Haruan Makan Anak

Nama aku Nona. Usia aku 20an. Aku ada 3 orang adik beradik dan kami bertiga adalah anak angkat (tidak disusukan). Aku bongsu, sulung perempuan, yang kedua lelaki.

Sebelum tu maaf kalau penulisan aku ni tak teratur. Aku tak tahu nak mulakan cerita macam mana.

Niat aku untuk meluah sebuah tragedi hitam yang berlaku ke atas kakak aku yang sulung, tapi kesannya mendalam bagi aku.

Sepanjang hidup dia, ini kali pertama dia bagitahu aku tragedi hitam hidup dia.

Mungkin sebab jarak umur kami agak jauh buat dia tak yakin nak cerita kat aku. Umur kakak aku sekitar 40an.

Semua kisah ni terbongkar gara gara aku dengan kakak aku ada perselisihan faham dengan mak kami. Mulanya dia just meluah isi hati dia.

Aku pun luah isi hati aku. Makin lama cerita makin deep.

Dia mula flashback kisah dia yang dulu dan punca dia keluar dari rumah mak ayah kami. Kakak aku dituduh ada scandal dengan ayah kami sendiri.

Yang mengejutkan aku lagi, mak kami sendiri yang tuduh kakak aku scandal dengan ayah aku. Aku ingatkan lagi sekali, mak ayah kami adalah mak ayah angkat, dan kami dijaga dari baby lagi.

Kalau ikut akal yang waras, adalah logic pertuduhan macamtu? Kakak aku kena halau dengan mak kami masa umur dia awal 20an.

Tak pasti umur berapa. Aku masa tu terlalu kecil nak faham apa yang berlaku.

Aku tergamam. Soalan aku bertalu talu aku tujukan kat kakak aku.

Bagaimana? Kenapa pertuduhan macam ni boleh berlaku?

Dan kakak aku cerita tragedi hitam yang dia pendam selama ni. Kalau nak tahu, ayah aku sebenarnya dah rogol kakak aku sejak kecil.

Sejak kakak aku sekolah rendah lagi, sehingga lah umur kakak aku 16 tahun. Tu pun dia berhenti buat hal terkutuk tu sebab wujudnya aku, dan mak aku berhenti kerja.

Hancur hati aku. Aku menangis mengenangkan nasib kakak aku masa usia sekecil itu sehingga dia masuk alam remaja.

Patutlah kakak aku berubah jadi tomboy, berpewatakan kasar seperti lelaki. Rupanya ada kisah hitam di sebaliknya.

Tapi kakak aku baik sangat. Dia sembunyikan perasaan dia dan layan mak ayah kami sehabis baik.

Mak aku mudah je nak buat dia sayang kita. Taburkan duit je kat dia, dia akan sanjung kau melangit tingginya.

Nak tahu tak, mak ayah aku tak pernah sekalipun minta maaf kat kakak aku. Ayah aku pula, tak pernah berubah walaupun usia dia dah mencecah 70 tahun.

Masih gian bermain nombor ekor. Masih gian dengan aktiviti sabung ayam.

Aku memang tahu ayah aku suka bermain perempuan. Dah banyak kali kantoi pun dengan aku.

Video lucah dalam phone berlambak. Aku tanpa segan silu memang akan bagitahu mak.

Mereka bergaduh seperti tiada hari esok. Dan aku selalu kena marah dengan ayah aku dan digelar peruntuh rumah tangga dia.

Masa usia dia 60 tahun pula dia “kacau” seorang budak yang tumpang tinggal rumah kami. Ayah sanggup nak bayar dia kalau dia bagi ayah pegang “barang” dia.

Tindakan mak aku pula, dia tuduh pula budak perempuan tu menggatal dengan ayah aku. Malunya aku dengan tindakan ayah aku.

Baru baru ni pun ada juga kantoi dia rapat dengan janda arwah abang dia sendiri. Semua perkara yang berlaku ni kantoi dengan mak aku.

Tapi mak aku tetap menangkan ayah aku. Kalau korang cakap mak aku takut ditinggalkan ayah aku sebab akan hilang tempat bergantung, korang silap..

Sebab sejak aku sekolah pun ayah aku dah tak mampu nak bagi nafkah kat mak aku, apa lagi beli barang dapur, makan pakai, semua kakak aku yang tolong.

Mak aku pula ambil upah mengasuh budak. Hmm.

Aku tak tahu macam mana aku nak menghadap mak ayah aku selepas tahu perkara ni. Raya haritu aku tak balik rumah mak ayah aku.

Raya haji baru ni pun aku tak balik. Aku raya dengan family belah suami je.

Dulu aku tetap terima baik buruk ayah dan mak aku. Sebab seburuk mana pun mereka, mereka tetap mak ayah aku yang dah besarkan aku.

Tapi lepas apa yang menimpa kakak aku ni, aku jadi tak boleh terima. Nak panggil ayah pun tak sanggup.

Mungkin ada lagi ramai mangsa ayah aku kat luar sana. Ayah aku bernasib baik je tak bertemu buku dengan ruas.

Mungkin sebab kesian, dan mungkin takut orang tak percaya dengan perbuatan ayah aku tu. Sebab ramai je yang cakap ayah aku ni baik.

Mak aku pula pandai mainkan emosi supaya orang kesiankan dia. Aku anak yang duduk lama dengan dia, aku je kenal perangai dia lebih dari kakak dan abang aku.

Sepatutnya ayah aku layak disebat dan dipenjara. Apa pendapat korang?

Apa harus aku buat? Perlu ke aku maafkan dan buat seperti tiada apa apa berlaku?

Nak pandang muka pun aku tak berdaya.

– Nona (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Tak payah lah balik nanti anak sis pulak yang jadi mangsa. Lelaki gila seks ni bukan boleh di bagi muka, hukumnya potong je kemaluannya tu.

  2. Alhamdulillah, perkara yg sama x berlaku kpd awak (nona), dan nasib awak baik dah ada suami yg bole jaga awak.. kalau dah tua2 mcm tu pon x sedarkn diri dan dosa yg pernah dilakukan, x tau la nk kta apa, klaw dpt hukuman ‘sebat’ pon mngkin x dilaksanakan, sbb umor dah tua, bdn pon dah uzur, silap2 skali sebat je, terus jd arwah.. apa yg mampu awk buat, dan klaw awak masih kasihan kpd mrk, tlg doakn je agar mrk dpt hidayah utk memohon ampun kpd Tuhan dan meminta maaf dari kakak awk tu.. klau itu pon x terjadi, hanya Tuhan shj yg tahu apa hikmah di sebaliknya.. wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *