuk ayah aku walaupun ayah 100% penama ke atas kwsp tersebut. Settle.

Seterusnya, life insurance dan medical life insurance arwah abang, dan juga medical life insurance arwah kakak ipar. Yang pada ketika hayat abang, abanglah yang membayar semuanya. Tanpa gagal. Yang ini sudah pun dihibahkan.

Tapi, Kat sini jadi masalah sebab arwah masing2 meletakkan beberapa % bahagian keatas satu sama lain sebagai penerima hibah. Contoh, arwah abang kat sini letak nama arwah kakak ipar 30%, dan begitu lah sebaliknya. Jadi kat sini, bahagian tersebut masing2 perlu lah melalui proses faraidh. Sebab arwah meninggal bersama.

Kami melalui proses2 ini secara adil. Tak ada 1 pun yang kami bantah. Dan kalau ikut undang2, amanah untuk jaga 2 anak perempuan arwah yang ditinggalkan masa tu jatuh pada ayah. Secara total. Dan susunan Allah itu memang indah.

Hak penjagaan, harta, semua memang dah disusun arwah abang yang sangat2 memudahkan urusan kami. Dan harta tersebut memang mostly untuk waris arwah iatu anak2 yang ditinggalkan. Terima kasih abang.

Tapi, menjadi masalah bila keluarga arwah kakak ipar menuntut lebih dari yang dinyatakan. Macam2 mereka tuntut masa tu. Sebab tak puas hati. Lebih2 lagi sebab arwah kak ipar meletakkan nama ayah pada kwsp dia. Walaupun takde 1 sen pun bahagian untuk ayah selepas di faraidhkan.

Mereka minta jual rumah lah, hasil bahagi sama rata lah, minta pulak bahagian pampasan anak2 diamanahkan pada mereka lah. Tapi, datang lah beribu hujah sekalipun, aku tetap tegaskan, rumah, kereta, kwsp mahupun wang pampasan insurance, akan kekal macam yang dinyatakan.

Masa tu aku dan keluarga dikata tamak, dah kaya makin nak kaya. Nak bolot harta, segala perkataan buruk dilemparkan. Mak dan ayah tertekan. Manalah larat kami bertiga nak melawan keluarga besar arwah kakak ipar yang lebih ramai adik beradiknya.

Tapi kawan baik arwah abang ini yang menenangkan, menerangkan dan memperbetulkan semua. You know who you are. Thanks Bang. Akhirnya kes pembahagian selesai.

Tapi tak habis disitu. Keluarga arwah kakak ipar minta untuk jaga 2 org amanah arwah ini pula. Pada awalnya aku keras juga menentang. Aku cakap, hak jaga anak2 memang dibawah tanggungan ayah. Dan ayah pun menyatakan yang sama.

Kami sama2 pertahankan. Mak dan ayah pun memang taknak berjauhan dengan cucu2 nya. Tapi, sebab mereka kata nak jaga, mereka janji akan jaga sebaik mungkin. Dari lahir mereka dengan kami, jadi mereka minta kami bagi mereka peluang pula.

Dan disebabkan juga masa tu, aku hanyalah seorang anak gadis ayah yang berumur 24 tahun. Baru je habis degree dan mula bekerja. Baru nak menapak mencari kehidupan sendiri.

Lepas mereka pujuk2 rayu, akhirnya kami lepaskan anak2 arwah dalam jagaan mereka. Ayah dan mak pun tak boleh nak bantah bila aku dah keluarkan kata putus. Kebodohan aku yang sampai sekarang masih memberi kesan setiap kali aku kenang. 2 tahun penderitaan yang akan aku bawa sampai mati.

Aku taknak cerita lagi dah kisah itu. Aku cuma nak cerita pengalaman aku melalui proses hibah ini. Dan betapa pentingnya membuat hibah harta kepada orang yang betul. Orang yang tahu tanggungjawab ke atas anak2 yatim piatu.

Mungkin masa arwah abang buat hibah tu, satu2nya orang yang arwah percaya adalah ayah. Begitu juga arwah kak ipar. Dan betul, tak sikit pun Ayah mengambil kesempatan atas kepercayaan itu. My big hero of everything.

Setiap harta dan setiap sen yang arwah abang hibahkan atas ayah, semuanya kekal untuk anak2 arwah. Selamanya. Ayah hanya menganggap ia sebagai amanah yang arwah abang tinggalkan untuk anak2 nya. Dan kami tak perlukan semua harta itu.

Ayah selalu pesan, setiap harta anak yatim yang di gunakan, akan diperhitung oleh Allah saat kebangkitan di akhirat nanti. Dunia ini sementara. Harta pun takkan kekal selamanya. Tapi azab menggunakan harta anak yatim, disana tak kan tertanggung rasanya.

Jadi, kita yang hidup nii, adalah menjadi tanggungjawab untuk menjamin hak waris kita. Buat lah hibah. Jangan kata kita tak ada harta. Nilailah apa yang kita ada. Sebab manusia ni, waktu dia lapar, seketul roti pun boleh menjadi rebutan. Apatah lagi wang ringgit.

Setidaknya waris kita dibawah jagaan orang yang betul. Aku taknak cerita pasal hidup yang aku lalui secara details. Sebab aku pernah confess di sini dulu. Kalau korang nak cari, carilah Confession terakhir aku “yatim piatu sekelip mata” (https://iiumc.com/yatim-piatu-sekelip-mata/).

Hibahkan lah harta kepada orang yang boleh dipercaya dan mampu menjaga waris korang sebaiknya. Sbb bila dah dihibahkan, datang lah sesiapa pun memberi hujah2 dan tomahan, ia tetap takkan merubah apa2..

Yang berhak akan tetap berhak. Sebab dalam kehidupan ini, tak ada yang kekal selamanya. Hubungan antara manusia, kalau tidak bercerai hidup, pasti bercerai mati. Itulah hakikat yang perlu kita sedar dan sedia.

Dalam faraidh, kenapa lelaki dapat bahagian lebih dari perempuan? Sebab lelaki yang akan ganti untuk memikul tanggungjawab ke atas anak perempuan yang ditinggalkan. Bukan dapat harta, dapat saja. Tanggungjawab selepas itu, korang lah yang akan pikul. Kalau korang lepas tanggungjawab, jawablah pada Allah nanti.

Allah mencipta hukum faraidh ini sangat2 indah. Cuma, segelintir manusia yang membuatnya nampak kejam. Ramai yang faham pecahan faraidh. Tapi, tak ramai yang faham hikmah dan tanggungjawab sebenar selepas faraidh.

Dunia ini sementara. Akhirat kekal selamanya. Selagi hayat di kandung badan, semoga aku kekal kuat menjaga amanah Allah ini. Sekian.

– Mama muda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *