Untuk part I: https://iiumc.com/haruskah-aku-berdamai-dengan-takdir/
Assalamualaikum readers. First of all, aku terima kasih sangat dekat korang yang share ilmu dekat aku. Aku memang baru tahu pasal Wali mujbir. Ada hikmah aku share dekat sini, at least kita dapat ilmu baru.
Korang tahu, lepas baca komen korang semalam, sepanjang2 karangan aku whatsapp dekat abang aku. Hahahaha.
Sebelum tu, aku lupa nak cerita sebab ada baca komen tanya pasal anak, aku balu yang tiada anak. Sedih kan, suami takda, anak takda.
Tapi aku redha.. Allah tahu apa yang terbaik, kalau aku ada anak kesian kat anak tu, membesar tanpa ayah, and aku pun mesti susah nak lari jauh-jauh bawak anak kecik. Its okay, Allah the best planner.
Ok, sambung pasal whatsapp abang aku,. Laju abang aku balas.
“Ye, abang tahu aku takda hak nak paksa adik, macam abang cakap abang nak yang terbaik untuk adik.
Amin dah jumpa abang sendiri, Amin yang mengaku dia ada perasaan dekat adik dah lama dah, tapi belum sempat hantar rombongan, adik dah kahwin dengan arwah, tu bila korang dah sama2 single, dia terus nak dapatkan adik”,
Fuhhh. Kemain ayat Amin beb.. Berangin aku dengar. Aku dah cukup kenal Amin, dah cukup kenal family maksu paksu, aku memang takkan terlibat dengan family diorang yang toksik.
Dek kerana mulut kakak dia lah, keluarga kita orang bergaduh tau.
So, takkan lah aku nak perjudikan hidup aku dengan masuk dalam family tu.
Tak nafikan, lepas abis edah haritu, ada beberapa pinangan aku tolak, tu family aku tak kisah. Tapi bila kena tang saudara sendiri yang masuk meminang, mungkin diorang rasa serba salah.
Tentang mak aku, aku sendiri dah terus terang,
“Mak, pertama sekali adik mintak maaf kalau apa yang adik cakap buat mak terasa tapi mak paksa adik jugak adik kahwin dengan dak Amin, adik akan lari jauh2, semua orang takkan jumpa adik lagi”,
Terus mak aku menangis, dah pulak dengan aku sekali join menangis. Mak aku kata dia mintak maaf, dia cuma nak ada orang jaga aku, dia taktahu umur dia sampai bila.
So, aku pujuk dia baik-baik, “Mak, mati tak kenal usia, syarat untuk Mati tu adalah Hidup, silap2 adik mati dulu pada mak”,
Ehh.. Lagi menangis pulak mak aku, aku macam salah cakap ke.. Pastu benda tu dah settle antara mak aku dengan aku.
Mak janji yang dia takkan paksa aku. Niat dia suruh aku kahwin dengan Amin pun sebab taknak aku jauh dari dia. Risau nau bila aku kahwin dengan orang lain nanti, aku duduk jauh2.
By the way, yang kata family aku taknak bela aku tu, aku tak rasa macam tu, sebab aku sendiri kerja, aku boleh tanggung diri aku, plus aku duduk sendiri, rumah yang arwah suami tinggalkan untuk aku.
Cuma tu la, mungkin diorang risau aku duduk sorang. Zaman sekarang kan banyak kes yang tak tercapai di akal. Takpela, kita semua ada Allah. Kita tawakal je.
Sambung sikit jer pasal abang aku, last aku whatsapp dia, aku cakap,
“Abang, adik mintak maaf, adik memang takkan kahwin dengan Amin, abang cakap je kat diorang adik belum ready nak kahwin, adik still sayangkan arwah.
Kalau abang nak adik abang ni bahagia, tolong dengar permintaan adik ni, jangan paksa adik kahwin dengan Amin.”
And alhamdulillah, abang aku boleh terima dengan baik. Tapi kan… Korang tahu dia balas apa,
“Ok lah dik.. Nanti abang cakap kat family paksu, kan senang bagitahu abang macam ni, ni tulis dekat IIUM Confession, masak rentung abang baca komen yang maki2 abang, hahahaha tapi nanti kalau dah terbukak hati nak kahwin dengan Amin, bagitau abang, semua abang sponsor”,
Wehh, aku dahla tengah minum teh ais masa baca whatsapp dia, tersembur aku, hahahahaa..
Adoi, sekali kantoi aku luah kat sini, tapi padan muka dia, buat lagi adik dia camtu, dia taktau netizen ni jari jemari bab selamatkan ummah memang laju.
Akhir kata, terima kasih lagi kat korang yang bagi kata-kata nasihat kat aku. Tak sangka Allah permudahkan, rasa macam lancar je, semua kemelut dah berakhir and Happy Ending, aku harap keluarga paksu pun boleh terima dengan baik keputusan aku.
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
alhamdulillahhhhhhhhhhhhhhhh.. good news! i love it
ramai masuk meminang nih….
Alhamdulillah, saya doakan semua yg baik2 buat Mawar & keluarga, amiinn 🤲