Assalamu’alaikum dan salam kedamaian hati. Hari ini aku merasa terpanggil untuk berkongsi masalah atau situasi yang sekian lama juga membelenggu diri ini.
Tujuan perkongsian ini hanyalah semata-mata ingin mendapatkan pandangan atau idea dari para pembaca budiman selain melegakan rasa hati yang seperti tidak tertahan lagi.
Sebelum aku becerita lebih jauh, ada baiknya aku kenalkan sedikit tentang diri aku pada korang semua.
Nama aku Steve (bukan nama sebenar) aku muslim, usia dalam lingkungan awal 30an dan telah berkahwin serta mempunyai 3 orang anak. Aku seorang yang agak workerholic tetapi aku sangat bertanggungjawab, ini serius dan jujur cakap.
Baiklah, sekarang kita terus ke permasalahn yang aku alami. Usia perkahwinan aku ini sudah hampir masuk 7 tahun. Namun, sejak dua menjak ini aku rasakan tiada sudah keharmonian dalam rumahtangga yang terbina ini.
Isteri aku juga bekerja tetapi cuma office hour sajalah tetapi aku kerja sendiri jadi masa tak menentu. Kadang balik awal, kadang balik lewat malam. Kerja aku memang memenatkan sebab banyak kena berfikir dan siapkan task dari client.
aku cuba faham dan aku sangat memudahkan urusan isteri aku. Aku tak suruh dia masak, aku tak suruh dia layan aku macam raja, teman makan ke apa memang aku tak suruh pun.
Cuma, aku minta dia setelkan kerja rumah yang taklah banyak mana, jaga anak yang tak lah juga degil ataupun nakal dan selalunya aku juga bantu buat kerja-kerja tersebut.
Namun, dia selalu mengeluh penat. Tentang hubungan intim juga jarang sangat aku minta sebab aku bukanlah sejenis yang mahu seminggu tiga empat kali.
Cuma bila aku mahu dia mesti mengelak. Cakap penatlah, cakap takda moodlah, cakap macam-macam lagi. Kadang-kadang sampai dia kurang ajar dengan aku.
Tapi aku tak marah pun, tengking balik pun tidak walaupun aku sangat terasa dalam hati dengan perbuatan dia tu.
Aku selalu juga berdoa agar dia berubah. Banyak kali juga aku dah tegur perangai atau sikap dia tu. Tak cukup dengan tegur secara cakap dari hati ke hati, aku siap tulis dalam wasap panjang-panjang. Kesannya, sehari dua je elok lepastu jadi lagi.
Sekarang aku dah rasa sangat penat, kecewa dan sangat terkilan. Apa yang ada dalam hati ni sekarang Cuma satu kata je, CERAI. Tapi aku tahu itu bukanlah yang terbaik cuma harus bagaimana lagi.
Aku tak nak nanti aku semakin kecewa dan aku terbuat pula perkara-perkara yang tak sewajarnya. Bagi aku, aku dah beri dia segala-galanya tapi kenapa susah sangat untuk dia faham dan cuba hormat aku sebagai suami dia.
Kalau hendak diceritakan satu persatu, terlalu banyak benda yang dia buat mengguriskan hati aku ni. Boleh dikatakan setiap hari ada saja.
Kalaulah minta aku terus bersabar, aku rasa taklarat dah. Sebab tu aku menulis dan berkongsi di sini. Taktahu ke mana lagi nak mengadu. Berdoa sudah, berharap sudah, bersabar sudah tapi masih lagi macam ni.
Aku bimbang kalau nanti isteri aku ni dimurka ALLAH. Aku tak nak dia jadi isteri derhaka. Aku tak tahu macam mana baik lagi dia nak aku buat untuk dia.
Kawan-kawan semua pandang aku ok je dengan isteri sebab aku cover aib dia. Aku cuba belaku tenang walau dalam hati sudah lama hancur berkecai.
Sedih, aku sangat sedih dan aku buntu sekarang. Kalau untuk kahwin dua memang aku mampu. Pendapatan aku cukup untuk tanggung dua isteri tetapi adakah dengan cara itu akan selesaikan masalah? Aku rasa tidak.
Aku hormat juga dia sebagai isteri. Aku cuba jaga perasaan dia. Tapi kalau dia terus buat macamni, tak umpamakan aku sebagai suami. Aku pun tak tahu nak buat macam mana lagi.
Minta satu dua pandangan dan pendapat ya. Harap ianya dapat membantu aku. Terima kasih.
– Steve (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit