Assalamualaikum.
Namaku Nini. Di sini aku ingin kosngsikan cerita mengenai harta. Aku harap cerita ni boleh dijadikan pedoman untuk manusia yang selalu lalai dan alpa seperti kita. Aku ingin bercerita mengenai arwah nenekku yang dipanggil tokmak. Aku sangat rapat dengan nenekku yang aku panggil tokmak. Lebih-lebih lagi, rumah kami berdekatan.
Sampai satu masa, tokmak aku meninggal. Alhamdulillah, dapat mak aku jaga dan aku pun sempat jaga dia. Rezeki kami, tokmak meninggal depan kami dan beberapa ahli keluarga yang lain. Semoga roh tokmak dicucuri rahmat. Amin. Selepas tu, aku saksikan sendiri macammana mak aku memenuhi hasrat tokmak aku. Sebahagian duitnya, dia agihkan pada rumah anak-anak yatim. Sebahagiannya, diagihkan ke sekolah-sekolah tahfiz, sebahagiannya digunakan dalam sedekah kitab Al-Quran, kitab Yassin, sejadah, telekung, selipar di masjid/surau dan sebagainya, sebahgiannya disedekahkan dalam pembinaan masjid dan surau. Mak aku juga sedekahkan kepada fakir-fakir miskin, sedekahkan sebahagian untuk membeli barangan makanan kepada pusat tahfiz dan lain-lain. Dan yang paling banyak sekali, mak aku sedekahkan penambaikan pembinaan surau yang uzur di sebuah kampung di Borneo penduduknya 100% islam. Mak aku beli kerusi, meja, kipas, partition surau antara bahagian lelaki dan wanita, ceiling hingga lah ke tempat mengambil wuduk. Mak aku sediakan bahan mentah, orang-orang kampung tu bergotong royong membaiki surau mereka. Kini telah siap. Aku dapat maklumat, orang kampung di sana telah menggunakan surau tu untuk kelas agama juga, kadangkala kenduri kecil di sana. Aku berharap tokmak aku dapat saham di akhirat sana dengan harta yang dia tinggalkan. Alhamdulillah mak aku amanah memenuhi wasiat dia. Ada yang mengatakan kipas yang berpusing di surau, mesti tokmak sejuk di kubur. Orang duduk dan guna meja tokmak belajar agama, tokmak dapat saham dan bonus di sana. Seperti kita simpan duit di ASB, bonus yang kita dapat hanya bersifat sementara dunia. Yang kekal adalah amal jariah. Aku mula berfikir, orang duduk bergaduh tentang harta. Aku pernah terbaca cerita di mana waris tak puas hati dengan harta yang ditinggalkan, anak-anak berebut. Untuk apa? Hanya dunia semata. Sungguh hidup kita untuk apa? Sedangkan destinasi akhir kita di dunia adalah kematian. Kematian itu pasti. Bekalan untuk kematian itu apa? Apakah mengumpul harta dan mengejar nama itu untuk bekalan selepas kematian?. Sungguh ini menginsafkan aku. Sungguh selepas kejadian yang menginsafkan aku ni, aku tidak lagi mengejar dunia. Oleh kerana aku ni tidak lah tahap bagus ilmu agama, aku cuba banyakkan bersedekah. Seorang hamba Allah mengingatkan aku, Allah memasukkan kita ke syurga kadangkala hanya kerana ihsanNya. Ingat cerita seorang pelacur di mana Allah menjanjikan pelacur itu syurga, hanya kerana dia memberi anjing yang kehausan minuman?. Sesungguhnya Allah itu maha pemurah. Mana tahu dengan harta-harta yang tak seberapa itu, Allah meluaskan dan menerangkan kubur tokmak serta memasukkan tokmak ke syurga, di samping mak aku juga dapat juga bonus pahala. Masa berjalan, tak lama lagi hidup kita akan sampai ke destinasi terakhir juga. Aku harap, satu hari nanti, aku pun dapat memenuhi permintaan mak aku seperti yang tokmak aku minta mak aku buat. Aku tidak mahu harta yang jatuh tergolek untuk kesenangan duniawi. Oleh itu, siapa kata harta tak boleh dibawa mati?.
Dulu, bila aku balik kampung, aku suka masakkan tokmak. Tokmak pula suka masakan aku. Kadang-kadang dia cakap sedapnya nini masak. Kadang-kadang dia cakap tak sedap, tapi habis semangkuk. Sekarang ni nini tak dapat masakkan tokmak. Hanya doa dapat nini kirim kan. Betapa nini rindukan tokmak. Al-Fatihah. Semoga Allah sentiasa jaga tokmak di sana. Satu hari nanti, kami juga akan menyusul sama. Kepada pembaca, doakan harta yang disedekahkan itu diterima Allah sebagai jariah ke jalanNya.
Nini.
– Nini
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit