Harta Dunia

Terima kasih admin sudi siarkan luahan ini.

Sekadar ingin meluahkan, dan memohon nasihat agar dapat ditenangkan hati dan dipelihara dari sifat2 tak baik.

Sedikit pengenalan. Lula (bukan nama sebenar), 35 tahun, berkahwin dan ada 3 orang anak. Hasil pendapatan suami isteri 12k sebulan.

Ingin meluahkan berkenaan keluargaku. 

Abah merupakan seorang yang agak berada. Bisnes selama hampir 3 dekad yang menjadi, puluhan staf.

Sekitar tahun 2012-2016 abah ada membeli beberapa buah rumah. Total ada 4 buah semuanya.

Aku berkahwin 7 tahun yang lalu. Jodohku agak lambat jadi aku sudah bekerja agak lama sebelum berkahwin.

Sebelum berkahwin dengan gaji 5k sebulan. Banyak kali aku ingin membeli rumah tetapi abah dan ibu melarang. Kata mereka buat apa beli rumah, rumah kan dah banyak. Setiap kali aku kata nak beli rumah mesti akan dicantas pantas oleh mereka.

Beberapa bulan sebelum kahwin, aku dan suami mula mencari dan survey rumah. Pada waktu itu abah memujuk aku untuk duduk di salah sebuah rumah abah. Rumah teres corner lot di tengah bandar, valuenye sekitar 1 juta.

Abah meyakinkanku bahawa dia akan menjual kepadaku rumah itu dengan harga anak beranak sekitar 400k.

Suamiku pada mulanya enggan, tapi aku memujuk beliau dan beliau setuju.

Maka kami pun berhabis wang untuk rumah itu kerana plan kami memang ingin membeli rumah itu nanti. Kami cat rumah, touchup sana sini, buat kitchen kabinet, dan macam2 lagi. Total dalam 50k.

Setelah tinggal di situ beberapa kali juga aku bertanya abah, bila nak mula urusan jualbeli dan pindah nama. Abah seperti enggan berbincang mengenai itu dan aasyik berkata, duduk jelah dulu..

Sewaktu aku pregnant yang ke 2, aku dapat tahu dari ibu, prepare2, ada orang nak view rumah. Aku terkejut. Aku tanya abah. Rupa2nye abah mahu jual rumah itu. Lalu ku tanya abah, bukan nak jual kat saya ke? Abah kata boleh, abah jual 1.1mil.

Aku terkejut. Sebab sebelum ni abah kata nak jual 400k? Maka berdrama air mata lah aku sambil mencari rumah sana sini bersama suami.

Dalam masa sebulan rumah itu diiklankan sudah ada buyer. Mana taknya, rumah itu memang sangat rapi dan terjaga elok, dihias cantik.

Maka kami pun belilah rumah lain dengan harga 400k, rumah atas langit orang kata. Sewaktu tengah boyot ke sana sini sign s&p etc. Sambil tu suami pack barang kami yang agak banyak. Aku ada juga tolong semampuku.

3 tahun berlalu dan aku mula redha. Nak buat macam mana, memang bukan hartaku. Aku cuba menenangkan hati. Dalam masa tiga tahun ini juga abah ada menjual lagi 2 rumah yang lain. So tinggal 1 rumah sahaja.

Tapi apa yang trigger aku sekarang ni tiba2 aku dapat tahu yang rumah abah yang bernilai 2juta abah ingin tukar nama kepada nama kakakku yang belum berkahwin. Rumah itu merupakan rumah yang abah ibu juga duduk di situ.

Kata abah takut dah kalau apa2 terjadi, abah tak mampu nak bayar loan rumah tu. Rumah itu masih ada loan berbaki 1mil. Jadi abah nak jual rumah itu kepada kakak pada harga 400k, dan abah akan topup 600k duit muka.

Aku terkejut. Ibu ku kata mereka paling selesa duduk dengan kakak. Dan memang kebiasaannya anak yang duduk dan jaga mak ayah akan dapat rumah yang mak ayah duduk.

Tak tahulah kenapa tapi duk terbayang rumah yang kududuki yang telah terjual sebelum ini. Teringat2 kos yang kami berhabis. Teringat2 saat ku sedang mengandung ke sana sini survey rumah, kemas rumah, pindah keluar barang.

Ya Allah sejukkan lah hati ini. Ya Allah jauh kan lah diri ini dari berharapkan harta abah. Ya Allah tenangkan lah hati ini.

Rasa bersalah sangat sebab ada rasa terkilan. Tamak ke diri ini? Entahlah. Aku pun taktahu nak describe apa yang aku rasa sekarang ini.

– Lula (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Kan boleh claim balik semua kos yang awak dah abiskan utk renovate. Patutnya masa dia berura2 nak jual tu awak pegi kaveat rumah tu supaya abah tak dpt jual tanpa persetujuan awak. And lps tu boleh claim duit renovate. Dah dibayar kos tu semua, barulah kaveat dibuang ,dan abah awak blh jual rumah tu. Tp ni dah terjual pun kan. Cuba tanya mak abah, try2 la minta duit kos tu. At least terubat sikit hati dan semoga dgn cara tu hilang la rasa marah pada makabah tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *