Assalamualaikum korang. Aku tengok lately banyak yang post cerita sedih, stress.. Takpe. Kali ni aku share kisah2 hidup aku yang tak stress, malah aku rasa boleh chill2 gitu.. Tapi kalau korang rasa bosan sorry lah..
Kisah 1 – Tersalah Bilik
Baru² ni aku pergi bercuti. Sewa chalet. Sederet tu semua pattern bilik sama, yelah, takkan nak buat lain2, pelik pulak. Aku pergi dengan suami aku.
So, aku keluar kejap ambik angin tau sorang2, laki aku tengah tido. Masa nak balik tu, entah macam mana aku boleh salah bukak bilik. Dahla kebetulan chalet tu tak berkunci.. Aku dengan bangga je jerit “kandaaa… Dindaaaa pulanggg”
Eh.. Bukak2 semua muka orang yang aku tak kenal..
Hahahahahaha.. Wehhh… Aku maluuuuu…
Cepat2 aku cakap, “Sorry2, salah bilik.. Astaghfirullah.. Bilik saya kat sebelah, maaf sangat”
Diorang pun tergamam sebenarnya, plus terkejut.. Lepas tu aku tutup pintu bilik diorang, terus aku dengar diorang gelak beramai2.. Wehhh.. Maluuuu gilaaa aku..
Malam tu aku keluar nak pergi makan dengan laki aku. Then, kebetulan jiran bilik sebelah baru balik, diorang pun tegur, “Oh, ini lah kanda yang dinda maksudkan”
Uwaaaaa.. Tolonggg.. Aku rasa nak menyelam dalam laut je.. Malu sangat time tu. Laki aku dah tau cerita, dia lagi bantai gelak.. Kurang calcium punya suami.. Lepas ni kena hati2..
Kisah 2 – Terlupa Bayar
Kisah ni masa aku bercintan cintun dengan kanda aku tu.
Ni first time date, siap bawak member. Konon nak elak pitenahh. Caiitt.. Poodahh..
Okay, kiteorang jumpa minum2 jer, sambil2 borak. Masa ni aku malu2 bigfoot lagi. Gelak pun control aku. Nohh.. Sekarang siap main lawan kentut sapa lagi kuat.. Hahahahaha.
Okay, sambung cerita.. Borak punya borak.. Kiteorang pun nak balik. Punya control ayu, aku minum je time tu, dia offer makan, aku kata kenyang. Konon, padahal cacing2 dalam perut aku dah buat tarian zapin punya la lapar.
Lepas kiteorang bangun dari kerusi, baru dua tiga langkah, makcik kedai makan tu jerit.. “adikkkk !!! Adikkk!!”
Kiteorang macam eh, kenapa.. Ada barang tinggal ke.
Sekali makcik tu jerit “pakwe ko tu lupa bayar air”,
Hahahahahahaha.. Weh. Satu kedai pandang.. Si kanda aku ni, kelam kabut pegi kat makcik tu bayar air semua.. Berkali2 mintak maaf.. Punya la gabra first time dating.. Tunggu ada anak esok. Akan ku cerita perangai bapaknya..
Kisah 3 – Tersalah Kereta
Yang ni normal la kan… Ramai je orang salah masuk kereta.. Yang tak normal.. Kereta dah gerak baru aku perasan. Menjerit aku. Dengan driver tu, penumpang sebelah tu terkejut sekali..
Masa tu musim perayaan, aku dengan laki, mak mentua aku nak balik kampung. So, singgah sekejap kat petronas nak beli makanan. So, biasanya kalau mak mentua aku ikut. Aku bagi dia duduk depan, aku duduk belakang.
Alkisah, siap beli makanan, aku masuk kereta duduk seat belakang tanpa cakap apa2, mata pulak fokus kat hp..
Bila kereta dah gerak, aku tanya lah, “Kanda, nak roti tak? Mak nak roti tak?”, sambil pandang depan, lepas tu aku tengok driver tu perempuan.
Aik, bila masa laki aku bertukar ni.. Terus aku jerit terkejut.. Cik kak tu pun brek mengejut, terjerit jugak.. Dia tanya aku siapa, aku tanya balik dia siapa, macam mana dia boleh bawak kereta laki aku.. Dia cakap ni kereta saya lah!
Ehh2, sekali aku pandang sekeliling accesories dalam kereta pun lain.. Rupa2nya aku la yang bersalah.. Aku pun tersengih2 sambil cakap “Sorry, saya yang salah”. Tak memasal dia kena u-turn balik, pergi petronas..
Sampai je petronas, rupa2nya laki aku dah masuk dlm cari bini dia tak keluar2.. Hahahahaha.
Sekian kisah hidup aku yang haru biru. Tapi yang tu lah jadi kenangan. Kadang2 bila kenang balik.. Tergelak sorang2..
– Patin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
aduhai…lawak juga..haha
hahahahahaha kak, akak memang menghiburkan petang saya lah hahahahah semoga banyak lagi kenangan kelakar akak sekeluarga ya hahahaha. yekan, aku pun rasa penat baca luahan sedih ni, jadi kita ter-menjiwai setiap masalah orang, apa2 pun semoga yang sedang berada dalam kesempitan hidup, dilapangkan & dimudahkan dan semoga baik-baik sahaja kehidupan kita semua, amin!