Harta Pusaka : Kematian Berlapis

Apa itu kematian berlapis?

Ia bermaksud waris / benefisiari yang layak mempusakai harta simati telah meninggal dunia selepas simati diwaktu Urusan Pentadbiran dan Pembahagian Harta Pusaka simati belum atau sedang dijalankan.

Contoh : Ali meninggal dunia meninggalkan isteri , 3 orang anak dan ibu bapa.

Dua tahun selepas Ali meninggal dunia, bapa Ali pula ditakdirkan jatuh sakit dan meninggal dunia. Sedangkan urusan pentadbiran Harta Pusaka Ali masih belum selesai.

Apa yang perlu dilakukan oleh Pentadbir / Waris Harta Pusaka Ali?

1) Perlu memaklumkan kepada Unit Pembahagian Pusaka Kecil / Mahkamah Tinggi berhubung pemergian waris tersebut dan lampirkan Sijil Mati sebagai bukti.

2) Perlu melantik Pentadbir untuk menfailkan Permohonan Geran Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka bagi bapa Ali (contoh).

2) Senaraikan semua waris / benefisiari kepada bapa Ali. / Memadai jika tugas pembahagian Harta Pusaka bagi bahagian bapa Ali diserahkan kepada Pentadbir.

3) Jumlah waris / benefisiari Ali akan bertambah. Waris / benefisiari yang layak mendapat Harta Pusaka bapa Ali ini akan mendapat bahagian mengikut bahagian bapa sahaja.

Bermaksud pecahan akan menjadi semakin banyak dan bahagian penerimaan akan menjadi semakin kecil.

Mengapa perlu lakukan segera?

1) Bagi mengelakkan waris / benefisiari yang lain pula meninggal dunia.

2) Bermakna jumlah waris yang meninggal dunia akan bertambah,

3) Susur galur / bahagian Harta Pusaka untuk diagihkan semakin mencabar.

4) Waris waris pula barangkali tidak dapat dikesan / sudah berpindah.

5) Untuk memudahkan urusan akhirat simati apabila hal ehwal Harta Pusaka dilakukan dengan segera.

6) Agar Waris / Benefisiari dapat memperolehi manfaat dari baki harta yang ada dengan segera.

7) Bagi mengelakkan persengketaan / perselisihan terutamanya apabila jumlah waris semakin ramai dan kesemuanya tidak sepakat.

Sekian, semoga bermanfaat.

– Shada Mazan

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *