Hasad Dan Dengki

Baru aku sedar orang sekeliling aku ni ada perasaan hasad dan dengki walaupun aku hanyalah orang biasa-biasa saja.

-Ipar

Aku dari keluarga yang kecil. Dua beradik maka aku treat ipar aku seperti kakak aku sendiri.

Apa yang beliau nak, aku usaha untuk hadiahkan tak kira nak apa termasuk emas perhiasan dan wang ringgit. Selalu bawa family abang aku stay cation.

Bukan nak tunjuk aku ni bagus tapi aku appreciated dia sebagai ipar dan isteri kepada abang aku.

Disebabkan aku terlalu baik, mungkin dia rasa diri tercabar dalam diam. Walhal aku tak ada apa-apa pun. Mungkin hidup beliau sebelum ni kurang bernasib baik jadi beliau jadi begini. Ini hanya tanggapan aku

Disebabkan perkara ni, beliau jadi punca keretakan pun pada keluarganya sendiri tapi juga ibu aku dan aku.

Harta-harta ibu aku, abang aku dan termasuklah harta aku dijual secara senyap-senyap. Boleh tahu sebab resit pajak gadai penuh 1 bag yang dia sorok. Bila diberikan kepercayaan begitu pula jadinya.

-Office mate

Aku pun bukanlah pekerja yang dapat perhatian boss walaupun aku pioneer staff. Aku tak suka diberikan perhatian terlalu khusus kalau bukan atas dasar kerja.

Setiap hari aku dah ada pelan pekerjaan sebab ikutkan kerja aku sangat padat. Finance cum freight forward consultant. Kerja aku pelan siap-siap apa yang perlu buat. Kadang aku siapkan awal dan save dalam draft. Bila sampai masa, aku hanya shoot the emails.

Rupanya bila kita efficient dalam skop kerja kita ada yang tak suka. Maka adalah mengadu pada boss walhal gelak ketawa sekali, makan pun banyak aku yang belanja.

Almaklum aku cepat kesian dengan orang yang ada masalah family. Aku hanya mendengar tanpa mencelah atau menasihat so nampaklah aku boring. Last-last aku ditahi-tahikan di belakang.

Terlalu banyak fitnah sehingga aku sendiri resigned. Buat apa masih meneruskan kalau bosses pun buta hati tak nampak kerja aku.

-Partner

Lepas dah resigned, aku buat freelance. Kerja ni menjadi. Maka ada kawan dari zaman sekolah sama bidang cuma kerja dia dah suram. Maka nak joint venture.

Maka aku pun ok saja sebab aku tengok latar belakangnya yang bagus terutamanya daripada kalangan ahli keluarga yang alim² dan beliau pun dah pernah sampai ke rumah Allah maka tak perlu aku sangkal lagi hatinya.

Rupanya ada perasaan dengki jugak. Bila collaboration aku menjadi 2-3× ganda dari beliau maka cara beliau berkomunikasi sangat menjengkelkan. Aku berusaha siang malam sambil jaga anak yang kecil. Beliau pulak banyak enjoy santai.

Maka jangan pertikai kalau rezeki aku lebih sikit. Bahagian aku 2-3 job aku korbankan untuk beliau tapi tak appreciated dan masih santai tapi asyik merungut tak ada sales maka aku ambik langkah untuk jarakkan diri dan collab dengan yang sudi sama-sama kerja.

Ikutkan aku tawar hati sebab job aku korbankan dan bagi pada beliau pun aku yang kena buat paperwork apatah lagi kena selalu follow up progress.

Bila aku selalu follow up, beliau tak suka mungkin rasa annoying. Aku perlu follow up sebab yang nak menjawab dengan client adalah aku. Jadi aku ambik pendekatan cukuplah setakat ni. Kalau ditegur takut beliau tak dapat terima dan tak suka.

Selalu jugak beliau ajak vacation overseas. Aku secara terus terang aku nak fokus selesaikan komitmen yang sedia ada since aku freelance dan bergantung pada satu-satunya income dari sini.

Alhamdullilah juga, aku dapat selesaikan 2 hutang besar setakat ni. Aku ada lah post secara private komitmen yang telah langsai barubaru ni tapi hanya kawan-kawan yang boleh tengok, tapi beliau perli aku. Katanya komitmen beliau dah langsai tak ada pun nak post.

Aku cakap Alhamdullilah lah sebab dah tak ada beban kewangan. Ya dah selesai, rumah dan kereta under nama beliau tapi yang bayar adalah suaminya.

Aku pula lain, hutang yang aku buat, aku yang langsaikan bukan minta suami aku langsaikan.

Aku hanya reply rezeki masing-masing dan minta beliau bersyukur dapat suami yang supportive sebab selalu sangat merungut pasal suaminya.

Mudah-mudahan dipermudahkan aku untuk selesaikan dalam tempoh 2 tahun lagi 1 komitmen sebab aku ada perancangan lain untuk keluarga kecil aku.

Bila aku bercuti short trip dengan keluarga aku, beliau selalu pertikai kenapa tak ajak sekali. Oh ya, beliau pun ada keluarga sendiri dah beranak pinak. Aku bagitau ajaklah suami dan anak-anak pergi berjalan. Plan lah dengan family

Aku bila bercuti dengan family, aku tak suka yang bukan intermediate family untuk join sekali. Sebab masa bercuti adalah masa aku bersama keluarga.

Dan arrangement adalah mengikut aku dan keluarga aku. Takut yang menumpang terasa. Sebab aku ambik pendekatan no more parasite selepas kejadian ipar dan officemate

Dan aku tak boleh tolerate dengan anak-anaknya yang dah sekolah. Dia dan suami pun tak boleh control. Bila dia bawak anak-anak makan bersama bukan sekali tapi banyak kali, setiap sudut ruang restaurant diterokai. Rumah orang diterokai, buka peti sejuk bagai.

Aku yang segan dan malu. Aku yang kena tegur anak-anaknya supaya jangan sentuh itu ini, jangan main itu ini. Makan mulut lap, jangan dibiarkan comot 1 muka,dilapnya guna baju.

Aku letih, aku bukannya nanny nak jaga anak-anak beliau. Beliau pulak setakat gitu-gitu saja, lack of common sense..

– Oyen (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *