Harta Pusaka Yang Membebankan

Penat jadi ayah aku. Sangat penat. Ayah aku satu satunya yang berjaya dalam family. Satu satunya yang keluar explore dunia, yang beringat adik beradik.

Yang lain kalau aku cerita perangai sorang sorang, memang banyak buruk daripada bagus.

Aku membesar dalam keadaan aku saksikan sendiri macam mana diorang layan ayah aku. Take him for granted.

Anak sedara accident tak boleh jalan, ayah aku tanggung anak bini dia bertahun. Bila dah okay, sekali pun tak datang jumpa ayah aku.

Anak sedara hutang sampai kena kejar, ayah aku settle. Anak sedara tak guna buang mak mereka (kakak ayah aku), ayah aku jaga sampai hujung usia.

Nenek aku lumpuh, ayah aku juga jaga, mak aku yang korban masa muda dia. Jaga mertua yang pernah benci dia sebab mak aku ni satu satunya pilihan sendiri. Yang lain tok aku pilih.

Itu baru sikit. Banyak lagi drama drama bodoh yang aku saksıkan. Sampai aku cakap dekat ayah aku, kalau ayah aku tak ada, aku memang takkan contact lansung dengan family sebelah dia. Cukup la mereka layan ayah aku macam ni.

Sekarang ni ayah aku duduk rumah pusaka. Dah renovate habis beratus ribu dah. Rupanya tanah tu sekadar bagi atas mulut. Orang dulu dulu kan. Jadi banyak la nama, daripada keturunan arwah nenek aku.

Ayah aku ni orang masjid. Dia tak nak dia pergi dalam keadaan ‘hutang’ tak settle. Jadi dia nak beli tanah tu la.

Ayah aku kerja bagus. Ada 2 rumah. Ada kebun juga. Tapi duit dia banyak habis untuk kami dan family dia la. Ibarat 7-8 orang adik beradik. Semua ada masalah kewangan, semua cari dia. Duit banyak habis menolong orang ja.

Sekarang ni kes dalam mahkamah. Hari tu abah aku berkias kias minta aku buat loan. Tanah tu agak besar. Kami 2 adik beradik. Dia tak cakap perlu, tapi ayah aku kata. Dia usaha sehabis baik. Segala duit yang dia ada. In case tak cukup.

Abang aku pun cakap dia akan bagi 60% kalau buat loan. Aku agak lama fikir. Aku kesian ayah aku. Kesian sangat.

Tapi aku pun ada kehidupan sendiri. Aku tak ada apa apa langsung sekarang. Rumah pun sewa. Baru kerja 2-3 tahun. Kalau dah buat loan, bila aku nak settle down?

Lagipun sekarang memang tiada masalah. Loan bukan sekejap. Ayah aku takkan jual tanah kebun, pusaka jugak. Mungkin jual rumah.

Ayah aku terlalu baik untuk aku cakap, baik la tak bagi harta dekat anak cucu daripada bagi menyusahkan. Dalam hati je la aku cakap.

Kalau tiada tanah ni, hidup tua ayah aku tenang saja. Rumah ada dua, ada side income kalau pencen.

Sekarang kwsp yang sepatutnya simpanan hari tua pun fikir nak bayar tanah. Harta yang ayah aku cari sendiri sikit pun tak menyusahkan. Harta pusaka yang membebankan sekarang.

Aku berharap tanah tu tak banyak mana kena bayar. Aku berharap aku tak perlu buat loan. Aku kesian ayah aku, terlalu banyak dia berkorban. Tapi aku juga tahu komitment aku. Aku tak mampu bayar any loan dengan gaji sekarang.

Aku harap Allah murahkan rezeki aku. Permudahkan urusan kami. Semoga baik baik saja untuk ayah aku.

– Hafız (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Situasi aku tak sesulit ini. Tapi aku pon menghadap harta pusaka yg menyusahkan. Takde rezab jalan. Kene merayu tanah ornag untuk bagi jalan. Ye memang tanah diaorang, mereka ada hak melarang. Tapi kalau diaorang tak bagi jalan, kami nak lalu mana? Entah sape yg buat lot tapi takde jalan ntah. Bongok. Nak lalu udara? Jual pon tak laku. Sape nak beli jalan takde. 2 ekar jadi beban cam tu je… Jumpa ketua kampung pon ini tak boleh itu tak boleh. Suruh bicang bagai. Cina budha pon bagi hujung tanah dia buat jalan. Tapi yg islam ni, semua tak nak pahala mudah Allah nak bagi….

  2. Saya ada masalah lebih kurang mcm bro. Jalan cerita mengenai harta pusaka yang hanya ‘cakap mulut’ dan skrg ‘tuan nama’ atas geran dtg menuntut. Parents dah tak ada kudrat untuk mencari wang beratus ribu sebab dah berhabis semasa muda. Hanya income untuk meneruskan hidup. Saya juga 2 beradik (ada abg yg baik). Secara tak langsung kami harus bertangungjawab untuk menebus tanah ini secara sah. Saya juga punya komitmen sendiri dan sedar loan rumah makan masa 35thn. Hati memang tak nak, tapi mulut tak sanggup tengok mak ayah merempat atas kekejaman darah daging sendiri.

  3. loan ni berat… saya sedang lalui… tidur pun tak tenang… kalau boleh beli harta dan buat harta atas tanah n nama sendiri…

  4. Pujuk lah ayah, lepaskan rumah / tanah pusaka tu . Dah tak de apa yg nak di kejar lagi. Rumah ada dua, pencen bulanan ada, KWSP ada. Semua nostalgia tentang rumah tu simpan saja dalam kenangan . Slow talk dengan ayah.

  5. Moga syurga tempat ayah anda nanti. Sy faham, sbb hidup sy pun mcm ayah awk, satu2nya yg berjaya dan 100% komit utk family, sy kahwin pun age 37.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *