Harta Yang Dinikmati Orang Lain

Salam semua. Sebenarnya bila aku selongkar dan dulu pun aku pernah buat survey ada ramai yang mengalami nasib sama macam aku.

Aku membesar dengan ibu, abah dan aku 3 orang. Keluarga aku ni senang cerita keluarga senang, ibu dengan abah sorang satu kereta dan abah aku ada motor harley davidson.

Lagi satu ibu aku ni dia ada rumah sewa dalam 2 biji rumah flat setiap bulan 400 ringgit.

Di takdirkan ibu dengan abah aku ada accident waktu bekerja. Sebab mereka berdua ni kerja company yang sama. Aku waktu tu umur baru 11 tahun.

Tahu apa jadi? Sehari lepas pengebumian ibu dan abah aku. Pakcik dan makcik aku hantar balik kampung dekat kelantan duduk dengan nenek aku dan maksu aku.

Aku waktu tu tengah blur hilang ibu dengan abah serentak. Tiba² kena pindah negeri, pindah sekolah. Aku cakap nak stay dekat rumah tapi pakcik makcik aku marah suruh balik kelantan.

Mula lah aku membesar dengan nenek dan maksu aku. Waktu ni aku memang dalam state confuse. Kena pindah sekolah lepastu aku asyik terfikir rumah aku macam mana.

Tahun pertama makcik pakcik yang hantar aku balik tak ada sorang pun balik melawat. Aku setiap hari duit belanja makan semua Itupun sebab maksu dengan nenek aku yang setiap pagi meniaga sarapan depan rumah.

Tahun ke-dua raya haji baru pakcik makcik aku balik. Tahu diorang balik guna apa? Pakai kereta arwah abah dengan ibu aku. Aku ingat lagi kereta proton perdana abah aku dengan toyota vios ibu aku.

Bila aku cakap “eh ni kereta ibu dengan abah” diorang marah cakap bukan ni kereta diorang sebab dia tolong bayarkan kalau tak kereta kena tarik.

Aku waktu tu cakap kereta ni ibu dengan abah dulu cakap dah habis bayar. Tapi diorang cakap arwah ibu abah aku menipu.

Balik tu diorang kasi aku berapa? Seratus ringgit sahaja. Jadi tahun demi tahun aku dalam hati memang tak puas hati.

Setiap kali balik aku nampak pakcik makcik aku dengan anak dia hidup makin mewah. Tapi aku? Sepanjang duduk situ baju baru setakat baju raya. Yang lain? Baju yang orang kampung situ derma.

Habis SPM makcik pakcik aku suruh sambung belajar dekat kelantan. Tapi waktu ni aku menipu cakap apply kelantan dengan terrenganu.

Padahal aku apply dekat selatan tanah air nak balik rumah aku dekat johor. Waktu di terima aku pergi senyap² bawa beg dokumen aku ada duit yang aku kumpul tabung.

Semua tak tahu aku belajar mana. Balik tu aku pergi rumah lama. Tengok ada keluarga lain duduk situ. Sambil belajar aku sambil fikir apa yang aku nak buat.

Itu tak termasuk aku kena part time lagi sebab nak cari duit belanja.

Umur aku 20 tahun waktu ni era Facebook tengah rancak. Aku nampak post satu peguam ni dia kongsi cerita pasal situasi yang hampir sama dengan aku.

Aku pun PM peguam tersebut dan cakap aku ada masalah sama macam tulisan dekat wall facebook dia jadi lepas seminggu dia pun datang Johor dan jumpa.

Aku pun explain satu persatu situasi aku. Aku waktu tu cuma mampu kasi dia dalam 200 ringgit untuk consultation padahal bayaran sebenar mahal. Tapi peguam tersebut cakap tak apa bayaran nanti selesaikan.

Jadi 2-3 hari aku pun tunjuk dia rumah arwah ibu dan abah aku. Lepastu tunjuk rumah sewa, kereta dan motor. Jadi peguam ni dia cakap akan buat macam calculation.

Dalam 2 minggu kami jumpa balik. Jadi dia terang dari awal macam yang rumah aku bila di siasat rupanya tu rumah yang di bina atas tanah sendiri. Rumah tu juga sebenarnya dah di jual 7 tahun lepas harga dalam 820 Ribu.

Bab rumah sewa pula katanya sebelum ni memang arwah ibu aku sewakan harga RM400 tapi bila di siasat rupanya tahun ibu abah aku meninggal dah di naikkan harga RM500/bulan dan 2 tahun selepas itu naik 550 dan sekarang dah 650/sebulan.

Bila check bahagian kereta pula memang sah ibu dan abah aku dah habis bayar. Yang satu tu 7 tahun dah habis bayar dan lagi satu tu hanya perlu bayar lagi 7 bulan dan akan habis.

Motor harley davidson tak tahu sebab aku tak ingat nombor flat jadi tak boleh cari. Tapi yang paling penting, selama ni aku tak tahu. Di sebabkan kematian arwah ibu dan abah di tempat kerja. Jadi dia dapat pampasan.

Dalam pampasan tu ada bermacam insurans lagi dan jumlah dia RM720,000.

Aku waktu dengar tu memang terkejut. Sebab selama ni aku tak tahu. Wang pampasan tu sepatutnya makcik/pakcik aku kena serahkan bila umur jejak legal age.

Makcik pakcik aku tak pernah kasitahu. Kau bayangkan setahun selepas arwah ibu dan abah meninggal makcik pakcik aku dapat wang pampasan banyak tu. Aku tak dapat langsung? Yang dapat itulah RM100 setiap kali diorang balik cuti raya.

Lepas 6 bulan siapkan segala dokumen semuanya, akhirnya buka kes. Waktu ni lah makcik pakcik aku baru nampak balik muka diorang cakap kenapa nak pergi mahkamah apa semua.

Ambil masa 2 tahun nak dapat hak aku balik. Kereta kena pulangkan balik dekat aku.

Lepastu kena pulangkan balik duit pampasan dengan extra RM50 Ribu. Duit dari sewa rumah sebanyak 150 Ribu. Kena bayar duit penjualan rumah 100%. Kena lakukan dalam masa 5 Bulan.

Waktu ni lah baru makcik pakcik aku merayu segala macam tapi aku tak peduli. Sebab duit yang diorang makan tu sepatutnya duit aku.

Bayangkan dari umur aku 11 tahun sampai 23 tahun duit yang aku dapat dari jumlah yang semua sekali dari rumah, kereta, pampasan, sewa rumah lebih kurang RM2 Juta aku cuma dapat dalam RM1 Ribu.

Keluarga diorang hidup senang, emas berderet anak beranak hidup mewah guna duit yang sepatutnya jadi milik aku. Tapi aku? Cuma RM1 ribu.

Maksu aku dengan nenek aku pun dapat setiap bulan setakat 2-3 ratus. Lepas setahun diorang bergadai segala benda bankrupt akhirnya aku dapat balik harta yang sepatutnya jadi milik aku. Itupun setakat 80%.

Diorang juga kena serve penjara. Yang anak beranak diorang waktu ni macam-macam makian dekat aku. Cakap yang aku ni tak kenang untung kena jaga kalau tak aku merempat.

Aku sendiri lawan balik kalau tak sebab duit aku tu korang ni duduk rumah setinggan satu bilik.

Sebab selama ni waktu abah ibu aku hidup diorang anak beranak hidup setinggan menyewa. Tapi lepas dah ambil duit milik aku terus hidup rumah teres besar 2 tingkat.

Tiba-tiba cakap aku tak bersyukur kena jaga? Yang jaga tu maksu dengan nenek aku. Selepas lebih kurang 4 tahun hampir 5 tahun turun naik mahkamah akhirnya selesai.

Aku sendiri bagi bayaran 10% dari semua sekali dekat peguam aku. Sebab bagi aku kalau dia tak tolong memang sampai sekarang aku tak dapat balik harta itu semua. Kes pula bukan sekejap hampir 5 tahun aku turun naik dengan peguam ni.

Aku sendiri dah pindah Selangor dengan nenek dan maksu aku. Dah berkahwin aku tak tahu apa cerita saudara mara yang lain sebab dah hampir 8 tahun tak contact.

Tapi selalu aku dapat mesej tak pun call, pm Facebook maki aku dengan bermacam kata makian. Ada yang siap cakap duit tu semua hak mak ayah diorang sebab dah tolong jagakan.

Hakikatnya bila aku tanya peguam yang bantu aku. Kes macam ni banyak dia sendiri dah handle termasuk aku 10 kes situasi lebih kurang sama. Harta yang sepatutnya jadi hak orang lain tapi dinikmati orang lain.

– Sam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Salam, owner iium confession Harta Yang Dinikmati Orang Lain ni boleh tak minta tolong contact saya di emel afiqahfairuz18@gmail.com. Saya perlukan peguam yang Puan ambil untuk uruskan masalah saya yg sama dengan Puan. Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *