Hasad Dengki

Assalamualaikum semua.. Ribuan terima kasih kalau admin dapat siarkan luahan saya ni.

Luahan saya kali ni berkaitan keluarga sebelah mak saya. Mak saya ada ramai adik beradik. Keluarga kami pula sederhana saja sebab mak saya tak bekerja tapi tak tahu la kenapa keluarga belah mak saya ni seolah2 cemburu dengan keluarga mak saya.

Banyak kes la yang saya boleh cerita. Contohnya bila adik saya dapat masuk mrsm, tapi sebab dia tak berapa belajar rajin2, dia tak dapat mampu pergi IPTA untuk jadi doktor. Lagipun adik saya ni penakut dan darah rendah, nampak darah dia takut.

Masa tu semua keluarga target kalau masuk mrsm, kena la jadi doktor atau kerja hebat lain arkitek lawyer etc. Alhamdulillah adik saya pilih kerja seperti ayah saya iaitu cikgu.

Baru2 ni anak saudara saya pun dapat masuk sekolah mrsm, mereka (adik beradik mak) pakat kata dan tulis di Facebook, “tak payah la masuk sekolah hebat kalau nanti keluar jadi cikgu saja”, Dengan tujuan menyindir adik saya la tu.

Issh geram betul saya dengar luahan kakak saya yang cerita balik kat saya. Kakak saya kata kebetulan ayat2 tu keluar di wall dia sebab mereka ni friend di Facebook.

Banyak lagi la kes keluarga belah mak saya. Mereka ni ibarat duri dalam daging. Suka sungguh dengki dan menakutkan hati orang dengan mulut berbisa mereka. Sebenarnya bukan adik dan kakak saya je yang kena, saya pun banyak kali kena kutuk dengan mereka. Lali dah saya dengan kutukan hinaan mereka.

Saya teringat dulu sepupu saya ni yang lebih tua dari saya pernah hina dan gelakkan saya, katanya adik dia yang sebaya saya dah dapat kerja kerajaan, sedangkan saya masih belajar di universiti di umur dah tua (saya ambik stpm)

Saya diam saja dan hanya mampu kata dalam hati semoga Allah membalas hinaan dia pada saya.

Tak lama lepas tu saya tamat belajar Dan sepupu saya tu dah menikah ada anak tapi berhenti kerja kerajaan. Suami dia pula kaki pukul.

Tapi kami masih bercakap baik macam biasa sebab keluarga kami sangat rapat, cuma tak tahu la kenapa sepupu2 kami ni seolah dengki dan cemburu dengan keluarga kami.

Nak dijadikan cerita, lepas habis belajar, saya dapat kerja sambilan kerajaan atau psh. Dekat dua tahun juga la, lepas tu kontrak tamat tapi disambung semula dan saya tak mahu sambung kontrak psh sebab tempat kerja sangat bahaya untuk kesihatan saya(perokok tegar ramai).

Masa saya masih kerja, kakak sepupu selalu Whatsapp saya tanya khabar bagai dan saya pun layan baik mesej dia. Dia selalu promote jual barang2 dia..kakak saya je yang rajin beli kat dia. Saya tak pernah beli satu pun apa dia promote sebab nak menyimpan duit untuk kecemasan.

Dia juga pernah nak pinjam duit kat saya sebab berhutang dengan ahlong, kami sekeluarga memang terkejut besar dengan berita ni dan dia dapat pinjam duit kakak saya la sebab kakak saya baik dengan dia.

Tapi lambat juga la dia nak bayar balik duit kakak saya, jenuh kena minta. Adik dia pun dah beranak dan bertukar kerja macam2 sebab suami biawak hidup, sekejap kerja sekejap tidak dan juga penagih dadah kaki pukul.

Lepas saya tak nak sambung kontrak tu, masa menganggur tu saya minta macam2 kerja. Saya dapat macam2 jenis kerja tapi semua saya tolak sebab ikut nasihat mak dan ayah, ada juga yang saya tolak sebab takut berkait dengan riba. Semua alasan mak ayah saya suruh tolak sebab jauh dan takut jadi apa2 kat saya. Padahal saya pergi dengan kawan saya. Hmmm.

Kemudian waktu raya, kami datang berziarah ke rumah mak saudara dan kakak sepupu yang berdekatan di negeri P. Kat sana kami disambut baik dan masa nak balik tu saya dah seluk baju nak bagi duit raya kat anak2 dia.

Tiba2 kakak sepupu saya kata begini kat saya, “eh kau ni kurang bersedekah la, sebab tu rezeki kurang (susah dapat kerja)” Sebab sakit hati sangat saya balas begini, “kau tahu ke aku pernah sedekah kat siapa, takkan aku nak bagitau kau aku buat sedekah apa”

Lepas tu dia balas balik dalam tergagap, “Bu Bu Bukan apa, maksud aku kau ni susah dapat kerja sebab kurang sedekah kot”.

Saya betul2 marah dan benci terus kakak sepupu saya ni. Betapa biadapnya dia dan suka2 nak hakimi saya padahal dia tak pernah berada dekat dalam kehidupan saya dan dia bukan Allah nampak apa amal sedekah yang saya dah buat.

Dia ingat dia Tuhan dan fikir kontrak kerja saya tamat dan masih menganggur sebab saya kurang bersedekah, Padahal kontrak saya disambung semula cuma saya yang tolak sebab saya sayangkan paru2 saya.

Padahal dia tak tahu macam2 job saya dah tolak kerana ikut cakap mak ayah saya dan ada juga yang atas kehendak diri saya juga sebab saya kurang keyakinan.

Padahal saya tahu dia sakit hati sebab saya tak beri dia pinjam duit bayar ahlong dan tak beli apa2 barang dia jual. Salah satu sebab saya tak beli apa2 barang dia promote jual sebab saya masih kecil hati dengan hinaan dan gelak ketawa dia dulu,

Masih terngiang2 kata2 dia masa dia hina saya depan adik dan abang dia sebab adik dia dah dapat kerja kerajaan. Sedihnya perasaan saya hanya Allah yang tahu. Allah saja yang mampu balas penghinaan dia pada saya.

Dengan takdir Allah, adik dia dah bercerai dengan suami dan bersekudukan satu rumah dengan lelaki duda. Anak2 dia pun dibawa tinggal bersama tapi didera oleh mereka sampai mati salah satu anak adik dia. Sekarang adik dia di penjara.

Saya pun sedih sebab tak sangka nasib sepupu saya begitu teruk, dulu saya paling sayang sepupu saya ni sebab kami berdua ja yang sama umur, kami selalu pi kedai di kampung beli coklat bersama2 sampai la keluarga mak cik saya pindah ke negeri P.

Tapi kami sampai besar pun rapat sampai keluarga mak cik ingat saya ni lesbian nak mengorat anak dia. Kalau saya lesbian pun saya tak hingin la kata anak mak cik, dia bukan lawa pun, muka macam orang asli Papua ja.

Aku sayang dia pun sebab dia sepupu yang sama umur aku dari kecik kot kami rapat. Gila betul, nabi tak mengaku umat kot.

Bila saya cerita kat mak saya, rupanya mak cik saya pun pernah pandang rendah dekat kakak2 saya. Bila anak sulung mak cik saya dapat kerja kerajaan, mak cik saya ni bimbang tengok kakak2 saya ni rapat dengan anak sulung dia.

Dia beritahu mak saya yang dia tak nak kakak2 saya mengorat/flirt anak sulung dia dan tak nak kahwin mungkin sebab kakak2 saya masa tu masih belajar tiada dan tak kerja kerajaan dan tak lawa sangat.

Tapi alhamdulillah akhirnya kakak2 saya dapat kerja kerajaan gaji lagi besar dari abang sepupu dan dah kahwin bahagia anak ramai.

Kakak2 saya kata mereka langsung tak tertarik atau berkenan kat abang sepupu tapi menurut mereka abang sepupu lah yang gatal nak mengorat minta nombor telefon mereka dan telefon tiap malam hahahah.

Dan mak cik saya tu makan hati sebab menantu dia queen control, abang sepupu saya dah macam lembut kena cocok hidung jadi maid di rumah lepas pencen awal.

Keluarga2 dan sepupu2 saya belah mak sayani rasa diri mereka sangat hebat boleh hina dan merendahkan orang sesuka hati mereka.

Mereka fikir hidup mereka dah senang memandangkan anak2 mereka dah dewasa berkeluarga dan ada kerja kerajaan tapi mereka lupa sikap sombong dan suka hina merendahkan orang akan merosakkan hidup mereka semula. Allah tak suka orang2 yang sombong.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. memang stress kalau kita kena hadap kluarga besar yang jenis toksik. Realitinya orang yang kurang bijak pandai ni memang suka sibuk hal orang. Keluarga sis jenis educated jadi tak yah hiraukan lah.. Kadang-kadang balas je mulut kalau diorang perli2.. biar tahu rasa sikit.

    Diorang duk sedap kata macam2, diorang tahu tak gaji bersih cikgu2 berapa? kan bagitau kan terbeliak mata2 hahahhahaah!!!! takpelah, baik jangan bagitau, kan tiap2 bulan cari nak pinjam duit.

    Semoga Allah balas jelah setiap hinaan dan umpatan mereka..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *