Assalamualaikum hai korangg… Moga semuanya masih bernafas guna paru² ye, yang guna insang tu ikan.
Untuk part I, https://iiumc.com/haru-biru/
Aku siap tolong admin copy sesiap confession aku yang sebelum ni..
Wahhh korangg.. Kemain terhibur eh dengan hidup aku.. Ada yang suruh cerita lagi,, beres, takde hal. Tapi takde la sentiasa haru biru hidup aku. Ade je time aku serius, chewah!
Macam biasa lah, aku muncul di saat banyak confession sedih².. Kita ubati kesedihan tu dengan baca benda² merepek ni..
Aku syak.. aku kuat drama beb.. sebab banyak tengok kdrama.. kali ni kita story mory kisah bila aku nak kahwin. Sebab banyak haru jugak.
-Tersilap Tick
Untuk urusan nikah, kahwin kita kan ada isi borang kebenaran perkahwinan, yang dah kahwin tau lah, yang single tu ambik ilmu sikit, muahahaha…
Pastu kan kena tick status pasangan kita, bujang, duda, berkahwin, sekian2.
Aku pun isi semua dengan yakin. Last sekali kena tandatangan Wali sebelum serah kat ketua kg and pejabat agama.
So, masa aku tengah mengajar kan sekolah, tiba² dapat call dari ibu,
“Assalamualaikum patin, ni along tanya, bakal suami kau tu duda ke?”
Aku pun terkejut lahh.
“Eh, ibu.. ape ni.. jangan la main pitenah, orang tu bujang lagi, celah mana duda nyaa”
Pastu ibu aku terus sound,
“Habis yang kauu pegi tick duda ni apasal?”
Aku macam ehh. Biar betul sape nak sabotaj aku ni.. padahal sendiri silap tick, hahahahaha ..
Ape lagi, lepas tu kecoh group wasap family, Along aku pegi buat onar, dia sent gambar tempat aku salah tick, dengan caption, “Akibat tak sabar nak kahwin, Patin tersalah tick status bakal suami”
Ape koo ingat tu tajuk berita Harian ke. Samdol punya Along ..
-Tersalah Sangka
Hari pernikahan aku tu, biasa2 je.. sederhana tapi meriah.. seminggu, dua before majlis nikah, Along aku as a wali (sebab ayah aku dah takde, al-fatihah untuk ayah aku),
Along aku dah cakap dia nak tanya macam² soalan kat husband aku, kalau lepas baru boleh nikah.
Aku pun ape lagi, pegi bagitahu kat bakal husband aku supaya dia get ready mental fizikal semua.
Cehh.. dia berlagak. Dia kata semua dalam kepala otak dia.. Aku tak cakap banyak, aku terus perli, “Eleh, 1st date pun lupa bayar air, semua dalam kepala konon”, hahahaha…
Bila tiba hari pernikahan ni paling bongok aku rasa. Aku boleh risau yang suami aku ni tak datang.
Aku duk pikir, “Macam mana kalau dia x datang time nikah, entah2 dia nak mainkan aku je, dia dah berpakat dengan musuh aku, nak kenakan aku, nanti orang lain terpaksa ganti tempat dia, macam dalam novel tu, tapi siapa nak ganti tempat dia kalau dia tak datang?”
Sempat aku bermonolog dalaman sorang²..
Bila nampak kereta pengantin lelaki sampai depan rumah, baru aku lega. Ohh.. Dia datang rupanya. Hahahahaha.. Nasib baik.
Pastu nak di jadikan rezeki dia, bila dia masuk rumah je, hujan turun selebat-lebatnya.. So, Along aku tak jadi nak tanya soalan macam², sebab bukan boleh dengar sangat, rumah kampung, korang boleh bayang bunyi hujan jatuh atas atap zink macam mana kan. So, selamatlah dia kali ni..
Cuma tu lah. Patin kalau tak buat hal tak sah.. aku tengah sedih tau bayangkan Ayah takde time anak dia yang comel ni nika . Berapa kotak tisu aku standby kat sebelah.
Pastu imam suruh Along tanya, “betul ke nak nikah dengan si polan ni?”, aku terus angguk laju2 macam burung belatuk tu.
Pastu pak imam cakap, “ehh.. ni betul² tak sabor nak kahwin ni.. kejap2.. sabor ye,”
Weh… Semua gelakkan aku time tu.. Uwaaa.. Siot punya pak imam… Nasib saya tengah sopan harini, kalau tak memang pancit tayor motor pak imam…
Maka selepas beria² benauu mengangguk nak kahwin, alhamdulillah, settle lah majlis akad nikah..
Lepas tu aku ni dah ada wudhuk untuk solat asar, kami nikah dalam pukul 3 lebih camtu..
Bila kena salam untuk batalkan air semayang, aku selamber cakap, “Aaaa.. Takpe la.. Batal tu kiteorang buat sendiri dalam bilik, lepas semayang nanti”
Dahhhh.. kena gelak lagi.. aku cakap betul la. Lepas semayang jemaah kan kena main salam2 suami.. haaa.. masa tu batal la wudhuk.. hahahaha.
Lepas solat asar, baru la kiteorang ambik semula gambar untuk sesi kenangan. Tu pun dua² malu-malu macam kena kahwin paksa. Hahahaha..
Esoknya hari sanding ade la haru sikit-sikit jelah..
Masa pengantin lelaki sampai, aku nak kena pegi sambut kan.. Time ni pun aku ada wudhuk untuk solat zohor. So, memang kena jaga batas la .
Sementara nak tunggu pergi kat pengantin lelaki tu, aku dengar la makcik² bawang ni bisik²,
“Mana lah dak Patin ni jumpa laki dia eh.. helokkk betul”
“Haahla, hensem benau laki dia ek”
Aku kat sebelah tu pikir aku tengah lawoo je ni makcik.. Apee buruk sangat ke akuu ni sampai begitu sekali kau memuji muja suami aku.. Dia macam nak cakap, asal laki ni nak kat Patin ekk.. Hahaha..
Bila je cameraman tu cakap, “okayy.. pengantin perempuan boleh jalan”
Aku pun jalan punya laju,sbb tengah bengkek kan..
Sampai mak andam tu jerit, “Ya Allah Patinnnn, jalan slow² awak tu pengantin, nak g sambut suami, bukan nak g berperang!! Ni sampai pengapit kena tinggal”.
Dahhh kena gelak lagi. Lagi meriah kali ni.. Haduhhh.. Aku tak tahuuu la.. Bila ingat2 sekarang aku gelakkk weh.. Kelakornyaaa rasa.. Bila je hidup aku tak haru..
Pastu bila dah selesai semua. Aku cakap la kat suami aku, pasal aku ingat dia tak datang time akad nikah. Dia bantai gelakkan aku.
Dia kata, “tulahh.. suka tengok kdrama lagi,”
Ehh..K drama pulak yg salah.. Hmm.
Tak tahu la macam mana bila ada anak nanti. Dapat mak haru cenggitu, bapak biru cenggitu. Hahahaha.
Okay.. Dahh abis cerita pasal hari kahwin.
Bye korang.
Yang benar,
– Patin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit