Untuk part I, (https://iiumc.com/haruskah-bercerai/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/haruskah-bercerai-ii/).
Assalamu’alaikum dan salam ceria buat semua. Terima kasih admin, terima kasih semua yang sudi baca dan beri pandangan kepada permasalahan saya ini.
Hajat di hati memang tak nak sambung dah tapi selepas baca komen dari para pembaca terasa macam masih ada yang perlu saya jelaskan.
Saya tak nak orang kata saya ni baik sangat macam tak ada dosa dan saya pun tak nak juga orang kata isteri saya ni semacam isteri dari neraka.
Saya beharap juga dia terbaca luahan ini dan harapnya dia sedar bahawa sayalah yang menulis dan berkongsi di sini.
Tuan/puan yang saya hormati,
Tentang beri kejutan, beri hadiah, beri pujian, beri telinga untuk mendengar, beri pelukan ketika sedih, beri duit untuk berbelanja shopping, beri masa untuk bercuti, beri ruang untuk bersendiri, beri apa jua kemudahan yang mampu diberi semuanya telah saya lakukan.
Tapi jangan salah faham pula, beri everything itu takbererti saya ni terlalu kaya dan terlalu hebat atau terlalu sempurna.
Saya mampu beri semua tu sebab saya Alhamdulillah diberikan rezeki yang cukup dan mungkin juga itu ujian buat saya yang selalu lagha ini.
Tentang jadi imam untuk solat, selalu saja tuan/puan. Tapi waktu subuh dan maghrib lah paling kerap. Waktu lain selalunya takdapat sebab dia bekerja dan selain itu saya yang tiada di rumah.
Sekali lagi saya ulang ya, saya tak sempurna tapi saya belajar untuk beri yang terbaik untuk si dia.
Kalau tanya saya mengapa dia jadi begitu, saya sendiri tiada jawapan. Semuanya berlaku tanpa sedar dan dari sedikit menjadi lebih teruk.
Boleh jadi silap saya yang tidak tegur dari awal dan anggap perbuatan yang sekecil kuman itu sesuatu benda yang remeh.
Saya tahu duit tak boleh beli kebahagian, tak boleh beli cinta dan takboleh beli ketenangan.
Sebab itu sekarang ni saya sedang mencari jalan bagaimana saya harus lakukan untuk selamatkan semua ini atau keluar dari permasalahan yang membelenggu diri sejak sekian lama juga.
Saya bukan Malaikat yang mampu terus sabar sampai hari kiamat.
Saya bukan Rasulullah mampu terus senyum walau selalu dihinggap luka.
Saya manusia biasa, saya adda waktunya hilang kawalan, hilang pertimbangan. Namun, Alhamdulillah setakat ini masih belum terjadi apa-apa yang tak diingini.
Sejujurnya ada banyak lagi hal yang tak boleh saya ketengahkan di sini, saya bimbang kalau nanti identity saya terdeteksi.
Ramai kawan, ahli keluarga atau mereka yang mengenali saya dari kalangan pembaca tegar halaman ini. Saya tak nak nanti suasana jadi tegang dan kecoh.
Saya cuma berkongsi untuk selami apa perasaan kalau orang lain di tempat saya. Saya berkongsi juga kerana ingin dapatkan satu dua pandangan yang mungkin boleh memandu saya ke jalan keluar dari situasi ini.
Setakat ini banyak komen yang saya baca terlalu beremosi. Saya faham sangat, tipikal perempuan kan.
Saya tak terasa hati malah selalu tertawa sendiri bila membacanya sebab ramai yang lebih suka baca tanpa memahami setiap butir cerita tetapi membaca dengan emosi tahap tinggi. Akhirnya terbabas dan terjadilah komen yang bukan-bukan.
Takpe, teruskan saja. Kita di sini raikan perbezaan pendapat dan pandangan. Semua orang berhak bersuara dan semua suara harus didengar dan dihormati.
Bila saya baca orang kata saya tak buat itu, saya tak buat ini. Saya cuba tanya diri sendiri, apa lagi saya tak buat ya untuk si dia?
Dia sakit saya jaga. Dia bisa-bisa badan saya picitkan, sakit kaki saya urutkan. Macam-macamlah saya dah buat untuk dia. Saya buat bukan sebab saya baik tapi saya cuba untuk kekalkan keharmonian rumahtangga.
Saya tahu saya takwajar harapkan balasan dari dia atas segala yang saya buat dan saya tak harapkan pun. Saya cuma inginkan hak saya, hak sebagai suami yang wajib ditaati dan dihormati.
Hari ini saya sekali lagi cuba menjelaskan dengan sejelas yang mungkin tentang situasi yang saya alami sekarang,
Bukanlah niat saya untuk mendapat sokongan dari para pembaca tetapi saya ingin kalian sedar bahawa suami di luar sana ramai juga yang tersiksa. Tersiksanya kami ini taksiapa yang peduli.
Bila berlembut kata dayus, bila bertegas kata baran. Bila memilih untuk berpisah dikatanya selfish dan bila memilih untuk berpoligami dikatanya taksedar diri. Ayoyo… semua serba takkenalah kalau segala yang berkait dengan suami.
Tuan/puan yang saya hormati. Rasanya cukuplah setakat ii kita berinteraksi. Saya yakin saya dah dapat solusi.
Alhamdulillah, solusi ini dari para pembaca yang beri komen rasional dan rasanya tak salah jika saya jadikan panduan. Apapun, terima kasih semua.
Pesan saya, kepada kaum isteri yang membaca luahan ini cuba kamu renungkan siapa kamu di mata suami. Begitulah juga buat kaum suami, renungkanlah siapa kamu di mata isteri.
Kepada yang masih bujang, jangan takut dengan dugaan perkahwinan. Nasib kita tak sama. Bahagia kita juga tak sama. Kadangkala ada waktunya bahagia hadir sesudah derita begitulah sebaliknya.
Sekali lagi terima kasih buat semua. Semoga Allah memberkati semua. Aamiin.
– Steve (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit