Haruskah Aku Bertahan?

Hi semua. Thanks admin sebab sudi siarkan luahan aku. Nama aku Tuti (bukan nama sebenar).

Sebenarnya masalah aku hampir sama dengan story2 IIUM Confession yang lain and mungkin ada yang lagi teruk.

Tapi aku nak luahkan kat sini sebab aku rasa aku nak jalan keluar apa yang sepatutnya aku lakukan yang terbaik untuk aku dan anak aku.

Aku dah berkahwin selama 5 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan. Aku dan suami aku masing-masing bekerja.

Aku sangat sayang kepada suami aku, 5 tahun perkahwinan sekalipun aku tak pernah curang. Aku sedar status aku sebagai isteri orang dan cuba untuk buat yang terbaik semampu aku.

Suami aku tak pernah culas memberi nafkah belanja setiap bulan. Aku redha and halalkan untuk kami berkongsi komitmen.

Boleh kata pecahan komitmen kami seisi rumah, aku yang bayar 65% kerana pendapatan aku lagi tinggi. Tapi aku tak kisah sebab duit boleh cari. Aku hanya perlukan kasih sayang dan kesetiaan. Paling aku nak, kehangatan dan kasih sayang dari seorang suami tu jer.

Tapi, suami aku tak setia. Kami bagai langit dengan bumi dari segi cara berfikir, cara memasang impian, cara mendidik anak. Semuanya berbeza.

Pendek kata, our objectives in life are not the same. Pemikiran tak sama orang kata. Aku sedar itu semua kerana cara kami dibesarkan berbeza dan background keluarga kami pun tak sama.

Love language suami aku adalah act of service. Dia jenis buat kerja rumah and sentiasa memudahkan urusan rumah tangga kami.

Aku? Hanya jaga anak dan masak jer itupun jarang-jarang sebab nature kerja aku yang selalu long hours dan memang buat aku penat dipenghujung hari. End up aku akan beli jer or dia beli.

Aku selalu beranggapan dia penat uruskan semua tu sampai takde masa untuk memberi kasih sayang kat aku.

My love language pulak, aku suka orang yang membelai aku, spend time together, hugging, laughing and kissing and discussing positive thinks.

Dari awal kami kahwin aku dah nampak red flag sebenarnyanya bila aku tak dapat semua tu. Aku ada suami tapi aku masih rasa sunyi. Sampai lah satu ketika aku dapat tangkap dia langgan online porn.

Dia ada bayar untuk pelacur share video. No wonder nafkah batin aku sebulan sekali paling byk 2x sebulan. Itu sejak awal kahwin taw. Konsisten till now. Kami gaduh, dia janji tak nak buat lagi.

Tahun pertama kahwin, aku tangkap dia lagi. Time tu aku sarat pregnant anak pertama, dia mesej ngan perempuan lain. Dia kata sekadar suka-suka aku maafkan. Dia ni jenis rajin melayan taw. Suka bersembang dan cepat mesra.

kehidupan kami jugak konsisten sampai sekarang, dia cepat baran kalau di rumah. Dia mcm cepat annoyed dengan kami (aku dan anakku) but kalau dengan perempuan luar dia sangat mudah mesra dan ramai wanita memang suka berkawan ngan dia.

Tahun keempat kahwin, aku diuji lagi. Dia mesej dengan ex girlfriend dia dan cakap benda-benda lucah. Ex GF dia dah kahwin yer btw.

Cara dia mesej dia umpama rindu momen2 tu and seronok untuk ingat kembali. Entah lah padahal dia pernah kata dia benci ex dia sebab dump dia untuk orang lain.

Walking towards the 5 years of our marriage, ujian lebih berat aku hadapi. Dia kantoi ada office scandal. Memang macam drama. Ada anonymous datang confront kat aku pasal kes ni. Anonymous tu adalah orang baik yang nak selamatkan rumah tangga aku.

Hubungan dorang dah sampai bertukar2 video lucah. Video melancap. Hancur hati aku sehancur-hancurnya tapi dalam masa yang sama aku sayang. Sayang sangat. Aku kesian anak aku kalau takde ayah sebab dia bapa yang tak pernah culas tanggungjawab kat anak.

But dia bukan suami yang terbaik untukku. Aku selalu rasa ada kekurangan dalam relationship kami yang takkan pernah mampu untuk aku penuhi. Mungkin aku bukanlah wanita yang mampu memberi kebahagiaan untuk dia.

Benda tu jadi a few weeks before birthday aku. Tapi aku bagi dia peluang. Aku sayang dia. Aku anggap maybe aku banyak kena muhasabah diri betulkan diri aku yang banyak cela.

Tapi months later, aku perasan perubahan dia. Time kami travel, aku perasan nama perempuan tu masuk. Mestilah dia tak nak mengaku kan.

Now dia keep on marah2 kata aku tuduh macam2 but instinct aku mengatakan ada benda aku tak tahu. Aku cuba buka hp dia tapi takde bukti.

Aku buntu sangat sangat. Aku dah letih. Aku tak nak paksa sesuatu hubungan yang tiada kebahagiaan. Aku dapat rasa dia pun terseksa dalam hubungan ni tapi bertahan sebab anak. Dia mmg sangat sayang anak kami, itu kelemahan dia.

Tolong aku. Bagi aku nasihat yang terbaik apa yang harus aku lakukan. Aku tak nak terus in denial.

Sorry tulisan aku agak caca merba. Aku tak tahu nak susun macam mana hanya menaip sambil menangis.

– Tuti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. 1- Ajak dia duduk berdua berbincang dari hati ke hati, apa yang si suami nak sebenar2nya dalam perkahwinan tersebut?
    2- Orang yang curang nie, tambah yang suka tengok video2 lucah memang sukar untuk berubah melainkan diri sendiri yang nak.
    3- Kalau ikutkan saya, saya akan minta untuk berpisah. Dia boleh menjadi ayah yang baik untuk anak walaupun Sis dan dia dah bercerai.
    4- Layan video lucah, menipu, curang dengan kawan kerja, curang dengan bekas kekasih, berkongsi video lucah dengan kawan kerja, baran, nafkah fizikal dan batin tak mencukupi.
    5- Terlalu banyak ‘red flags’ terang2an Allah tunjuk, sampai tua ka nak hidup dengan orang sebegitu? Membazir waktu, masa serta tenaga jaa, lebih elok berpisah dan guna semua tu untuk kita fokus dekat anak, diri sendiri dengan ibu bapa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *